window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula?

Mersita · Oct 3, 2021 06:00 PM

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 01

Toyota Estima, kereta keluarga yang digemari ramai sejak dari zaman 1990-an lagi. Banyak keluarga memilikinya dan terpesona dengan ruang kabinnya yang luas, keselesaan, dan juga imej jenama Toyota yang dipercayai. Walau dengan peralihan trend yang rancak menuju ke stail SUV sejak sekian lama, Estima masih lagi ada tempat istimewa di hati pengguna di mana-mana saja.

Toyota Estima generasi ketiga (ACR50) meneruskan penghalusan formula kereta keluarga ‘mewah’ ini. Ia cukup sempurna bagi mereka yang tak berapa gemarkan kereta ‘roti gardenia’ bertayar (baca: Toyota Alphard/Vellfire), dan tidak mahu ikut trend SUV seperti kebanyakan pembeli lain.

Dan yang paling ‘best’, harga pasaran bagi Estima ACR50 terpakai sudah turun ke tahap yang cukup menggugat jiwa. Jikalaulah anda selama ini menunggu masa yang sesuai untuk membeli Estima ACR50 terpakai, kini masanya telah tiba. Dalam entri kali ini, kami akan kupas segala perkara yang anda perlu tahu sebelum meneruskan pembelian MPV terpakai ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Varian Estima yang mana paling bagus?

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 01

Toyota Estima ACR50 generasi ketiga dilancarkan secara global pada tahun 2006. Ketika itu, UMW Toyota (UMWT) tidak mengimport sebarang unit masuk ke Malaysia. Ini bermaksud pelanggan yang mahu membeli kereta ini haruslah mendapatkannya dari pengimport ‘grey market’. Walaupun bukan dari saluran rasmi, pembeli di sini boleh dapatkan pelbagai pilihan kemasan/’trim’ walaupun kereta tidak didatangkan dengan jaminan waranti kilang.

Estima ACR50 didatangkan dengan dua pilihan trenkuasa. Yang pertama ialah enjin 2AZ-FE 2.4 liter 4 silinder yang menjana 170 PS dan 224 Nm. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear CVT. Bagi yang mahukan kuasa lebih tinggi, ia juga ada pilihan enjin 2GR-FE 3.5 liter V6 yang menjana 275 PS dan 340 Nm, dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan.

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 02

UMWT Toyota Previa (2009 facelift) di atas

Toyota memberi Estima ACR50 sebanyak tiga facelift sepanjang jangkahayatnya; yang pertama pada 2009, kedua pada 2012, dan yang terakhir pada 2016. Pilihan trenkuasa kekal sama sehinggalah pengakhiran produksi model generasi ini.

Pada 2013, UMWT mengambil keputusan untuk mengimport Estima secara rasmi ke pasaran Malaysia, tapi dengan sedikit perubahan. UMWT tidak menamakannya Estima, sebaliknya diberi nama Toyota Previa dan dijual pada harga RM 258,000.

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 03

Model facelift 2012 di atas

Bukannya angkara tanda harga semata-mata yang membuatkan ramai kurang berminat dengan Previa, namun spesifikasinya juga kurang menarik. Previa yang dijual oleh UMWT tidak didatangkan dengan banyak kelengkapan, walaupun ia ada jaminan waranti dari kilang. Sebagai permulaan, walaupun ia dikuasakan dengan enjin 2AZ-FE yang sama, ia dipadankan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan. Agak tak masuk akal, automatik 4 kelajuan untuk harga lebih RM 200,000. Tambahan pula, ia didatangkan dengan hanya dua beg udara… untuk kereta keluarga.

Jika anda kurang percaya, amati senarai kelengkapan standard untuk UMWT Previa.

Kelengkapan Toyota Previa UMWT
  2.4 GL
Lampu hadapan Xenon
Sarung/Lapik Kerusi Gabungan kulit
Tempat duduk hadapan Berkuasa
Tempat duduk barisan kedua Ottoman
captain seats
Pintu gelongsor berkuasa Ya
Pintu but berkuasa Tidak
VSC Tidak
Beg udara 2
Keyless
entry/start
Ya
Paparan hiburan di tempat duduk belakang Tidak
Sistem penghawa dingin

Auto,
single zone

Cruise
Control
Ya
Kamera undur Ya

Oleh sebab ini, kami sarankan anda untuk mencari unit terpakai dari pasaran ‘grey import’ supaya duit penat lelah yang dibelanjakan terasa lebih berbaloi. Harga untuk unit sebegini bermula dari RM 40,000 bagi unit sebelum facelift (2006) dengan enjin V6 3.5 liter, sehinggalah ke RM 170,000 bagi unit facelift tahun 2016.

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 04

Facelift terakhir untuk Estima ACR50 pada 2016

Unit 2.4 liter itu nampak gayanya mampu menahan nilai pasaran yang tinggi dengan lebih baik; barangkali kerana ia mendapat lebih banyak permintaan disebabkan oleh kos pemilikan dan penyelenggaraan lebih rendah jika dibandingkan dengan unit 3.5 liter. Dan inilah saranan kami untuk anda jika anda berminat dengan Estima ACR50. Unit pra-facelift boleh dibeli dengan harga RM 48,000.

Seperti biasa, pastikan anda periksa jika ada pengubahsuaian ‘mileage’, sejarah kemalangan, dan lain-lain. Tambahan pula, tulisan pada butang kawalan dan infotainmennya adalah dalam bahasa Jepun (boleh tukar dengan barang ‘aftermarket’). Bagi jaminan dan kepuasan hati, sebaiknya anda beli laporan bidaan dari Jepun. Jangan harapkan pengedar/penjual kereta untuk beri anda salinan kertas bidaan ini kerana maklumatnya mungkin sudah diubahsuai.

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 05

Contoh laporan bidaan dari Jepun, dan cara untuk memahami maklumat di dalamnya

Baca juga: Panduan membeli: RM 70k untuk Toyota Alphard generasi kedua (AH20), mahal tak nak bela?

Value User's Car

Kenapa anda patut beli Estima?

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 06

Sebagai permulaan, tak banyak MPV 7 tempat duduk di luar sana yang mempunyai reka bentuk bergaya seperti Toyota Estima. Ia nampak sempurna dari pelbagai sudut dengan bentuk yang elegan dan berkelas tinggi. Jika dibandingkan dengan Alphard/Vellfire yang terlalu bersegi dan ‘kotak’, Estima cukup menawan dan lembut gayanya. Estima nampak mewah dan sesuai dengan mereka yang berselera ‘high class’.

Apa-apa pun, ruang dalaman Estima lah yang membuatkan ramai tertawan dan jatuh hati dengan MPV ini. Sepanjang ruang kabinnya, kualiti binaan serta pilihan materialnya cukup tipikal dengan Toyota – kemas, selesa, sempurna, dan berkualiti tinggi.

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 07

Papan pemuka yang futuristik dan landai ialah kualiti ergonomik yang tipikal dengan jenama Toyota

Penumpang di hadapan disajikan dengan panel papan pemuka yang tampak sangat futuristik dan menarik. Ia mengingatkan kita dengan rekaan papan pemuka Honda Civic FD. Walaupun rekaan ini jarang ditemui, tahap ergonomi dan ruang penyimpanannya kekal mantap.

Tak minat ruang dalaman yang cerah warnanya? Kami faham penggunaan warna krim sebagai warna utama untuk ruang dalaman adalah untuk memberikan suasana nyaman dan menyenangkan, namun ia bukanlah ‘taste’ semua orang. Sama juga dengan kemasan kayu pada stereng dan pemegang pintu. Lebih baik kekalkan warna bertona lebih gelap untuk ruang dalaman kereta walaupun ia membuatkan ruang kabin terasa kecil.

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 08

Ya, reka bentuk Alphard/Vellfire yang bersegi seperti kotak membolehkan ruang dalaman yang lebih luas berbanding Estima, namun yang pasti ia masih tidak terasa sempit. Masih banyak ruang di dalam kabinnya untuk memuatkan tujuh orang dewasa dengan selesa.

Dengan tempat duduk yang empuk dan penebat bunyi yang mantap, Estima kekal sebagai kenderaan sempurna untuk perjalanan jauh. Tanpa mengira saiz enjin samada 2.4 liter atau 3.5 liter, Estima boleh diharap tanpa banyak kerenah dan tahap keselesaan maksima.

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 09

Perkara yang sama juga boleh dikatakan untuk penalaan ‘suspension’ Estima, dimana keselesaan jadi keutamaannya. Walaubagaimanapun, ia mungkin terlalu lembut sedikit bagi permukaan jalan kurang rata sehinggakan kereta terasa melayang, dan ini mengingatkan kita bahawa Estima masih lagi sebuah MPV berbadan tinggi.

Tambahan pula, disebabkan oleh ketinggiannya, proses keluar-masuk kereta amat mudah dan menyenangkan. Anda selalunya takkan perasan perkara ini sehinggalah anda melangkah masuk ke dalam sedan dan rasai perbezaannya.

Baca juga: Toyota Alphard (AH30) terpakai serendah RM 150k, inspirasi kepada 'downline' anda!

Bagaimana pula dengan kos penjagaan/penyelenggaraan Estima?

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 10

Memandangkan Estima ACR50 mempunyai enjin 2.4 atau 3.5 liter, pastinya kos ‘maintenance’ tidak semurah kereta lain, namun pada masa sama ia tidaklah terlampau mahal. Rujuk maklumat di bawah untuk anggaran kos pemilikan Estima ACR50.

Kos 'maintenance' Toyota Estima ACR50
  2.4 3.5
Cukai Jalan (RM) 760 2,440
Tayar/pc (RM) 420 420
Saiz Tayar 215/55
R17
215/55
R17
Servis biasa 10,000 km (RM) 450 580
Tukar minyak 'gearbox' 20,000 km (RM) <250 <300

WapCar.my sekali lagi meminta pendapat Ray Wong dari Ray Car Care tentang isu-isu yang kerap dihadapi oleh Estima ACR50. Menurut pengalaman beliau dengan kedua-dua enjin 2AZ-FE dan 2GR-FE, beliau berkata yang kedua-dua ini secara amnya tidak bermasalah.

Walaubagaimanapun, Ray ada memberitahu yang enjin 2AZ-FE diketahui dengan isu ‘counter balance shaft’ yang lusuh. Ini akan menyebabkan enjin ‘minum’ minyak secara berlebihan. Bagi menyelesaikan masalah ini, sediakan wang sekitar RM 2,000.

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 11

‘Counter balance shaft’ yang bermasalah pada enjin 2AZ-FE
Kredit gambar

Bagi kotak gear pula, Ray memberitahu yang kotak gear CVT dan juga 6AT secara amnya tidak mendatangkan masalah, namun CVT perlukan perhatian lebih sedikit kerana cuaca di Malaysia boleh menyebabkannya lusuh dengan lebih cepat.

Ray mencadangkan pembeli Estima ACR50 untuk menukar bendalir kotak gear CVT bagi setiap 20,000 km (harga bawah RM 250) kerana kotak gear ini lebih sensitif dengan kondisi pemanduan kita di Malaysia berbanding kotak gear 6AT di dalam Alphard 3.5 liter.

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 12

Kredit gambar

Selain itu, Ray juga berkata sama seperti Alphard/Vellfire, Estima ACR50 ini juga boleh mengalami masalah rak stereng. Simptomnya termasuklah bunyi ketukan apabila melalui jalan tidak rata atau apabila anda ‘dry steer’ kereta tersebut. Kos penggantian rak stereng baru boleh mencecah sehingga RM 5,000.

Pintu gelongsor berkuasa yang ada pada Estima juga lama-lama boleh rosak, katanya. Isu ini lebih ketara bagi model-model sebelum facelift, dimana ada antaranya sudah berusia lebih 10 tahun. Tanda awal bagi kegagalan komponen ini ialah pintu gelongsornya bergerak ke belakang semula. Bagi setiap sisi, masalah ini berkos antara RM 1,000 ke RM 2,000.

Masalah kerap dialami Toyota Estima ACR50
Isu Simptom Kos pembaikan
(RM)
 
Steering rack Bunyi ketukan 5,000
'Counter
balance shaft' lusuh
Penggunaan minyak oleh enjin secara berlebihan 2,000
Pintu gelongsor berkuasa rosak Kickback 1,000 - 
2,000

Jika anda betul-betul serius untuk memiliki Estima ACR50, Ray mencadangkan supaya anda menghantar kereta ini untuk proses pemeriksaan sebelum pembelian dimuktamadkan. Yang pasti, Ray Car Care boleh jalankan pemeriksaan ini untuk anda.

Baca juga: Toyota Estima – Raja MPV Malaysia suatu ketika dulu. MPV dah hilang takhta?

Kesimpulan

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 01

Tanpa pewaris, model ACR50 ini nampak gayanya model terakhir dalam keturunan Estima. Ramai warga Malaysia yang ada kenangan manis dengan MPV terkenal sejak berzaman ini, dan ini menjadi bukti tentang penglibatannya dalam pembentukan lanskap dunia otomotif di negara kita.

Tidak dinafikan yang MPV seperti Estima sudah tidak begitu popular seperti masa dahulu, namun ini bukanlah kerana ia kereta yang kurang bagus berbanding jenis lain. Selera dan trend pembeli dalam pasaran automotif kini mengalami perubahan besar, dimana semakin ramai yang lebih tertarik dengan SUV.

Apa-apa pun, Toyota Estima ACR50 kekal sebagai MPV 7 tempat duduk yang sangat-sangat hebat – sesuai untuk kebanyakan keluarga dan apa-apa acara. Kita takkan jumpa kenderaan sebegini lagi di masa akan datang. Beli sebelum terlambat.

RM 40,000 dah boleh dapat Toyota Estima (ACR50) terpakai. Kos selenggara, baiki berapa pula? 02

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda