window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SPRM cekup tujuh kakitangan JPJ, seleweng duit cukai jalan RM 3.1 juta

Mersita ยท Feb 22, 2021 06:00 PM

SPRM cekup tujuh kakitangan JPJ, seleweng duit cukai jalan RM 3.1 juta 01

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mencekup tujuh petugas kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor semalam (21 Feb) atas tuduhan penyelewengan urusan cukai jalan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dengan nilai mencecah RM 3.1 juta yang melibatkan lebih 1,000 jenis kenderaan.

Menurut sumber Harian Metro, suspek terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 27 hingga 42 tahun yang dipercayai bertugas di JPJ Johor. Sumber akhbar itu berkata mereka dipercayai memanipulasi sistem MYSIKAP bagi urusan cukai jalan LKM. Jumlah ketirisan kutipan cukai jalan JPJ Johor mencecah RM 3.1 juta dalam tempoh 6 bulan – bermula dari bulan Julai hingga Disember 2019.

SPRM cekup tujuh kakitangan JPJ, seleweng duit cukai jalan RM 3.1 juta 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan berkenaan dan beliau memberitahu yang semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada hari ini (22 Feb) untuk proses reman. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

"Siasatan ini bermula hasil makluman dan kerjasama yang baik oleh Bahagian Integriti dan Pejabat Ketua Pengarah JPJ,” kata beliau.

Beliau juga mengingatkan orang awam yang berurusan di kaunter jabatan untuk ambil peduli dan sentiasa memeriksa resit selepas melakukan urusan di kaunter ataupun ejen yang dilantik. SPRM juga akan meneruskan kerjasama dengan JPJ bagi memastikan pematuhan dan penambahbaikan proses kerja dapat dilakukan dengan baik dan berintegriti.

Sumber berita: Harian Metro

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda