window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perolehan DRB-HICOM cecah RM 3.51 bilion untuk Q1 2021!

Faisal ยท Jun 2, 2021 01:00 PM

Perolehan DRB-HICOM cecah RM 3.51 bilion untuk Q1 2021! 01

DRB-HICOM Berhad mencatatkan peningkatan sebanyak 28% yang mana mereka mengaut perolehan sehingga RM 3.51 bilion untuk suku pertama tahun 2021. Tahun lalu, perolehan mereka untuk tempoh yang sama dicatatkan sebanyak RM 2.74 bilion sahaja.

Perolehan DRB-HICOM cecah RM 3.51 bilion untuk Q1 2021! 02

Antara faktor yang memacu pertumbuhan ini ialah penambahan permintaan kenderaan, sumbangan yang lebih tinggi dari usaha sama dan bersekutu serta peningkatan prestasi anak syarikat sendiri. Antaranya seperti Proton, Honda, Mitsubishi, Volkswagen, Audi dan juga Isuzu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perolehan DRB-HICOM cecah RM 3.51 bilion untuk Q1 2021! 01

Menariknya, keuntungan sebelum cukai (PBT) turut diperoleh sebanyak RM 36.3 juta. Tahun lepas, tempoh yang sama sebenarnya mencatatkan kerugian sehingga RM 185.3 juta.

Perolehan DRB-HICOM cecah RM 3.51 bilion untuk Q1 2021! 02

Kalau anda nak tahu, peningkatan jualan kereta oleh lanjutan pengecualian cukai SST sehingga 30 Jun 2021 yang dikhabarkan dahulu membantu kumpulan DRB-Hicom untuk memperoleh pendapatan sebanyak RM 2.58 bilion.

Juga bacaPengecualian SST bagi kereta CKD, CBU 50% dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2021

Perolehan DRB-HICOM cecah RM 3.51 bilion untuk Q1 2021! 03

Sebagai salah satu jenama dalam kumpulan ini, Proton turut meraih jualan kereta sehingga 32,420 unit.

Honda pula kekal sebagai jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia dengan jualan kereta sebanyak 14,771 unit.

Perolehan DRB-HICOM cecah RM 3.51 bilion untuk Q1 2021! 04

Oleh kerana peningkatan prestasi pos dan logistik serta anak syarikat perbankan, sektor perkhidmatan oleh kumpulan DRB-Hicom juga mencapai perolehan bernilai RM 863.7 juta. Sebagai perbandingan, tahun yang lalu mencatatkan keuntungan RM 830.5 juta sahaja.

Perolehan DRB-HICOM cecah RM 3.51 bilion untuk Q1 2021! 05

Gambar hiasan.

Tetapi dalam sektor hartanah, DRM-Hicom hanya memperolehi pendapatan bernilai RM 69.7 juta sahaja. Suku pertama tahun lalu, pendapat dalam sektor ini dicapai sehingga RM 93.3 juta. Antara sebab yang menurunkan hasil hartanah untuk tahun ini ialah bil yang lebih rendah akibat pengurangan aktiviti pembinaan.

Secara keseluruhan, untuk tahun 2021, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mensasarkan peningkatan volum keseluruhan industri (TIV) sebanyak 8%.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda