window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas Hunter, giliran Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) bakal tiba di Malaysia, pelancaran suku ketiga 2023!

Khairil · Feb 28, 2023 02:00 PM

Selepas Hunter, giliran Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) bakal tiba di Malaysia, pelancaran suku ketiga 2023! 01

Royal Enfield Malaysia terus meningkatkan penawarannya di pasaran tempatan apabila dijadual melancarkan Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) pada pertengahan tahun ini.

Selepas Hunter, giliran Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) bakal tiba di Malaysia, pelancaran suku ketiga 2023! 02

Perkembangan menarik dan mengujakan buat peminat jenama motosikal ikonik British itu diperoleh kepada majlis pelancaran Royal Enfield Pulau Pinang, baru-baru ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selepas Hunter, giliran Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) bakal tiba di Malaysia, pelancaran suku ketiga 2023! 01

Tidak seperti Royal Enfield Hunter 350 (2023) yang bakal dilancarkan 9 Mac ini, Royal Enfield Super Meteor 650 dijangka mendarat pada Julai.

Juga baca: Royal Enfield Malaysia catat 500 % pertumbuhan jualan tahun lalu, lancar Pusat Pameran 3S terbaharu di Pulau Pinang!

Selepas Hunter, giliran Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) bakal tiba di Malaysia, pelancaran suku ketiga 2023! 02

Dari sudut penggayaan dan rekaan, Royal Enfield Super Meteor 650 adalah motosikal dalam segmen 'easy rider' kruiser.

Selepas Hunter, giliran Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) bakal tiba di Malaysia, pelancaran suku ketiga 2023! 03

Di bahagian trenkuasa, Royal Enfield Super Meteor 650 menggunakan platform enjin yang sama dengan model Continental GT650 dan Interceptor 650 yang sudah dijual di pasaran tempatan.

Selepas Hunter, giliran Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) bakal tiba di Malaysia, pelancaran suku ketiga 2023! 04

Dipacu enjin bersesaran 650 cc, 2 Silinder Parellel Twin, 8 Injap, Penyejuk Air/Minyak, Suntikan Bahan Api, ia digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan dikatakan berada pada angka 47 PS pada 7,250 rpm dan tork 52.3 Nm pada 5,650 rpm.

Selepas Hunter, giliran Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) bakal tiba di Malaysia, pelancaran suku ketiga 2023! 05

Dengan berat 241 kg, suspensi belakang motosikal ini dijana penyerap hentak berkembar dengan ciri pelarasan (preload).

Selepas Hunter, giliran Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) bakal tiba di Malaysia, pelancaran suku ketiga 2023! 06

Sistem brek menggunakan cakera tunggal bersaiz  320 mm dengan kaliper 2 piston (depan) dan cakera tunggal 300 mm juga dengan kaliper 2 piston lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Selepas Hunter, giliran Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) bakal tiba di Malaysia, pelancaran suku ketiga 2023! 07

Di bahagian panel meter, ia menggunakan kombinasi analog/digital yang lengkap dengan ciri sambungan ke telefon pintar. Ciri-ciri lain adalah seperti set roda bersaiz 100/90-19 (depan) dan 150/80-16 (belakang), kapasiti bahan bakar 15.7 liter dan pengecas USB.

Selepas Hunter, giliran Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) bakal tiba di Malaysia, pelancaran suku ketiga 2023! 08

Di pasaran global, Royal Enfield Super Meteor 650 turut dijual dalam versi Tourer yang datang dengan pelbagai aksesori menarik seperti visor angin tapi tidak dapat diketahui ia akan diperkenalkan di pasaran tempatan.

Selepas Hunter, giliran Royal Enfield Super Meteor 650 (2023) bakal tiba di Malaysia, pelancaran suku ketiga 2023! 09

Selain itu, apa yang tak dapat dijangka ialah angka harga yang bakal diumumkan oleh Royal Enfield Malaysia. Tetapi apapun, ia pasti perkhabaran menarik buat penggemar kruiser di negara ini selepas Kawasaki Vulcan S turut dijangka menerjah pasaran tahun ini.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda