window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Proton X90 atas jalan, model seterusnya untuk kenderaan 7-penumpang Proton?

Haris ยท Jun 20, 2022 02:15 PM

Spyshot: Proton X90 atas jalan, model seterusnya untuk kenderaan 7-penumpang Proton? 01

Persaingan dalam arena automotif memang sengit. Ketika Perodua menggembar-gemburkan kehadiran Perodua Alza 2022 baharu, Proton dengan lebih awal menampilkan Proton X70 facelift. Nanti apabila Perodua Alza baharu dilancarkan kelak, mungkin Proton X90 pula yang akan menjengah ke pasaran.

Kedua-duanya mengambil kesempatan momentum minat pengguna tempatan terhadap model pengenalan baharu. Maka tidak hairanlah jika Proton X90, ketika ini dikenali sebagai Geely Haoyue sedang melakukan pandu uji di atas jalan raya. Kali ini, gambar intipan yang dipercayai ditemui di NKVE telah dimuat naik oleh portal automotif The Ajerul.

Baca: Proton akan lancar sekurangnya 3 model baru dalam 2 tahun ini – X90, Persona berasas Emgrand & MPV berasas Jiaji?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Proton X90 atas jalan, model seterusnya untuk kenderaan 7-penumpang Proton? 01

Tidak seperti model Geely lain yang dilancarkan baru-baru ini, Haoyue tidak dibangunkan pada platform BMA atau CMA, tetapi pada platform CV yang mula diperkenalkan dengan Geely Jiaji.

Terdapat beberapa konfigurasi tempat duduk pada model: ia tersedia sama ada dalam 5 atau 7 penumpang serta pilihan rangkaian kuasa yang berbeza. Namun, kami cenderung untuk melihat pilihan 7-penumpang sebagai konfigurasi yang bakal ditawarkan oleh Proton.

Spyshot: Proton X90 atas jalan, model seterusnya untuk kenderaan 7-penumpang Proton? 02

Pelanggan di rantau yang berbeza boleh memilih antara 4-silinder 1.8 liter turbocaj TGDi dengan 184 PS / 300 Nm (China) atau 3-silinder 1.5 liter turbocaj G-Power di pasaran lain, seperti di Filipina dan Timur Tengah. Enjin tiga silinder ini disambungkan kepada sistem hibrid ringan 48V (sebab itu dinamakan G-Power dan bukan TGDi) untuk menghasilkan output yang lebih tinggi pada 190 PS dan 300 Nm.

Kedua-duanya menggunakan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan (DCT). Bagi pilihan enjin, Proton X90 mungkin cenderung untuk menggunakan enjin tiga silinder tersebut - di mana penggunaan mild hybrid masih menimbulkan persoalan lain - kerana enjin ini merupakan konfigurasi yang sama seperti dipasang pada Proton X50 dan Proton X70 facelift.

Baca: Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda