window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selepas Mi Robot, kereta elektrik tanpa pemandu Xiaomi bakal menjadi realiti!

Faisal ยท Sep 4, 2021 10:00 AM

Selepas Mi Robot, kereta elektrik tanpa pemandu Xiaomi bakal menjadi realiti! 01

Akhirnya, kereta Xiaomi bakal menjadi realiti. Syarikat telefon pintar itu dengan rasminya menubuhkan Xiaomi Automobiles Co. Ltd dengan modal yang didaftarkan sebanyak 10 bilion CNY (RM 6.4 bilion).

Pengumuman ini dibuat melalui laman Weibo rasmi kepunyaan Xiaomi Group. Hantaran itu turut mengumumkan bahawa pengasas jenama Xiaomi, Lei Jun, akan turut mengetuai Xiaomi Automobiles.

Selepas Mi Robot, kereta elektrik tanpa pemandu Xiaomi bakal menjadi realiti! 02

Pasukan Xiaomi Automobiles.

Untuk maklumat anda, syarikat Xiaomi telah menerima sokongan yang begitu menggalakkan dari peminat tegar sejak mereka mengumumkan hasrat untuk ceburkan diri dalam industri automotif. Menariknya, syarikat itu telah menerima lebih dari 20,000 permohonan pekerjaan sejak Mac yang lalu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun begitu, Xiaomi Group terpaksa mengehadkannya kepada 300 orang sahaja.

Juga bacaJual 'smartphone' tak cukup untung, Xiaomi nak buat kereta elektrik (EV)

Selepas Mi Robot, kereta elektrik tanpa pemandu Xiaomi bakal menjadi realiti! 01

Buat masa ini, syarikat ini belum mengumumkan di mana Xiaomi Automobiles akan berada. Tetapi media China membuat spekulasi bahawa ibu pejabatnya akan berada di Beijing.

Apapun, mereka juga tidak menolak lokasi seperti Shanghai, Wuhan, Hefei dan Xi’an.

Selepas Mi Robot, kereta elektrik tanpa pemandu Xiaomi bakal menjadi realiti! 02

Pengasas Xiaomi, Lei Jun, ketika beliau membuat pengumuman untuk menghasilkan kereta pertama Xiaomi.

Sejak pengumuman untuk ceburkan diri dalam sektor automotif, Xiaomi dilihat semakin aktif, lebih-lebih lagi dalam lima bulan ini.

Baru-baru ini, syarikat itu berjaya memiliki Deepmotion, iaitu pakar dalam menghasilkan teknologi pemanduan autonomi. Xiaomi Group juga telah mencapai perjanjian dengan Motorcomm, iaitu pengeluar cip komunikasi teras untuk kenderaan.

Selepas Mi Robot, kereta elektrik tanpa pemandu Xiaomi bakal menjadi realiti! 03

Untuk pengetahuan anda, Xiaomi telahpun mendedahkan bahawa kereta pertama mereka akan lengkap terus dengan pemanduan autonomi Tahap 4. Kiranya, kereta yang boleh pandu dengan sendirinya.

Di samping itu, Xiaomi Group sedang gigih melabur dalam sektor pemaju-pemaju autonomi di China, iaitu sejak Mac lagi. Dengan pendekatan dan usaha yang mereka ikhtiarkan sekarang, tidak mustahil sekiranya kereta pertama Xiaomi akan lebih canggih daripada jenama-jenama lain.

Juga bacaHuawai sertai automotif bersama Avatar Technologies, kereta pertama menjelang akhir 2021

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia