window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah masuk Malaysia, pelancaran 9 Mac ini!

Khairil ยท Feb 26, 2023 06:00 PM

Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah masuk Malaysia, pelancaran 9 Mac ini! 01

Selepas sekian lama menunggu, motosikal yang memenangi anugerah motosikal terbaik di India tahun lalu, tahun lalu, Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah akan diperkenalkan di pasaran dengan tarikh pelancarannya dijadual pada 9 Mac ini.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah masuk Malaysia, pelancaran 9 Mac ini! 02

Perkembangan menarik itu diumumkan ketika majlis pelancaran Royal Enfield Pulau Pinang, semalam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti diketahui, Royal Enfield Hunter 350 dihasilkan sebagai model paling 'mampu milik' jenama ikonik hasil kerjasama British/India itu.

Juga baca: Royal Enfield Malaysia catat 500 % pertumbuhan jualan tahun lalu, lancar Pusat Pameran 3S terbaharu di Pulau Pinang!

Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah masuk Malaysia, pelancaran 9 Mac ini! 01

Di pasaran Asia Tenggara, Royal Enfield Hunter 350 sudah pun berada di pasaran Thailand dan Indonesia terlebih dulu.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah masuk Malaysia, pelancaran 9 Mac ini! 02

Sebagai info, Royal Enfield Hunter 350 adalah model yang dibangunkan daripada platform yang sama dengan model Royal Enfield Classic 350 dan Meteor 350.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah masuk Malaysia, pelancaran 9 Mac ini! 03

Tetapi, ia diberi beberapa perubahan terutama bagi menjadikannya lebih 'moden' namun lebih mampu milik.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah masuk Malaysia, pelancaran 9 Mac ini! 04

Mengulas trenkuasa, seperti Classic 350, Royal Enfield Hunter 350 (2023) dipadankan dengan enjin bersesaran 349 cc, 1 Silinder, Penyejuk Udara, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.

Angka kuasa yang dijana adalah pada 20.2 Hp pada 6,100 rpm dan tork 27 Nm pada 4,000 rpm.

Juga baca: Royal Enfield Hunter 350 jangka masuk pasaran Malaysia tahun ini, harga katanya 'memikat'!

Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah masuk Malaysia, pelancaran 9 Mac ini! 05

Sedikit kurang mengujakan, Royal Enfield mendakwa model ini hanya mempunyai kelajuan 114 km/j. Tetap, ia memiliki tahap penggunaan bahan api yang baik iaitu 36 km per liter.

Kepada yang berminat, antara informasi penting untuk model ini adalah seperti berat 177 kg, panel meter kombinasi analog, digital.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah masuk Malaysia, pelancaran 9 Mac ini! 06

Sistem brek menghunakan cakera tunggal depan dan belakang lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, kapasiti tangki bahan api 13 liter, ketinggian penala 800 mm dan set roda 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang).

Di pasaran Thailand, Royal Enfield Hunter 350 dijual pada tanda harga bermula 129,900 Baht (RM 16,977) namun harga lebih tinggi dijual di Indonesia iaitu Rp 106.4 juta (RM 29,994).

Royal Enfield Hunter 350 (2023) sah masuk Malaysia, pelancaran 9 Mac ini! 07

Tiada pengumuman harga dibuat oleh Doyal Enfield Malaysia tetapi seperti dijangka, ia bakal dijual pada harga 'mampu milik'. Jadi berapa angkanya ya. Fuhhh

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda