window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Senarai kilang dan jenama kereta CKD yang ditutup sepanjang PKP 2.0

Mersita · Jan 15, 2021 06:00 PM

Senarai kilang dan jenama kereta CKD yang ditutup sepanjang PKP 2.0 01

Memandangkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah membuat keputusan ‘U-turn’ dengan tidak membenarkan kilang-kilang automotif yang terletak di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk beroperasi, kilang-kilang dan jenama kereta yang manakah terkesan dengan SOP PKP terbaru ini?

Senarai kilang dan jenama kereta CKD yang ditutup sepanjang PKP 2.0 02

Kilang Honda di Pegoh, Melaka

Seperti yang anda sedia maklum, kita ada banyak kilang-kilang kereta yang didirikan di sekitar Semenanjung Malaysia dimana kebanyakannya terletak di Kedah, Selangor, dan Pahang. Kilang Honda merupakan satu-satunya kilang yang menghasilkan kereta yang terletak di Pegoh, Melaka.

Senarai kilang dan jenama kereta CKD yang ditutup sepanjang PKP 2.0 03

Kilang Volvo di Shah Alam

Fakta menarik: Tahukah anda kilang Volvo di Shah Alam ialah kilang kereta pertama yang dibuka di Malaysia?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Kilang kereta yang ditutup semasa PKP 2.0
Kilang Model

Assembly Services (Toyota)

Shah Alam & Bukit Raja

Hilux, Innova, Fortuner, Hiace, Vios, Yaris

Honda Malaysia

Pegoh, Melaka

City, Jazz, Civic, Accord, BR-V, HR-V, CR-V

Perodua

Rawang, Selangor

Myvi, Alza, Aruz, Rush (Toyota), Axia Bezza

Proton

Shah Alam, Selangor

Saga, Exora 

Tan Chong Motor Assemblies

Segambut & Serendah

Almera, X-Trail, Serena, NV200, ASX (Mitsubishi), Outlander (Mitsubishi), XV (Subaru), Captur (Renault)

Volvo Car Manufacturing

Shah Alam, Selangor

XC40, XC60, XC90, S60, S90 

Kilang-kilang yang terletak di negeri-negeri bukan di bawah PKP, contohnya Pahang dan Kedah, boleh terus beroperasi. Namun, operasi mereka juga boleh terganggu jika mereka bergantung kepada alat ganti/bahagian kereta yang dihasilkan oleh pembekal-pembekal yang berpangkalan di negeri di bawah pelaksanaan PKP.

Senarai kilang dan jenama kereta CKD yang ditutup sepanjang PKP 2.0 01

Kilang Perodua di Serendah

Dipendekkan cerita, jika pembekal tidak dibenarkan beroperasi sewaktu PKP dilaksanakan, kilang-kilang di Gurun dan Pekan mungkin akan terputus bekalan dalam usaha mereka untuk memasang kenderaan di barisan produksi mereka.

Kilang kereta yang dibenarkan beroperasi semasa PKP 2.0
Kilang Model

Go Automobile Manufacturing (Haval)

Gurun, Kedah

H1, H2

Hicom Automotive Manufacturers

Pekan, Pahang

Volkswagen - Tiguan, Tiguan Allspace, Passat, Arteon

Mercedes-Benz - C-Class, E-Class, S-Class, GLC

Mitsubishi - Xpander 

Isuzu Hicom Malaysia

Pekan, Pahang

D-Max

Inokom Corporation

Kulim, Kedah

BMW - 2 Series, 3 Series, 5 Series, 6 Series GT, 7 Series, X1, X3, X4

Mazda - CX-5, CX-8

Hyundai - Ioniq, Santa Fe, Starex 

Proton

Tanjung Malim, Perak

X50, X70, Persona, Iriz

Naza Automotive Manufacturing

Gurun, Kedah

Peugeot - 3008, 5008 

Kesimpulannya, walaupun bukan semua kilang-kilang automotif di Malaysia diarah untuk tutup sambil negara kita bergelut untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, produksi akan masih terkesan dan terjejas dalam pelbagai aspek. Perkara ini hanya bergantung kepada tahap keseriusan rantaian operasi dan bekalan bagi kilang-kilang yang terlibat.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda