window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Polis bina tugu dari ekzos motosikal perang, pengajaran yang unik!

Khairil ยท Apr 23, 2021 11:00 AM

Polis bina tugu dari ekzos motosikal perang, pengajaran yang unik! 01

Seperti di Malaysia, Indonesia juga sedang giat melancarkan 'perang' terhadap pemilik motosikal yang menggunakan ekzos bising atau 'racing' di negara berkenaan.

Juga baca: IPD jadi 'bengkel' sementara, tukar balik ekzos 'perang' kepada standard!

Dan selepas merampas beratus-ratus unit ekzos yang tidak memenuhi standard itu sejak Mac lalu, ia tidak dibuang atau dimusnahkan namun menariknya, dijadikan sebuah tugu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Polis bina tugu dari ekzos motosikal perang, pengajaran yang unik! 01

Monumen unik berkenaan dibuat oleh Unit Polis Trafik Serang di daerah Banten dan ia mengambil masa selama empat hari untuk disiapkan iaitu dari 12 hingga 16 April lalu.

Memetik laporan Suara.com. tugu berkenaan didirikan di hadapan hadapan stesen polis Serang yang terletak di Kampung Cisait Muncang, Serang.

Polis bina tugu dari ekzos motosikal perang, pengajaran yang unik! 02

Menurut polis, tugu ini dibina bertujuan untuk mengingatkan orang ramai supaya sentiasa menggunakan ekzos yang mematuhi standard yang sudah ditetapkan.

Selain itu, ia turut berharap pembinaan tugu itu akan memberi kesedaran kepada penunggang yang menggunakan ekzos berkenaan yang ia sebenarnya mengganggu ketenteraman orang awam.

Polis bina tugu dari ekzos motosikal perang, pengajaran yang unik! 03

“Tujuan tugu ini dibina ialah untuk mengingatkan orang ramai agar sentiasa menggunakan ekzos yang mematuhi standard,” kata Ketua Unit Trafik Serang, Mariyono.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda