window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pemandu dilarang meletakkan objek di badan kenderaan, 46 lori dan treler disaman JPJ

Mersita ยท Mar 12, 2021 02:00 PM

Pemandu dilarang meletakkan objek di badan kenderaan, 46 lori dan treler disaman JPJ 01

Gambar: PLUS Malaysia

Operasi bersepadu 'Op Halangan' yang julung kali diadakan pada pagi Rabu lalu (10 Mac) bertujuan untuk mengesan kenderaan perdagangan - terutamanya treler, semi-treler, dan lori - yang memasang bahan tidak dibenarkan di chassis kenderaan seperti kayu dan besi serta kesalahan lain seperti penggunaan tayar celup, muatan berlebihan, dan lain-lain kes.

Susulan itu, sejumlah 196 notis saman telah dikeluarkan ke atas 112 kenderaan bagi pelbagai kesalahan; 46 saman adalah bagi kes kayu penyendal, 21 saman bagi kes kesalahan teknikal, 11 saman bagi kes tayar celup atau botak, dan 4 saman bagi kes lebih muatan dan lain-lain kes.

Pemandu dilarang meletakkan objek di badan kenderaan, 46 lori dan treler disaman JPJ 02

Operasi tersebut dijalankan di Plaza Tol Bukit Raja, Lebuhraya NKVE menghala ke Klang dan semua kes disiasat mengikut Kaedah 94 (Kaedah-Kaedah Pembuatan dan Pembinaan 1959).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Nazli Md Taib berkata objek seperti kayu atau besi bagi menyendal barangan yang dibawa sepatutnya diletakkan di dalam kenderaan. Tetapi, mereka ambil mudah dengan meletakkannya di bawah badan treler.

Pemandu dilarang meletakkan objek di badan kenderaan, 46 lori dan treler disaman JPJ 01

"Ia mudah jatuh dan ini membahayakan pengguna lain di lebuh raya, terutama penunggang motosikal. Tahun lalu sahaja, sebanyak 776 kemalangan dilaporkan PLUS Malaysia Bhd (PLUS). Statistik ini membimbangkan.

"Bagi tahun ini sehingga 9 Mac, untuk kenderaan ini, JPJ mengeluarkan 14,142 notis saman. Antara kesalahan yang dilakukan adalah membawa muatan bahaya (120 kes), kayu penyendal (88), tayar celup atau tayar botak (475) dan 2,732 kesalahan teknikal," katanya.

Pemandu dilarang meletakkan objek di badan kenderaan, 46 lori dan treler disaman JPJ 02

Beliau turut berkongsi statistik PLUS dimana sebanyak 19,218 objek dikutip disepanjang lebuh raya. Bagi Zon Tengah pula,  8,149 objek terpaksa dikutip.

"Daripada jumlah itu, 46.1 peratus serpihan tayar pecah, 18.4 peratus besi, kayu 11.9 peratus manakala selebihnya, lain-lain objek seperti komponen kenderaan dan barangan plastik,” jelas beliau.

Pemandu dilarang meletakkan objek di badan kenderaan, 46 lori dan treler disaman JPJ 03

Menurut undang-undang kenderaan bermotor, pemandu atau pemilik kenderaan tidak dibenarkan meletakkan sebarang objek di badan kenderaan. Bagi kesalahan tayar celup pula, penggunaannya dibenarkan namun ia harus mematuhi piawaian yang ditetapkan iaitu mempunyai ketebalan 1.6 mm.

Sumber berita: Berita Harian & PLUS Malaysia

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda