window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Gixxer SF250 2021 dikemaskini bagi pasaran Jepun, warna baharu, harga RM 18,259!

Khairil ยท Apr 15, 2021 05:00 PM

Suzuki Gixxer SF250 2021 dikemaskini bagi pasaran Jepun, warna baharu, harga RM 18,259! 01

Selepas Thailand dan Filipina, Suzuki Gixxer SF250 2021 akhirnya tiba di pasaran negara Matahari Terbit, Jepun yang datang dengan penawaran pilihan warna baharu.

Suzuki Gixxer SF250 2021 dikemaskini bagi pasaran Jepun, warna baharu, harga RM 18,259! 02

Dinobat antara 'Sportbike' dalam segmen 250 cc terbaik tahun lalu, Suzuki Gixxer SF250 sememangnya popular terutama di rantau Asean dan selepas dua negara berjiran berkenaan, jentera berkenaan dijangka menyusul di pasaran Indonesia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Gixxer SF250 2021 dikemaskini bagi pasaran Jepun, warna baharu, harga RM 18,259! 01

Untuk pasaran Malaysia pula, selepas Suzuki Malaysia memaparkan 'teaser' mengenai jentera berkenaan pada Oktober tahun lalu di laman Facebook rasmi syarikat berkenaan, tiada perkembangan lanjut mengenainya hingga kini.

Suzuki Gixxer SF250 2021 dikemaskini bagi pasaran Jepun, warna baharu, harga RM 18,259! 02

Kembali kepada Suzuki Gixxer SF250 2021 yang diperkenalkan di pasaran Jepun, warna baharu yang diperkenalkan ialah Matte Black Metallic selain pilihan warna terdahulu, Triton Blue Metallic.

Harga yang ditawarkan pula ialah 481,800 Yen iaitu kira-kira RM 18,259 mengikut tukaran semasa dan akan mula dijual pada tarikh 20 April 2021.

Suzuki Gixxer SF250 2021 dikemaskini bagi pasaran Jepun, warna baharu, harga RM 18,259! 03

Seperti Suzuki Gixxer SF250 2021 di Thailand dan Filipina, tiada perubahan dari sudut spesifikasi teknikal. Versi 2021 ini masih menggunakan enjin sama bersesaran 249 cc 4 Lejang, 1 Silinder, SOHC, 4 Injap, Penyejuk Cecair yang digandingan dengan transmisi 6 kelajuan.

Suzuki Gixxer SF250 2021 dikemaskini bagi pasaran Jepun, warna baharu, harga RM 18,259! 04

Kuasa yang mampu dijana ialah 26 Hp pada 9,000 rpm dan tork maksimum 22 Nm pada 7,300 rpm.

Suzuki Gixxer SF250 2021 dikemaskini bagi pasaran Jepun, warna baharu, harga RM 18,259! 05

Dari sudut tunggangan dan keselamatan, Suzuki Gixxer SF250 2021 menggunakan fork depan teleskopik bersaiz 41 mm, suspensi belakang monoshock dengan ciri boleh laras prabeban manakala sistem brek menggunakan cakera depan dan belakang bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Suzuki Gixxer SF250 2021 dikemaskini bagi pasaran Jepun, warna baharu, harga RM 18,259! 06

Suzuki Gixxer SF250 2021 dikemaskini bagi pasaran Jepun, warna baharu, harga RM 18,259! 07

Spesifikasi lain adalah penggunaan meter digital LCD, lampu depan dan belakang LED, ketinggian pelana 800 mm, tangki bahan api dengan kapasiti 12 liter serta sistem ekzos muncung berkembar. Saiz tayar pula adalah 110/70-R17 (depan) dan 150/60-R17 (belakang).

Suzuki Gixxer SF250 2021 dikemaskini bagi pasaran Jepun, warna baharu, harga RM 18,259! 08

Selain Suzuki Gixxer SF250 2021, versi 'naked' Gixxer 250 2021 yang mendapat kemas kini warna juga bakal dijual pada 25 Mei nanti.

Suzuki Gixxer SF250 2021 dikemaskini bagi pasaran Jepun, warna baharu, harga RM 18,259! 09

Berbalik kepada Suzuki Motor Malaysia, tidak salah untuk membuat orang tertunggu-tunggu namun disebabkan penantian terlalu panjang, ia juga berupaya mengundang kemarahan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda