window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Royal Enfield Interceptor 650, motosikal gaya retro yang mengagumkan!

Khairil ยท Jan 21, 2021 05:00 PM

Royal Enfield Interceptor 650, motosikal gaya retro yang mengagumkan! 01

Jenama Royal Enfield sememangnya tidak asing bagi penggemar motosikal bergaya klasik dan retro. Selain sejarahnya yang mengagumkan, syarikat yang diasaskan oleh Albert Eadie dan Robert Walker Smith di Britain pada tahun 1891 ini cukup popular dengan penampilannya yang tersendiri.

Sebagai salah satu jenama motosikal paling ikonik di dunia, ia menghasilkan pelbagai model yang dipasarkan ke seluruh dunia dan yang paling mendapat perhatian serta pujian ketika ini pastinya Royal Enfield Interceptor 650.

Royal Enfield Interceptor 650, motosikal gaya retro yang mengagumkan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dihasilkan pada 2018, Interceptor 650 adalah motosikal pertama buatan Royal Enfield di India yang menggunakan enjin dengan teknologi dua silinder.

Royal Enfield Interceptor 650, motosikal gaya retro yang mengagumkan! 01

Seperti namanya, ia dilengkapkan dengan enjin bersesaran 648cc, Parallel Twin, 4 Lejang, Penyejuk Udara dan Minyak. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan manual yang menghasilkan kuasa 47Hp pada 7,250 rpm dan Tork 52Nm pada 5,250 rpm.

Royal Enfield Interceptor 650, motosikal gaya retro yang mengagumkan! 02

Dari sudut jumlah kuasa yang dihasilkan, ia mungkin tampak tidak begitu menakjubkan namun buat jentera yang dibina untuk tunggangan santai, ia sudah cukup memadai.

Royal Enfield Interceptor 650, motosikal gaya retro yang mengagumkan! 03

Seiring dengan gayanya yang retro, Interceptor 650 hadir dengan kedudukan handlebar yang tinggi dan ia memberikan posisi tunggangan yang lebih selesa dan ergonomik kepada pemiliknya.

Royal Enfield Interceptor 650, motosikal gaya retro yang mengagumkan! 04

Dari sudut pengendalian, ia menggunakan fork teleskopik konvensional bersaiz 41mm di hadapan dan penyerap hentak berkembar bersama 'subtank' di belakang.

Royal Enfield Interceptor 650, motosikal gaya retro yang mengagumkan! 05

Meningkatkan lagi ciri-ciri moden motosikal ini, ia menggunakan sistem brek cakera bersaiz 320mm di bahagian depan dan 240mm di bahagian belakang dari ByBre (anak syarikat Brembo) dan turut dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Melihat kepada reka bentuk dan kemasan pula, ia sememangnya menarik perhatian. Selain penuh dengan kemasan krom, kedudukan ekzos yang terletak di kiri dan kanan motosikal berkenaan menambah lagi tahap 'retro' yang ada padanya.

Royal Enfield Interceptor 650, motosikal gaya retro yang mengagumkan! 06

Selain lampu hadapan berbentuk bulat, panel meter Interceptor 650 juga berbentuk bulat dan menggunakan analog. Ia memaparkan tahap kelajuan dan rpm manakala meter digital pula memberi maklumat tentang jarak perjalanan, tahap bahan api dan trip.

Begitupun, motosikal ini boleh dikatakan berat. Ia hadir dengan berat 202 kilogram dengan kapasiti tangki minyak sebesar 13.7 liter.

Royal Enfield Interceptor 650, motosikal gaya retro yang mengagumkan! 07

Jika di luar negara terutama di Amerika Syarikat dan Eropah menggelarnya motosikal yang 'murah' tetapi bergaya, ia dijual pada tanda harga RM45,900 di Malaysia.

Royal Enfield Interceptor 650, motosikal gaya retro yang mengagumkan! 08

Royal Enfield Interceptor 650, motosikal gaya retro yang mengagumkan! 09

Ketika ini, timbul khabar angin mengenai versi terbaru 2021 dikhabarkan sedang diuji di India. Ayuh kita nantikan.

Sumber imej: RoyalEnfieldMalaysiaHQShahAlam

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda