window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak tukar enjin secara halal? Ini prosedur mengikut Puspakom dan JPJ!

Zamil Syaheer ยท Feb 13, 2021 02:00 PM

Nak tukar enjin secara halal? Ini prosedur mengikut Puspakom dan JPJ! 01

Imej dari HKSCC Autowork

Saban hari, ada saja pemilik yang menukar enjin kenderaan mereka ke enjin yang lebih berkuasa ataupun untuk ganti enjin yang sudah tidak boleh digunakan lagi. Tetapi tahukah anda bagaimana prosedur sebenarnya dari A sehinggalah Z?

Nak tukar enjin secara halal? Ini prosedur mengikut Puspakom dan JPJ! 02

Sebenarnya mudah sahaja. Oleh sebab itu, kami akan kongsikan langkah-langkah yang sepatutnya anda lakukan berdasarkan infomasi khusus oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Sebelum itu, anda perlu ketahui jenis-jenis permohonan penukaran enjin di Puspakom.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jenis-jenis permohonan

Nak tukar enjin secara halal? Ini prosedur mengikut Puspakom dan JPJ! 01

Wira pakai enjin Lancer Evolution adalah satu perkara biasa. Imej dari Adam Photography.

Permohonan penukaran enjin terbagi kepada 6 kategori iaitu:

  • Kategori 1 - penukaran enjin dengan kapasiti yang sama atau tidak melebihi 25% dari enjin asal bagi kenderaan persendirian.
  • Kategori 2 - penukaran enjin kepada enjin buatan yang berbeza kapasiti melebihi 25% dari enjin asal. Contoh BMW ke Toyota.
  • Kategori 3 - penukaran enjin dengan penukaran bahan bakar sekali (cth. Petrol ke diesel). โ€‹

Nak tukar enjin secara halal? Ini prosedur mengikut Puspakom dan JPJ! 02

Masuk enjin B16B VTEC dari Honda boleh, tapi nak bagi lulus tu payah sikit. Imej dari Eddygino JB.
  • Kategori 4 - penukaran enjin kenderaan Proton yang menggunakan enjin Campro kepada enjin Mitsubishi.
  • Kategori 5 - penukaran enjin melibatkan penukaran transmisi manual ke automatik (atau sebaliknya).
  • Kategori 6 - penukaran enjin untuk kenderaan perdagangan.

Selepas anda pasti mana satukah kategori bersesuaian dengan anda, barulah anda hadir ke Puspakom.

Prosedur penukaran enjin

Nak tukar enjin secara halal? Ini prosedur mengikut Puspakom dan JPJ! 03

1. Hadir ke Puspakom dan bawa dokumen ini:

  • Surat kastam 1
  • Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
  • Kenderaan

Untuk penukaran enjin, anda perlu melalui 2 peringkat pemeriksaan. Sebagai contoh, bagi kereta, anda perlu melalui dua ujian iaitu:

  • (ujian brek) lulus/gagal dapat laporan VR1 - RM35
  • (ujian keseluruhan) lulus/gagal dapat laporan B2 - RM25

Wajib lulus kedua-dua ujian pemeriksaan tersebut. Jika gagal salah satu ujian tersebut, wajib ulang balik dengan bayaran yang lain. Oleh itu, pastikan hasil kerja anda kemas dan bukan cincai.

2. Setelah lulus ujian pemeriksaan Puspakom

Nak tukar enjin secara halal? Ini prosedur mengikut Puspakom dan JPJ! 04

Isi borang K8 di Pejabat JPJ untuk pinda maklumat enjin lama pada enjin baru. Bawa bersama laporan Puspakom B2 dan VOC. (jika wakil hadir sertakan salinan MyKad pemilik kenderaan dan wakil yang hadir). Selesai.

Untuk ini, tiada bayaran dikenakan, ianya percuma kecuali jika anda ingin mendapatkan VOC yang baru, maka bayaran RM50 dikenakan.

3. Kalau melibatkan kes atau permasalahan

Nak tukar enjin secara halal? Ini prosedur mengikut Puspakom dan JPJ! 05

BMW dengan enjin 2JZ-GTE dari Toyota Supra. Muat, tapi nak lulus kena pergi JPJ dulu.

Anda wajib berjumpa dengan pegawai di Bahagian Kejuruteraan Automotif (KA) di JPJ sebelum masuk ujian pemeriksaan Puspakom. Selalunya ini melibatkan kategori 2 sehingga 6.

Sebagai contoh, enjin 1,300 cc tukar 1,800 cc. Selalunya had maksima yang boleh bagi enjin 1,300 cc adalah 1,600 cc. Untuk memudahkan pemahaman anda, ini cara bagaimana untuk membuat perkiraan:

Enjin Baru 1,800cc – Enjin Lama 1,300cc / Enjin Lama 1,300cc X 100 = 1799.7 (1,799cc), bersamaan 38.46%

 4. Hadir ujian pemeriksaan Puspakom dan membuat pengesahan

Nak tukar enjin secara halal? Ini prosedur mengikut Puspakom dan JPJ! 06

Setelah selesai mendapat surat kebenaran daripada Kejuruteraan Automotif (KA), baru boleh buat pengesahan butiran kenderaan di JPJ. Mudah saja bukan?

Penting: jika beli enjin dengan kawan-kawan dan bukan daripada kedai potong, anda perlu (wajib) membuat buat surat akuan sumpah bagi menggantikan Surat Kastam 1.

Itulah saja langkah yang anda perlu lakukan. Mudah saja bukan? Selamat maju jaya!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda