window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan?

Haris · Jul 11, 2021 06:00 PM

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 01

Mitsubishi Lancer Sportback adalah hatchback segmen C yang selalu dilupakan. Manakan tidak, jika bercakap mengenai hatchback segmen C, model yang selalu meniti di bibir adalah Mazda 3 Hatchback atau Ford Focus. Jarang hatchback Mitsubishi ini diberi perhatian.

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 02

Kini, pasaran hatchback segmen C sudah tiada lagi. Pilihan untuk segmen tersebut telah jatuh ke pengedar kereta terpakai. Untuk RM 33k, adakah berbaloi untuk mempertimbangkan Mitsubishi Lancer Sportback?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Latar belakang Mitsubishi Lancer Sportback

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 01

Dijual antara tahun 2010 dan 2015, Lancer Sportback adalah produk ketiga Mitsubishi Motor Malaysia (MMM) untuk model Lancer . Diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU), ini adalah model hatchback Lancer pertama dan satu-satunya yang dijual secara rasmi di sini.

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 01

Hanya satu enjin yang ditawarkan untuk Sportback pasaran Malaysia, enjin 4-silinder 2.4L 4B12 MIVEC yang menghasilkan 170 PS kuasa kuda dan 226 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda depan melalui transmisi CVT Invecs-III dengan mod manual 6-kelajuan.

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 02

Disebabkan ini adalah model hatchback, Lancer Sportback mempunyai ruang but besar yang berukuran panjang (ke dalam) 1,570 mm dan lebar 1,395 mm dengan tempat duduk belakang dilipat. Percuma dengan tahap praktikaliti ini adalah sebuah Lancer.

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 03

Walaupun bukan model Evo, model Sportback ini masih dinamik pemanduan yang menarik kerana dilengkapi dengan paddle shifter. Sesuai dengan nama Sport di hadapan, ia juga lebih berkuasa daripada model Lancer biasa dengan enjin sehingga 2.4 liter.

Berapa banyak varian Lancer Sportback?

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 04

Lancer Sportback hanya ditawarkan dalam satu varian sahaja tetapi MMM telah memperkenalkan beberapa "edisi khas" selama 5 tahun penjualannya.

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 05

Edisi khas pertama adalah Lancer Sportback LE yang hanya terhad kepada 30 unit. Versi ini dilancarkan dengan kit badan, aksesori Ralliart, dan tempat duduk kulit Nappa.

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 06

Seterusnya adalah Lancer Sportback Edisi Ralliart (RA) yang dilancarkan pada tahun 2011. Edisi ini terhad kepada 100 unit dan menampilkan aksesori visual, pelekat Ralliart, tempat duduk kulit Nappa, dan kamera belakang.

Adakah ia masih lagi produk yang menarik?

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 07

Berbanding dengan Lancer generasi sebelumnya, Lancer generasi 9 ini lebih popular di Malaysia. Tidak menjadi masalah sama ada varian GT / EX asal, Inspira, atau Evo convert sekalipun, masih terdapat banyak sokongan dan bantuan yang boleh didapati dalam komuniti Lancer.

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 08

Model Sportback walaupun kurang popular, masih kelihatan lebih menonjol model sedan Lancer standard kerana reka bentuk hatchbacknya yang unik. Selain itu, mencari model Lancer Sportback standard asal adalah lebih mudah berbanding mencari Lancer sedan yang sudah dicemari aksesori tambahan.

Masalah Mitsubishi Lancer Sportback?

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 09

Selain daripada enjin 2.4 liter MIVEC, Mitsubishi Lancer Sportback berkongsi bahagian dan casis yang sama dengan Lancer sedan standard dan Proton Inspira. Secara realistiknya, Sportback adalah kereta yang boleh dipercayai dengan kapasiti enjin yang lebih besar. Justeru, model ini masih boleh dipercayai.

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 10

V-ribbed belt

Terdapat 2 panggilan semula produk Lancer Sportback iaitu pada tahun 2015 dan pada tahun 2018. Panggilan semula produk pada tahun 2015 melibatkan tali sawat jenis V-ribbed atau tali sawat serpentin yang disambungkan pada takal dan alternator di luar enjin.

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 11

Auto tensioner

Panggilan semula produk pada tahun 2018 pula melibatkan pemeriksaan terhadap auto tensioner pada bahagian enjin dan hanya meliputi Lancer Sportback yang dikeluarkan sekitar tahun 2011 hingga 2012.

Pastikan bahawa pemilik asal telah menyahut seruan panggilan semula produk di pusat perkhidmatan MMM yang sah sebelum membeli kereta.

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 12

Selain itu, enjin 2.4L MIVEC turut memerlukan penggantian komponen yang haus dan lusuh. Antara masalah yang memerlukan perhatian adalah motor kipas radiator, sensor ABS, dan compressor penyaman udara.

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 13

Kedua-dua aspek trenkuasa seperti enjin dan kotak gear CVT mempunyai ketahanan yang boleh diharapkan dari Mitsubishi.

Ulang kaji juga kos pemilikan sebenar yang agak tinggi sekiranya mahu menggunakan komponen original Mitsubishi di samping cukai jalan berharga RM 740 setahun.

Konklusi - Mahu praktikal atau bergaya?

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 01

Kurang perhatin terhadap model ini menjadikannya sebuah permata berhabuk yang menunggu untuk digilap. Bentuk badan hatchback juga, secara peribadi, kurang menarik berbanding imej Mitsubishi Lancer asal - sedan yang diidam-idam oleh ramai pihak.

Dengan enjin berkapasiti tinggi, sehingga 2.4L, maka tidak hairanlah jika ramai yang mengelak Lancer Sportback.

Namun jika anda mampu, ia adalah sebuah model hatchback yang sangat baik, besar, masih mampu mengalahkan Myvi di atas jalan dan mungkin antara hatchback terbaik yang pernah dihasilkan Mitsubishi. Spesis 'rare' hatchback segmen C juga sudah tidak lagi ditawarkan pada zaman ini dan mungkin akan dihargai di masa akan datang. Kredit gambar: Gokul @_testpower

Bacaan Lanjut:

Panduan kereta terpakai: Proton Inspira kini hanya RM 20k, beli ini atau Mitsubishi Lancer terus?

Proton Sembilu, Wira ciptaan EON dengan enjin 4G63 turbo dan AWD dari Lancer Evo!

Legenda Mitsubishi Lancer Evolution – 10 model, 4 kali juara rali dunia, kenapa ramai yang minat?

Panduan: Mitsubishi Lancer Sportback serendah RM 33k, kurang perhatian dari sedan? 02

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda