window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k!

Khairil · Mar 9, 2023 05:55 PM

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 01

Seperti diumumkan lebih awal, Royal Enfield Hunter 350 (2023) akhirnya secara rasmi memasuki pasaran Malaysia, hari ini dan dijual pada harga cukup mengujakan dari RM 22,000 (asas).

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 02

Dua pilihan varian Royal Enfield Hunter 350 (2022) ditawarkan di pasaran tempatan iaitu Metro Rebel dan Metro Dapper dengan kedua-duanya datang dengan kemasan hitam di bahagian enjin 'blacked-out'.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Royal Enfield Malaysia catat 500 % pertumbuhan jualan tahun lalu, lancar Pusat Pameran 3S terbaharu di Pulau Pinang!

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 01

Royal Hunter 350 Metro Rebel (2023)

Untuk Royal Enfield 350 Metro Rebel (2023) , ia menggunakan skema kotemporari dua warna di bahagian tangki minyak yang menyerlahkan lagi penampilannya. Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu:

  • Rebel Black
  • Rebel Blue
  • Rebel Red

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 02

Royal Enfield Hunter 350 Metro Rebel (2023)

Harga yang ditawarkan untuk Royal Enfield Hunter 350 Metro Rebel (2023) juga sedikit tinggi iaitu RM 22,200 (asas) manakala Royal Enfield Hunter 350 Metro Dapper (2023) adalah RM 22,000 (asas).

Pilihan warna untuk Royal Enfield Hunter 350 Metro Dapper (2023) adalah seperti berikut: 

  • Dapper Grey
  • Dapper White
  • Dapper Ash

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 03

Kepada yang tidak tahu, Royal Enfield Hunter 350 dihasilkan sebagai model paling 'mampu milik' jenama ikonik syarikat kerjasama British/India itu.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 04

Di pasaran Malaysia, produk Royal Enfield diedarkan oleh Didi Group dengan permintaan terhadap barisan model jenama itu di pasaran tempatan terus meningkat.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 05

Royal Enfield Hunter 350 Metro Dapper (2023)

Berbalik kepada penghasilan Royal Enfield Hunter 350, sebagai model yang diletakkan harapan yang tinggi, ia sememangnya cukup laris terutama di pasaran India dan berjaya memenangi anugerah termasuk anugerah motosikal terbaik di India tahun lalu.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 06

Sedikit mengecewakan, di pasaran Asia Tenggara, Royal Enfield Hunter 350 sudah pun berada di pasaran Thailand dan Indonesia terlebih dulu sebelum Malaysia.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 07

Seperti diketahui, Royal Enfield Hunter 350 adalah model yang dibangunkan daripada platform yang sama dengan model Royal Enfield Classic 350 dan Meteor 350.

Juga baca: Royal Enfield Interceptor 650, Continental GT 650 (2023) dikemaskini di Eropah, dah 'tubeless', tapi rim aloi!

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 08

Begitupun ia diberi beberapa perubahan terutama bagi menjadikannya lebih 'moden' namun lebih mampu milik.

Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo berkata Royal Enfield Hunter 350 adalah salah satu model paling baharu Royal Enfield dan menjadi antara model paling 'marhaen' jenama itu.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 09

"Hunter amat 'mesra' kepada pembeli pertama dan juga orang muda berikutan harganya serta peningkatan aktiviti menunggang di kawasan bandar. Kami tidak mempunyai keraguan dan percaya model ini akan diterima dengan baik di Malaysia dan digemari pengguna di sini."

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 10

Di bahagian trenkuasa, seperti Classic 350, Royal Enfield Hunter 350 (2023) dipadankan dengan enjin bersesaran 349 cc, 1 Silinder, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 11

Angka kuasa yang dijana adalah pada 20.2 Hp pada 6,100 rpm dan tork 27 Nm pada 4,000 rpm.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 12

Seperti diketahui, antara menjadi keunikan motosikal Royal Enfield adalah penggunaan casis daripada Harris Performance selain memiliki tahap penggunaan bahan api yang baik. Untuk Hunter 350, penggunaan petrol adalah 36 km per liter.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 13

Sistem brek menggunakan cakera tunggal depan dan belakang lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, kapasiti tangki bahan api 13 liter, ketinggian penala 800 mm dan set roda 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang).

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 14

Informasi penting untuk model ini adalah seperti berat 177 kg, panel meter kombinasi analog, digital.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) kini di Malaysia, 2 varian, harga asas dari RM 22k! 15

Sebagai perbandingan, di pasaran Thailand, Royal Enfield Hunter 350 dijual pada tanda harga bermula 129,900 Baht (RM 16,977) namun harga lebih tinggi dijual di Indonesia iaitu Rp 106.4 juta (RM 29,994).


 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda