window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Polis lepas tembakan pada tayar, penagih dadah cuba lari rempuh Hilux

Mersita ยท Apr 2, 2021 02:00 PM

Polis lepas tembakan pada tayar, penagih dadah cuba lari rempuh Hilux 01

Seorang lelaki berusia 44 tahun yang didapati membawa dadah serta bertindak ganas berjaya ditahan setelah polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kereta saspek dalam satu aksi kejar mengejar di Jln. Bunga Mawar, Labuan pada Rabu (31 Mac). Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam itu mujurnya tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam, pihak berkuasa, dan saspek.

Pemangku Ketua Polis Daerah W.P. Labuan DSP Mohd. Ibrahim Ghani berkata tembakan itu terpaksa dilepaskan ke arah tayar hadapan Mitsubishi Lancer yang dipandu saspek setelah saspek merempuh sebuah Toyota Hilux milik bahagian penguatkuasaan Perbadanan Labuan serta kereta peronda polis yang mengejar.

Polis lepas tembakan pada tayar, penagih dadah cuba lari rempuh Hilux 02

Gambar: Utusan Borneo

Lancer dipandu lelaki itu dikesan dalam keadaan mencurigakan. Kereta peronda polis kemudian mengekori kenderaan berkenaan namun saspek tiba-tiba memecut dalam cubaannya untuk meloloskan diri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta saspek kemudiannya tersekat selepas merempuh trak pikap Hilux berkenaan sebelum merempuh kereta peronda polis. Seorang anggota polis yang cuba menghalang dari arah hadapan juga dilanggar ketika saspek merempuh Hilux di hadapannya sekali lagi. Dalam keadaan terancam, polis terpaksa melepaskan tembakan bagi menghalang saspek, jelas beliau.

"Saspek berjaya ditahan dan pemeriksaan mendapati suspek membawa lapan paket plastik dipercayai dadah jenis syabu. Saspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh anggota polis bertugas," katanya.

Mohd Ibrahim berkata, saspek didapati positif dadah dan pernah ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 pada 2018 dan 2020. Saspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Sumber berita: Harian Metro

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda