window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton 2024 memenangi Anugerah Rekabentuk iF Jerman yang diadili oleh 132 barisan juri!

Zamil Syaheer · Mar 9, 2024 02:00 PM

Mitsubishi Triton 2024 memenangi Anugerah Rekabentuk iF Jerman yang diadili oleh 132 barisan juri! 01

Mitsubishi Triton 2024 baru telah memenangi Anugerah Rekabentuk iF 2024 dalam disiplin rekabentuk produk.

Dianjurkan oleh iF International Forum Design GmbH di Hannover, Jerman, Anugerah Rekabentuk iF tahunan menerima kira-kira 11,000 penyertaan dari 72 negara setiap tahun. Barisan juri yang terdiri daripada 132 pakar rekabentuk antarabangsa akan menilai penyertaan berdasarkan lima kriteria iaitu idea, bentuk, fungsi, perbezaan, dan impak.

Penerima anugerah lain termasuk Alfa Romeo 33 Stradale, MINI Countryman, MINI Cooper Electric, BMW i5, dan Ferrari Roma Spider.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Xforce juga menerima anugerah yang sama.

Baca juga: Lebih mahal daripada Hilux, Mitsubishi Triton 2024 kembali ke Jepun, siap raih tempahan x6 ganda lebih daripada sasaran asal!

Mitsubishi Triton 2024 memenangi Anugerah Rekabentuk iF Jerman yang diadili oleh 132 barisan juri! 01

"Kami benar-benar berbesar hati untuk menerima salah satu anugerah rekabentuk yang paling dihormati di dunia untuk dua model baru yang kami lancarkan," kata Seiji Watanabe, pengurus bahagian umum rekabentuk, Mitsubishi Motors. "Saya percaya setiap model dikenali kerana mengekspresikan perwatakan sendiri dalam bentuk yang unik. Triton menunjukkan ekspresi yang berani dan Xforce mengambil rupa yang pantas sambil menggabungkan kekuatan yang merupakan ciri-ciri rekabentuk Mitsubishi Motors yang khas. Anugerah ini akan menjadi daya pendorong kami untuk memperkenalkan Triton dan Xforce kepada lebih ramai pelanggan."

Mitsubishi Motors Malaysia dijangka akan melancarkan Mitsubishi Triton baru 2024 pada suku kedua tahun ini. Jangkakan harga yang lebih tinggi, mencerminkan peningkatan harga sekitar 10% di Thailand.

Baca juga: Mitsubishi Triton Athlete 2024 dilancarkan di Thailand - harga naik 11%, Malaysia akan terima nasib sama?

Mitsubishi Triton 2024 memenangi Anugerah Rekabentuk iF Jerman yang diadili oleh 132 barisan juri! 02

Mitsubishi Triton generasi sebelum ini dijual dengan harga dari RM 110,000 hingga RM 155,900 untuk varian 4x4 double-cab di Semenanjung Malaysia (dari RM 112,000 hingga RM 157,900 untuk Sabah dan Sarawak).

Terdapat juga kadar pembiayaan yang rendah iaitu 0.88% dan rebat sebanyak RM 4,000. Varian AT Premium juga mendapat peningkatan aksesori percuma termasuk satu set tayar Yokohama Geolandar AT G015 18 inci tanpa kos tambahan.

Baca juga: Mitsubishi Motors Malaysia memperkenalkan pakej sporty bagi Triton 2.4 AT Premium 2024, terhad kepada beberapa unit!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda