window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati!

Khairil · Jan 28, 2021 11:59 AM

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 01

Dihasilkan pada 25 tahun lalu untuk keperluan rakyat Malaysia, model legenda Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas), Kriss sememangnya mencapai objektif yang disasarkan.

Bagi membuktikan keunggulannya, ia pernah memegang takhta selaku kapcai empat lejang terlaris di pasaran tempatan bagi satu tempoh, pencapaian yang boleh disifatkan cukup membanggakan.

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selaku kenderaan buatan syarikat tempatan, kejayaan Kriss itu sememangnya turut dibantu dengan semangat nasionalisme selain dipacu dengan statusnya sebagai motosikal pertama buatan syarikat berkenaan.

Selain dipasarkan dengan harga yang mampu milik berbanding motosikal keluaran syarikat luar negara, antara faktor lain yang menyebabkan Modenas Kriss begitu laris ketika itu adalah reka bentuknya yang boleh dianggap menarik.

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 01

Seperti motosikal empat lejang sezaman dengannya, tahap penggunaan bahan apinya boleh dikatakan agak jimat. Selain itu, alat gantinya juga mudah didapati dan kerjasama dengan jenama terkemuka, Kawasaki turut membantu penjualannya.

Berdasarkan sejarah, Modenas Kriss dibina berasaskan motosikal kapcai keluaran Kawasaki Kazer AN110 termasuk enjinnya namun diberi nafas baharu dari sudut reka bentuk.

Namanya pula diambil daripada senjata tradisional masyarakat Melayu iaitu 'Keris' yang menjadikannya agak unik dan dekat dengan hati rakyat negara ini.

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 02

Bagi model sulungnya Kriss, ia menjadi antara motosikal kapcai 4 lejang terlaris di Malaysia dengan lebih 800,000 unit terjual daripada segmen pasaran kapcai 4 lejang. Ia juga pernah bersaing dalam perlumbaan tempatan, Cub Prix.

Berikutan kejayaan itu, Modenas melancarkan beberapa siri versi motosikal berkenaan yang diperkenalkan sehingga kini dan versi terbaharu adalah Modenas Kriss 110 Disk Brake yang dilancarkan pada penghujung tahun lalu.

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 03

Selain pasaran tempatan, Modenas Kriss juga dieksport ke luar negara antaranya Kemboja, Greece, Afrika Selatan, Iran, Vietnam, Turki, Argentina, Malta, Brunei dan United Kingdom.

Seperti model yang lain, Modenas Kriss sebenarnya tidak dapat lari daripada kritikan. Paling ketara adalah ketika kebanyakan pencabarnya yang lain yang sudah menggunakan sistem Suntikan Bahan Api, ia masih menggunakan sistem lama iaitu karburator.

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 04

Begitupun, modenas mempunyai alasan yang tersendiri bagi perkara berkenaan terutama dari sudut pengurangan harga. Tetapi, dengan persaingan yang makin sengit ketika ini, sesuatu perlu dilakukan.

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 05

Sumber imej:  Wayne Phang

Apapun, sebelum itu, ayuh kita mengimbau kembali model legenda yang sangat popular ini dan berikut adalah evolusi yang dilalui Modenas Kriss yang dapat kami kumpulkan.

1996

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 06

Model pertama keluaran Modenas iaitu Kriss 110 diperkenalkan kepada umum ketika perarakan sambutan hari kebangsaan pada tahun 1996. Ia berada di pasaran secara rasmi mulai bulan Disember 1996. Spesifikasi teknikalnya adalah ia dilengkapi enjin 111cc, 4 Lejang, Penyejuk Udara, karburator dan menghasilkan kuasa yang agak memuaskan.

1999

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 07

Sumber imej: BikePics.com

Selepas bertahun-tahun menggunakan brek dram di bahagian depan dan belakang, Modenas Kriss akhirnya dipasangkan dengan brek cakera bahagian depan pada tahun ini. Selain sistem keselamatan lebih baik, ia turut berjaya meningkatkan populariti dan jualannya.

2000

Pada tahun ini, enjin AN110 ditala semula untuk meningkatkan kuasa kudanya daripada 7.5Hp daripada model asal kepada 9.0Hp. Penggunaan bahan api Kriss 110 adalah sangat jimat iaitu 44 km untuk 1 liter pada kelajuan malar 90kmj.

2002

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 08

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 09

Varian kos rendah 110cc yang dikenali sebagai Kriss SG dihasilkan pada tahun ini tetapi pengeluarannya dihentikan tidak lama kemudian kerana reka bentuk yang kurang menarik.

2003

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 10

Reka bentuk Kriss diperbaharui semula pada tahun ini dengan menampilkan lampu-lampu baharu, grafik yang lebih menarik serta panel badan berwarna sepenuhnya.

2004

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 11

Pada tahun ini, Modenas melancarkan model Kristar sebagai pembaharuan terhadap model berkenaan tetapi pengeluaran dihentikan pada tahun 2006 kerana kurang mendapat sambutan.

2007

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 12

Generasi kedua Kriss dilancarkan dan menggunakan enjin lebih berkuasa, 120cc. Begitupun, ia sebenarnya adalah enjin AN110 yang dikorek semula, dengan profil sesondol dipertingkatkan yang dikenali sebagai MAC-S atau Sistem Aci Sesondol Termaju Modenas (Modenas Advanced Camshaft System).

2009

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 13

Ia adalah tahun kelahiran Modenas CT. Berikutan itu juga, model Kriss bagi enjin bersesaran 100cc dan 110cc dihentikan pengeluarannya seketika kerana ia menggunakan enjin yang sama.

2012

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 14

Model Kriss dengan kapasiti enjin 100cc kembali di pasaran dan diberi nama Kriss MR1 (MR1 bermaksud "Motosikal Rakyat 1Malaysia"). Ia dilancarkan pada Disember 2011.

2017

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 15

Selepas 'senyap' selama beberapa tahun, Kriss kembali dengan model Kriss MR2 110. Antara ciri ciri menarik KRISS MR2 adalah lampu hadapan dengan pencahayaan yang lebih terang, paparan meter yang lebih jelas dan menarik, reka bentuk yang lebih aerodinamik dan tangki minyak dan ruang simpanan lebih besar. Ia juga berspeksifikasi Euro 3. Ia tidak lagi menggunakan enjin daripada Kawasaki namun dari syarikat pengeluar motosikal China, Zongshen.

2019

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 16

Ia turut dikenali sebagai Kriss MR3. Ia adalah penampilan terkini bagi model Kriss dengan reka bentuk baharu yang lebih sporty dan dijual pada tanda harga RM3,377. Ia menggunakan enjin 110cc tetapi menggunakan brek dram depan dan belakang. Reka bentuk luaran motosikal ini adalah serba baharu dan hasil tangan sepenuhnya oleh warga Malaysia.

2020

Sejarah Modenas Kriss, evolusi 'Motosikal rakyat' sejati! 17

Pada tahun ini, Modenas sekali lagi melancarkan versi terbaharu bagi model bersejarahnya iaitu Kriss 110 Disc Brake pada penghujung tahun lalu. Kapcai yang diberi jolokan “ikon rakyat” ini disasarkan kepada golongan muda muda yang mencari motosikal pertama dan inginkan sebuah motosikal mampu milik yang mudah dikendali dan diselenggara.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda