window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran EV Hyundai Ioniq 6 tak lama lagi - Ini ramalan julat harganya di Malaysia

Mersita Β· Jul 5, 2023 01:00 PM

Pelancaran EV Hyundai Ioniq 6 tak lama lagi - Ini ramalan julat harganya di Malaysia 01

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) bakal melancarkan kereta elektrik (EV) Hyundai Ioniq 6 di Malaysia tidak lama lagi. Walaupun harga rasmi Ioniq 6 di Malaysia belum diumumkan lagi, kami boleh membuat anggaran harganya berasaskan perbezaan peratusan antara harga Ioniq 5 dan Ioniq 6 di Korea.

Sebelum kita mulakan, perlu diingatkan yang Ioniq 6 diposisikan di samping Ioniq 5 dalam barisan tawaran pengeluar kereta itu dan bukannya di bawah atau atas satu sama lain. Secara amnya, Ioniq 6 ialah sedan manakala Ioniq 5 pula SUV.

Harga Ioniq 5 vs. Ioniq 6 di Korea

Pelancaran EV Hyundai Ioniq 6 tak lama lagi - Ini ramalan julat harganya di Malaysia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ioniq 5 di Korea dijual pada harga antara KRW 50,050,000 - KRW 58,500,000; manakala Ioniq 6 pula antara KRW 52,000,000 - KRW 61,350,000.

Juga baca: Indonesia pamer Hyundai Ioniq 6 - EV sedan ala coupe yang akan tembus pasaran Malaysia

Perbezaan peratusan dan anggaran harga Ioniq 5, Ioniq 6

Pelancaran EV Hyundai Ioniq 6 tak lama lagi - Ini ramalan julat harganya di Malaysia 01

Dengan mengira perbezaan peratusan antara harga asas Ioniq 5 dan Ioniq 6 di Korea, kita boleh anggarkan kemungkinan tanda harga Ioniq 6 di Malaysia. Jika kenaikan harga sejajar bagi semua varian, kita boleh gunakan kaedah ini untuk memperoleh anggaran julat harga bagi Ioniq 6 di Malaysia.

Setelah menggunakan harga lantai Ioniq 5 sebagai poin rujukan, kami dapati yang peratusan peningkatan Ioniq 6 di Korea adalah antara sekitar 3.89% ke 8.68%.

Anggaran harga Hyundai Ioniq 6 di Malaysia

Pelancaran EV Hyundai Ioniq 6 tak lama lagi - Ini ramalan julat harganya di Malaysia 02

Dengan mengambil kira julat harga permulaan Ioniq 5 di Malaysia, iaitu RM 207,808 - RM 270,408, kita gunakan peratusan peningkatan yang dilihat di Korea bagi mendapatkan angka unjuran harga bagi Ioniq 6.

Menggunakan kadar terendah dalam peratusan peningkatan harga di Korea (3.89%) dan harga terendah bagi Ioniq 5 di Malaysia (RM 207,808), anggaran harga lantai Ioniq 6 di Malaysia adalah sekitar RM 215,884.

Pelancaran EV Hyundai Ioniq 6 tak lama lagi - Ini ramalan julat harganya di Malaysia 03

Sebaliknya, apabila kadar tertinggi dalam peratusan peningkatan harga di Korea (8.68%) dan harga tertinggi bagi Ioniq 5 di Malaysia (RM 270,408), unjuran harga untuk Ioniq 6 adalah kira-kira RM 294,151. Oleh yang demikian, anggaran harga yang kami rumuskan untuk Hyundai Ioniq 6 di Malaysia bermula dari RM 215,xxx hingga 295,xxx.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa angka-angka ini adalah spekulatif dan tertakluk kepada perubahan. Pengumuman harga rasmi daripada HSDM bakal memberi maklumat tepat berkenaan harga dan varian Hyundai Ioniq 6.

Juga baca: Diacah di Malaysia, Hyundai Ioniq 6 menyusul ke Indonesia tahun 2023 ini!

Pelancaran EV Hyundai Ioniq 6 tak lama lagi - Ini ramalan julat harganya di Malaysia 04

Imbas semula, Hyundai Ioniq 6 varian asas di Korea didatangkan dengan bateri 53 kWj, dikuasakan oleh motor tunggal yang dipasang di belakang kereta – menjana kuasa 151 PS dan tork 350 Nm.

Pelancaran EV Hyundai Ioniq 6 tak lama lagi - Ini ramalan julat harganya di Malaysia 05

Atas: RWD
Bawah: AWD

Versi jarak gerak jauh bagi Ioniq 6 tampil dengan bateri 77.4 kWj, berserta pilihan antara motor tunggal dipasang belakang yang menjana 228 PS/350 Nm ataupun dwi-motor yang menggerakkan kedua-dua gandar dengan janaan 325 PS/605 Nm.

Berdasarkan kitaran WLTP, varian berjarak gerak jauh pacuan roda belakang (RWD) bagi Ioniq 6 memberikan pemandu jarak gerak kira-kira 610 km.

Pelancaran EV Hyundai Ioniq 6 tak lama lagi - Ini ramalan julat harganya di Malaysia 06

Ioniq 6 merupakan salah satu daripada empat model baharu yang diacah oleh Hyundai Malaysia di laman Facebook rasmi mereka. Di samping EV ini, video acahnya juga menampakkan Creta, Santa Fe, dan Palisade.

Juga baca: EV Hyundai Ioniq 6 buat debut Asia Tenggara di Filipina, harga bersamaan RM 320k!

Untuk dapatkan pautan pantas bagi berita terkini berhubung kereta baru Hyundai, ikuti kami di Facebook WapCar-BM.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Hyundai Ioniq 5 Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia