Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri!

Zamil Syaheer · May 13, 2021 04:00 PM

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 01

Jika anda tidak tahu, Proton Wira merupakan kereta nombor satu yang paling kerap dicuri di Malaysia. Menarik bukan? Kereta diluar sana yang jauh lebih mahal, tetapi Proton Wira yang sudah tiada lagi dalam pasaran sejak 2009 menjadi pilihan utama para pencuri kereta.

Kami ada menulis artikel yang menyeluruh tentang sebab dan kenapa sedan yang berdasarkan Mitsubishi Lancer generasi keempat ini kerap kali dicuri, jadi bezanya kali ini kami ingin berkongsi beberapa cara kreatif yang mungkin boleh mengelakkan Proton Wira kesayangan anda dicuri.

1. Mengukir penanda kekal di cermin kereta

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 02

Yang buat pun otai. Imej oleh JLC Energy.

Kaedah mengukir penanda kekal ini amat popular suatu ketika dahulu untuk kereta lama sebegini, dan kami rasa ia masih lagi relevan untuk Proton Wira.

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 03

Kalau dulu ramai yang meletakkan plat nombor kereta di cermin, tetapi pada zaman moden ini kami syorkan anda letak nombor vehicle identification number (VIN), lebih dikenali sebagai nombor casis. Sekarang anda siap boleh letak logo kereta dan pilih font!

2. Letak telefon pintar lama

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 01

Katakan lokasi yang anda hendak tuju atau parkir menimbulkan rasa kurang senang, gunakan cara ini. Sebelum itu, anda kena pastikan telefon pintar ini masih lagi berfungsi dengan data internet serta GPS.

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 02

Shopee ada jual GPS tracker ini. Berbaloi-baloi!

Kemudian, gabungkan akaun Google (atau iCloud jika anda pengguna iPhone) anda supaya anda boleh gunakan fungsi “find my phone”. Pastikan telefon pintar ini dalam mod senyap dan disembunyikan di tempat yang hanya anda sahaja tahu.

3. Ikat rantai di tiang atau pokok

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 03

Dekat pembuka pintu pun boleh, tapi takut patah pula.

Macam ikat basikal, tapi kali ini ikat kereta pula. Proton Wira ada penyangkuk khas di bahagian bawah jika anda perlu menarik kereta (towing), jadi ianya kuat dan dijamin tidak akan patah. 

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 04

Boleh ikat dekat tiang ataupun pokok ke, tak gitu? Pastikan anda beli rantai besi yang panjang siap kunci di kedai perkakasan ataupun pesan sahaja melalui Shopee atau Lazada.

4. Kuncikan rim

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 05

Ini salah satu benda biasa yang dilakukan oleh penunggang motosikal dan juga basikal. Sama seperti diatas, cuma yang ini senang sikit sebab anda hanya perlu lilitkan pada rim Proton Wira anda dan ikat di casis, ‘lower arm’, pelana, ataupun penyangkuk di bampar.

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 06

"Supercar Malaysia" pun tak terkecuali. Imej dari The Star.

Kalau mampu lagi, belilah jenis yang selalu pengawal keselamatan di tempat parkir pakai. Yang itu gerenti kuat.

5. Kunci pedal

Sebenarnya cara ini jauh lebih berkesan daripada pakai kunci stereng, tetapi ia bergantung kepada reka bentuk, ketebalan, dan ketahanan besi itu sendiri. Kunci pedal sebegini ada dijual di pasaran pada harga yang berpatutan. Jika mampu, angkatlah Autolock.

6. Pasang ‘quick release kit’

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 07

Imej dari Pro Car Reviews.

Kalau anda minat kereta lumba, pasti anda perasan yang kebanyakkan stereng kereta ini boleh dicabut bagi memudahkan akses keluar dan masuk. Anda pasti ingat sistem ini mahal kan? Sebenarnya tak!

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 08

Ini harga 'quick release' sahaja, anda kena tambah 'bosskit' stereng juga.

Bermodalkan RM 300, anda boleh dapat kit ‘quick release’ ini dan pasang ke Proton Wira kesayangan anda. Cuma anda kena berbelanja lebih untuk membeli stereng aftermarket-lah. Malah ianya nampak lebih gaya juga.

7. Cut-off/Kill switch

Ini salah satu lagi ciri yang ada pada sebuah kereta lumba. Cut-off switch adalah suis yang memutuskan bekalan elektrik serta merta. Ianya murah, dan juga boleh dipasang di mana-mana tempat seperti papan pemuka, konsol tengah, glovebox, malah bawah tempat duduk pun boleh. Baru rasa macam James Bond gitu.

8. Arah tayar depan rapatkan ke bendul jalan/dinding

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 09

Mudah bukan? Imej dari SFMTA.

Ini adalah salah satu helah yang paling mudah tanpa mengeluarkan sesen pun. Malah, pihak polis sendiri pun menggalakkan anda untuk memposisikan tayar depan anda menghadap bendul/dinding di tempat parkir.

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 10

Imej dari The Sun.

Kalau boleh, cari tempat parkir yang sempit. Ini menyusahkan golongan pencuri yang menggunakan trak tunda untuk "mengangkut" Proton Wira anda.

9. Beli patung haiwan realistik

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 11

Takpelah, tak jadi nak curi. Imej dari Daily Mail.

Zaman sekarang ada saja patung atau mainan haiwan yang nampak amat realistik. Ada juga yang boleh bergerak serta membuat bunyi!

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 12

Imej dari Daily Mail.

Kami sarankan anda untuk membeli tarantula, biawak, lipas, dan juga labah-labah. Belilah banyak sikit dan letak di tempat duduk depan, belakang, ataupun stereng. Memang ‘confirm’ tak jadi nak cilok.

10. Letak tahi palsu

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 13

Korang sanggup (atau lalu) nak rompak kereta yang dipenuhi dengan kesan tahi? Dekat YouTube dan laman web sebagainya ada banyak tutorial untuk membuat tahi palsu, sama ada tahi manusia mahupun haiwan.

Ianya mungkin agak keterlaluan tetapi kami yakin ianya akan membuatkan pencuri tak hingin nak sentuh Proton Wira kesayangan anda.

Konklusi

Selamatkan Wira anda - 10 cara kreatif untuk elakkan Proton Wira kesayangan dicuri! 14

Tunggu masa nak kena barai je ni...

Mungkin sesetengah idea yang kami kongsikan ini kedengaran agak merepek, tetapi jika ia berkesan, apa salahnya? Lagipun sekarang musim pandemik Covid-19, jadi banyak orang diluar sana yang terdesak untuk mencari wang yang lebih. Apa-apapun, Proton Wira memang ‘best’ – sebab itu saya pun ada satu.

Juga baca: Top 10 - Proton Wira yang ‘rare’ dan unik!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru