window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Siri lasak Kawasaki KLX, KX bakal kembali meriahkan pasaran tempatan, dijadual tiba pertengahan 2023!

Khairil · Mar 24, 2023 04:00 PM

Siri lasak Kawasaki KLX, KX bakal kembali meriahkan pasaran tempatan, dijadual tiba pertengahan 2023! 01

Lagi perkembangan tidak kurang menariknya diperoleh ketika majlis membabitkan jenama Kawasaki di Malaysia, baru-baru ini apabila Emos atau Edaran Modenas Sdn Bhd sah bakal membawa masuk penawaran 'lasak' ke pasaran tempatan.

Siri lasak Kawasaki KLX, KX bakal kembali meriahkan pasaran tempatan, dijadual tiba pertengahan 2023! 02

Kawasaki KX 250

Dan tidak perlu menunggu masa lama, pelancaran pengenalan model yang dijadual dibawa masuk itu nanti dikatakan akan berlangsung pada suku kedua tahun ini.

Juga baca: Kawasaki KLX150SM (2024) lancar di Indonesia, ganti D-Tracker 150, harga mula RM 10.7k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Siri lasak Kawasaki KLX, KX bakal kembali meriahkan pasaran tempatan, dijadual tiba pertengahan 2023! 01

Kawasaki KLX 150

Bukan sekadar khabar angin, perkembangan itu disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan.

Siri lasak Kawasaki KLX, KX bakal kembali meriahkan pasaran tempatan, dijadual tiba pertengahan 2023! 02

Menurut Roslan, pihaknya ketika ini sedang menilai kesediaan masa untuk pelancaran model berkenaan.

Mengulas lanjut, model yang dibawa masuk nanti adalah model import (CBU) dan menggunakan lencana Kawasaki.

Siri lasak Kawasaki KLX, KX bakal kembali meriahkan pasaran tempatan, dijadual tiba pertengahan 2023! 03

Sebagai permulaan, Roslan berkata antara yang dirancang untuk dibawa masuk adalah model dalam siri KLX dan KX antaranya Kawasaki KLX 140 selain KX 250.

Siri lasak Kawasaki KLX, KX bakal kembali meriahkan pasaran tempatan, dijadual tiba pertengahan 2023! 04

Dan jumlah model yang dibawa masuk akan meningkat melihat kepada situasi pasaran kerana perlu diakui pasaran tempatan tidak sebesar pasaran jiran sebagai contoh Indonesia.

Siri lasak Kawasaki KLX, KX bakal kembali meriahkan pasaran tempatan, dijadual tiba pertengahan 2023! 05

Mengenai persoalan membabitkan cawangan pengedar, Roslan berkata pihaknya sedang berbincang dengan beberapa pengedar dan perinciannya akan diumumkan tidak lama lagi.

Juga baca: TDM peroleh 180 unit Scrambler Kawasaki KLX 250 perkasa Op BENTENG

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda