window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Notis bukti bergambar rentas negeri diturunkan, Neelofa dan PU Riz disiasat

Mersita · Apr 7, 2021 11:00 AM

Notis bukti bergambar rentas negeri diturunkan, Neelofa dan PU Riz disiasat 01

Satu gambar notis yang ditampal di sebuah balai polis di Kuala Lumpur tular di media sosial disebabkan garis panduan rentas negeri yang diperketatkan. Dalam laporan kami semalam, notis tersebut menyatakan yang pemohon rentas negeri wajib menunjukkan bukti aktiviti bagi setiap hari yang dipohon.

Contohnya, jika rentas negeri 3 hari, aktiviti 3 hari tersebut wajib dikongsi. Notis itu juga menegaskan yang pemohon wajib menyertakan surat sokongan untuk merentas negeri dan IC sahaja sudah tidak memadai. Selain dari itu, pegawai polis bertugas harus lebih teliti semasa mengeluarkan borang rentas negeri.

Notis bukti bergambar rentas negeri diturunkan, Neelofa dan PU Riz disiasat 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Keputusan mengetatkan prosedur permohonan rentas negeri itu dikatakan dicapai dalam satu mesyuarat dalaman balai polis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon bagaimanapun tidak menyatakan sebab notis itu diturunkan, namun menyatakan kebenaran rentas negeri hanya dikeluarkan kepada mereka yang mempunyai alasan yang sah.

"Semua pemohon yang ingin melakukan perjalanan semasa Perintah Kawalan Pergerakan harus menunjukkan bukti, baik untuk pekerjaan atau hal-hal lain.

"Pegawai saya telah diingatkan bahawa mereka yang ingin melakukan perjalanan kerja mesti menunjukkan bukti dan tidak hanya mengeluarkan izin sesuka mereka," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Notis bukti bergambar rentas negeri diturunkan, Neelofa dan PU Riz disiasat 01

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kes melibatkan usahawan dan artis terkenal, Neelofa bersama suaminya Haris Ismail akan disiasat dan kedua-duanya akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Berdasarkan video yang dimuatnaik di media sosial, mereka didapati melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana menyalahgunakan permit rentas negeri yang dipohon atas urusan kerja namun mengambil kesempatan untuk keluar bersiar-siar dan berbulan madu di Langkawi.

Sumber berita: Sinar Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda