Menariknya, rim model ini juga disembunyikan daripada pandangan awam. Jadi, model facelift nanti mungkin datang dengan set roda baharu.
Kalau diperhatikan pada garisan dan lekuk badan pada samaran ini, ia seolah-olah mengambil inspirasi dari Geely Binyue Cool, seperti di atas.
Kalau anda nak tahu, kelibat Proton X70 facelift juga sudah lama kelihatan tetapi belum ada berita mengenai pelancarannya. Dan sekarang, Proton sedang sibuk mempersiapkan pelancaran sedan Proton S70 yang akan berlangsung dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.
Jadi, intipan ini mungkin menunjukkan pembangunan awal untuk X50 facelift. Apa-apapun, kami akan melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa.
Bagi anda yang belum tahu, Proton X50 ditawarkan melalui empat varian dengan julat harga dari RM 86,300 hingga RM 113,300.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.