window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spesifikasi Kia Carnival 2022 di Malaysia didedah: Pada RM 196k, Toyota Alphard boleh gentar?

Faisal · Dec 15, 2021 01:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Buat masa sekarang, Kia Carnival di pasaran Malaysia akan datang dengan varian solo yang dikuasakan oleh enjin 2.2L turbodiesel Smartstream (199 PS, 440 Nm). Sumber tenaga ini dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan yang dikawal oleh tombol gear bulat E-shift, lebih kurang Jaguar dan Land Rover.

Spesifikasi Kia Carnival 2022 di Malaysia didedah: Pada RM 196k, Toyota Alphard boleh gentar? 01

Yang pasti, jangka jayatnya lebih bagus daripada kereta buatan British tetapi dengan harga yang jauh lebih rendah.

Menariknya, Kia Carnival tidak rasa murah langsung. Malah, ia setanding dengan kereta-kereta Jepun.

Juga bacaKia Grand Carnival 2022 serba baharu dipertonton di Malaysia – pencabar Alphard tapi lagi premium!

Spesifikasi Kia Carnival 2022 di Malaysia didedah: Pada RM 196k, Toyota Alphard boleh gentar? 02

Di dalam, penumpang disambut oleh kerusi kulit berwarna hitam dan coklat pelana yang memberikan unsur kemewahan, kena dengan MPV sebesar ini.

Juga bacaKia Carens bakal dihidupkan semula, pernah dikenali sebagai Naza Citra!

Spesifikasi Kia Carnival 2022 di Malaysia didedah: Pada RM 196k, Toyota Alphard boleh gentar? 03

Antara ciri yang ada pada Kia Carnival baharu termasuklah penyaman udara automatik dwi-zon buat tempat duduk hadapan. Corong penyaman udara di belakang pula ditelakkan pada bahagian siling agar semua penumpang merasai hembusan dari atas.

Spesifikasi Kia Carnival 2022 di Malaysia didedah: Pada RM 196k, Toyota Alphard boleh gentar? 04

Bercakap mengenai penumpang, konfigurasi 11 tempat duduk dengan susunan 2-3-3-3 agak menakjubkan. Namun begitu, kapasiti but menjadi terhad apabila kesemua kerusi didirikan. Untuk makluman anda, tempat duduk di baris keempat sebenarnya lebih sesuai untuk kanak-kanak, bukannya dewasa seperti kita.

Juga bacaHarga Kia Carnival 2022 didedah – RM 196k, CBU Korea, 1 varian. Buat apa ambil Alphard?

Spesifikasi Kia Carnival 2022 di Malaysia didedah: Pada RM 196k, Toyota Alphard boleh gentar? 05

Antara ciri kemudahan yang dilengkapkan pada Kia Carnival termasuklah 7 port USB.

Spesifikasi Kia Carnival 2022 di Malaysia didedah: Pada RM 196k, Toyota Alphard boleh gentar? 06

Pengecas telefon tanpa wayar dan skrin infotainment 12.3 inci juga ada yang mana ia turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Spesifikasi Kia Carnival 2022 di Malaysia didedah: Pada RM 196k, Toyota Alphard boleh gentar? 07

Walau bagaiamanapun, Kia Carnival di pasaran Malaysia tidak datang dengan sistem bantuan keselamatan autonomi (ADAS). Di Thailand, ia dilengkapkan sekali dengan Forward Collision-Avoidance Assist, Smart Cruise Control, Lane Following Assist dan Smart Exit Assist.

Spesifikasi Kia Carnival 2022 di Malaysia didedah: Pada RM 196k, Toyota Alphard boleh gentar? 08

Sistem hiburan di tempat duduk belakang dan bumbung suria kembar tidak ditawarkan di pasaran Malaysia.

Namun demikian, Dinamikjaya tetap menghadirkannya dengan ciri 6 beg udara, kamera 360-darjah, Blind-spot Collision Warning (BCW) dan Rear Cross-traffic Collision Avoidance Assist (RCCA).

Spesifikasi Kia Carnival 2022 di Malaysia didedah: Pada RM 196k, Toyota Alphard boleh gentar? 09

Berbanding pesaing yang lebih mahal seperti Toyota Alphard, Hyundai Staria dan Mercedes-benz Vito Tourer, Kia Carnival nampaknya pilihan yang cukup berbaloi. Harganya tidak melebihi RM 200k dan ditambah pula dengan ruang yang anda dapat, agak sukar untuk rakyat jelata menafikan kredibiliti MPV ini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda