window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike "suku" liter nak lawan 200cc? Macam boleh je

Haris · Oct 2, 2022 04:00 PM

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Hong Leong Yamaha Motor sememangnya peneraju dalam pasaran motosikal bawah 250cc dengan lambakan produk yang mensasarkan seboleh-bolehnya setiap demografi pembeli. Oleh itu, munculnya Yamaha R15M yang disasarkan sebagai sportbike premium jenama ini.

Namun kenapa perlu Yamaha R15M sedangkan Yamaha R15 turut dijual? Untuk itu apa kata kita cuba dulu sebelum membuat keputusan pembelian.

Rekaan - Diinspirasikan R1 dan R7

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Superbike apex untuk pencinta Yamaha pastinya Yamaha YZF-R1. Maka tidak keterlaluan untuk model-model bersesaran rendah mengikuti gaya motosikal ini.

Dari segi rekaan, Yamaha R15M menawarkan penutup fork R15M berwarna biru, angkup brek berwarna emas, lengan ayun berwarna Kelabu, penutup tempat duduk karbon tiruan dengan logo sulam dan muffler berwarna kelabu.

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Ia juga mempunyai rekaan fairing yang direka semula, mempengaruhi rekaan lampu hadapan - turut menawarkan jalur DRL yang kelihatan lebih menarik dan rekaan tangki minyak juga mempunyai sirip kemasukan udara yang nampak lebih menonjol pada bahagian sisi.

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Pada pandangan kami, pakej rekaan walaupun kecil, tampil cukup menarik dan membezakan pemilik R15M dengan model sportbike lain. Daripada modifikasi tak tentu hala, baik beli yang siap keluar kilang cantik sebegini, kan?

Baca: Yamaha YZF-R15 V3 'mesra poket' kekal dalam katalog HLYM tapi YZF-R15M (2022) 'kacak' sungguh, mana pilihan kalbu?

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Tempat duduk dengan kemasan gentian karbon

Percayalah, beli motosikal yang sedia cantik seperti ini akan memuaskan hati anda dalam jangka masa panjang.

Juga boleh didapati dalam seragam Yamaha Monster Energy, model yang dipandu uji dengan seragam Signature M kelihatan lebih menarik kerana mampu menonjolkan potongan badan Yamaha R15M yang menggiurkan.

Spesifikasi - Pakej elektronik mengikut arus zaman

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Yamaha R15M mengekalkan enjin satu silinder 155cc SOHC dengan VVA sama seperti R15 yang mampu menghasilkan 19.3 PS kuasa kuda dan 14.2 Nm tork. Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui pacuan rantai yang dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan.

Selain itu, kawalan cengkaman Traction Control turut ditawarkan. Tangki pula berkapasiti 11 liter dengan berat 137 kg berat basah.

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Ketepikan itu dan kita lihat pula kepada skrin instrumen digital. Maklumat yang dipaparkan pada skrin ini agak berguna seperti mod pemanduan Track dan Street, lampu amaran VVA dan RPM, notis quickshifter diaktifkan dan boleh menyemak suhu enjin, voltan bateri dan sebagainya sebelum memulakan penunggangan.

Mod pemanduan biasa adalah Street manakala mod Track memberikan fungsi Lap Timer terus dari meter.

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Terdapat juga ciri Y-Connect Yamaha yang membolehkan sambungan Bluetooth ke telefon pintar penunggang, memberikan notifikasi panggilan pada paparan LCD serta fungsi lain termasuk penggunaan bahan api, penyelenggaraan terakhir dan lokasi tempat letak akhir.

Kesemua ini cukup untuk melengkapi pemilik dengan ciri-ciri moden yang relevan sehingga 3-4 tahun akan datang atau lebih lama lagi.

Sensasi tunggangan - Memang menyeronokkan

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Umum mengetahui bahawa posisi penunggangan Yamaha R15M cenderung ke hadapan dan lebih membongkok berbanding model 250cc. Jika tidak kena gaya atau baru berjinak-jinak, memang terasa sakit belakang dan pergelangan tangan namun apabila sudah mendapat posisi yang betul, ia membuatkan anda terasa nak memulas pendikit sentiasa.

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Tekanan tayar Yamaha YZF-R15M

Ianya bukanlah sebuah motosikal yang cemerlang di jalan yang sesak namun apabila lebuh raya lurus dan bersih dari kenderaan lain, Yamaha R15M mula menunjukkan DNA R1 yang menjadi sebahagian sportbike ini. Menariknya, jarak klac ‘menggigit’ terasa amat pendek di hujung radius pelepasan jari yang memberikan pengalaman penunggangan yang lebih sporty.

Penunggang baharu akan menghargai signal quickshifter aktif dan sedikit sebanyak belajar menukar gear dalam rpm yang betul.

Baca: Yamaha YZF-R15M (2022) buat debut rasmi di Malaysia, harga asas RM 14.9k!

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Dari segi sensasi penunggangan, kesemua kuasa memang terasa dihamburkan di kelajuan yang tinggi dengan top speed Yamaha R15M boleh mencecah sehingga 150 km/j, cut off terasa selepas kelajuan itu pada satu angka yang tak dapat didedahkan. Kesemua bacaan ini adalah berdasarkan angka pada meter.

Sebagai maklumat tambahan, ujian pecutan 0-100 km/j berdasarkan bacaan GPS adalah purata 11.2 saat. Kadar penggunaan minyak pula berdasarkan bacaan meter adalah 2.7 liter / 100 km. 

Kesimpulan - Memang pilihan pemuda, bukan pe'tua'

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Terlalu ramai yang memandang Yamaha R15M secara objektif tetapi melihat dari sudut produk, sportbike ini dipasarkan untuk ‘menyentuh’ lebih ramai pembeli prospek.

Talaan Yamaha yang cenderung ke arah prestasi menjadikan sportbike ini agak menyeronokkan untuk ditunggang, lebih-lebih lagi untuk penunggang yang baru berjinak-jinak dengan dunia superbike.

Rebiu: Yamaha R15M - sportbike

Sejujurnya, tak ramai yang akan setia bersama jentera 200cc apatah lagi 150cc jadi kenapa perlu membayar lebih? Jelas ia disasarkan untuk melawan jentera 200cc yang menjadi model pengenalan beberapa jenama dan ia mampu membawa saingan tersebut dan menjadi sportbike pertama pembeli.

Selepas mengeluarkan 5,000,000 unit motosikal untuk Malaysia, kita memang sudah masak dengan tawaran Yamaha yang cukup mengenali citarasa pasaran di tambah pula dengan jumlah pengikut tegar ramai.

Baca: Unit ke-5 juta motosikal keluaran HLYM di Malaysia, Yamaha 135LC Fi 5MRO dilancar, liveri istimewa, asas RM 9.2k!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda