Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA!

Faisal · Nov 18, 2021 09:10 PM

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 01

Setelah hangat diperkatakan sejak dua minggu lalu, Perodua Myvi facelift 2022 akhirnya dilancarkan secara rasmi. Hatchback teragung di Malaysia ini ditawarkan bermula harga RM 45,700 hingga RM 58,800 (tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai jualan SST sehingga 30 Jun 2022).

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 02

4,303 tempahan telah berjaya dikumpulkan dalam tempoh 9 hari dengan penyerahan hak milik akan berlangsung serta merta pada keesokan harinya.

Juga bacaBajet 2022 - pengecualian & diskaun cukai jualan SST DILANJUTKAN sehingga 30 Jun 2022!

Harga Perodua Myvi facelift 2022
Varian Harga
1.3 G (A) Basic RM 45,700
1.3 G (A) PSDA RM 47,700
1.5 X (A) RM 49,900
1.5 H (A) RM 53,900
1.5 AV (A) RM 58,800

Eksterior

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 01

Sebagai model yang dikemaskini, Perodua Myvi facelift tampil dengan gaya moden yang memperlihatkan lampu depan LED baharu dan gril yang seiring dengan model Perodua sekarang. Bampar depan dan belakangnya juga menyaksikan rekaan yang lebih segar dimana ia lebih kemas dan rapi.

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 02

Perodua turut memperbaharui Myvi (1.5 H & AV) dengan ciri lampu nyalaan siang DRL LED yang mana ia adalah yang pertama buat jenama ini.

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 03

Satu lagi kemaskini yang dilihat untuk Myvi facelift adalah cermin sisi yang bersentuhan warna gloss black.

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 04

Dari segi pilihan, Perodua kali ini menawarkan warna Cranberry Red yang mana ia eksklusif untuk varian AV. Namun demikian, warna Lava Red yang ada selama ini tidak lagi hadir buat varian ini.

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 05

Interior

Beralih ke bahagian dalam, Myvi facelift tampil dengan roda stereng yang sama dengan Perodua Ativa tetapi dengan susunan butang yang sedikit berbeza.

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 06

Antara ciri baru yang diterapkan termasuklah infotainment 6.9 inci (dipertingkatkan dari 6.2 inci) yang menggunakan sistem operasi mirip Ativa. Kluster instrumen yang lebih moden juga turut diterapkan.

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 07

Ciri pengunci pintu automatik juga didatangkan semula sejak Myvi 1.5 Lagi Best dimana untuk kali ini ia hadir sebagai kelengkapan standard. Secara teknikal, pintu akan dikunci secara sendiri apabila pedal brek ditekan ataupun selepas kelajuan kereta mencecah 20 km/j.

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 08

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 09

Buat kali ini, varian AV menonjol dengan tempat duduk dan trim corong penyaman udara yang bersentuhan warna merah. Bercakap mengenai tempat duduk, bahan yang digunakan juga adalah baru.

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 10

Selain itu, varian 1.5L dilengkapkan istimewa dengan butang Power seperti Ativa dimana ia menajamkan lagi tindak balas pedal minyak. Pemilik juga boleh akses mod ini dengan mengalihkan gear ke posisi 'S'. Antara ciri yang didatangkan buat pertama kali juga termasuklah lipatan automatik untuk cermin sisi dan lampu selamat datang.

Trenkuasa

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 11

Perodua Myvi facelift kekal beransur dengan enjin petrol aspirasi natural 1NR-VE 1.3L (95 PS, 121 Nm) dan 2NR-VE 1.5L (103 PS, 137 Nm). Apa yang baru untuk semua varian adalah penggunaan transmisi Dual-Mode CVT bagi menggantikan unit 4AT yang sudah sekian lama digunakan. 

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 12

Secara tidak langsung, pilihan transmisi manual 5 kelajuan untuk kali ini digugurkan terus. Berkenaan transmisi CVT ini, Perodua mendakwa bahawa ia memberikan penjimatan minyak sehingga 5% dimana varian 1.3L kini boleh pergi sejauh 22.2 km/l. Varian 1.5L pula boleh melakukan sehingga 21.1 km/l.

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 13

Menariknya, D-CVT juga 20% lebih laju dalam pecutan 0-100 km/j yang mana varian 1.3L boleh melakukannya dalam masa 11.5 saat sahaja. Varian 1.5L pula hanya mengambil masa selama 10.2 saat.

Keselamatan

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 14

Berkenaan ciri keselamatan pula, Myvi facelift menampilkan teknologi ADAS baru yang dikenal sebagai Perodua Smart Drive Assist (PSDA).

Untuk varian AV, sistem bantuan keselamatan Advance Safety Assist 3.0 ini hadir dengan Driving Assist, Parking Assist dan Headlamp Assist sekaligus.

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 15

Akhirnya aircon Myvi ada butang OFF.

Seperti Myvi sebelum ini, ASA 3.0 tetap menampilkan ciri Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 16

Untuk makluman anda, Driving Assist yang debut kali ini mendatangkan ciri:

  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Lane Keep Control (LKC)
  • Blind Spot Monitor (BSM)

Parking Assist pula merangkumi pengesan halangan parkir depan dan belakang, kamera undur dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA). Mengenai Headlamp Assist, ia merujuk kepada ciri Auto High Beam (AHB).

Perodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA! 17

Mengenai varian 1.3 G, 1.5 X dan 1.5 H, ia hanya dilengkapkan dengan LDW, LDP dan AHB. Rangkuman ciri ADAS untuk varian asas pula tidak didatangkan langsung.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru