window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Malaysia rancak promosi penawaran baru, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE lancar minggu depan?

Khairil · Jun 9, 2023 07:00 PM

Suzuki Malaysia rancak promosi penawaran baru, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE lancar minggu depan? 01

Sejak awal tahun lalu, kami di Wapcar mendapat informasi dua penawaran terbaharu Suzuki Motor, Suzuki GSX-8S dan Suzuki V-Strom 800DE (2023) akan membuat penampilan rasmi di pasaran tempatan pada tahun ini.

Suzuki Malaysia rancak promosi penawaran baru, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE lancar minggu depan? 02

Dan perkembangan terbaharu, menurut maklumat yang diperoleh, dua model hangat yang menghuni dua segmen berbeza itu (Adventure dan Naked) bakal dilancarkan tak lama lagi, dan dijangka seawal minggu depan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Malaysia rancak promosi penawaran baru, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE lancar minggu depan? 01

Selain rancak dipromosikan rangkaian pengedar, Suzuki Malaysia menerusi laman sosial rasminya turut menghangatkan suasana menerusi hantaran yang seakan memberi petunjuk. 

Juga baca: Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S sah masuk pasaran Malaysia tahun ini, paling awal Jun 2023!

Suzuki Malaysia rancak promosi penawaran baru, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE lancar minggu depan? 02

Hantaran yang mengusik jiwa itu adalah seperti berikut: "Arouse your 'DEsire' for new frontier in adventure. Elevate your 'Gr8est' thrill of street performance. Explore both worlds with the ultimate 'Ride 8eyond 8oundaries' soon. Stay tuned for more updates!."

Suzuki Malaysia rancak promosi penawaran baru, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE lancar minggu depan? 03

Turut disertakan di hujung ayat adalah dua titik bulat besar berwarna kuning dan biru yang sinonim dengan kedua-dua model berkenaan.

Suzuki Malaysia rancak promosi penawaran baru, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE lancar minggu depan? 04

Tidak seperti Suzuki Malaysia, rangkaian pengedar jenama itu di negara ini pula enggan lagi berselindung dengan mempromosi serta mengiklankan tempahan kedua-dua model berkenaan. Malah tempahan juga dikatakan sudah pun dibuka.

Suzuki Malaysia rancak promosi penawaran baru, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE lancar minggu depan? 05

Sedikit maklumat mengenai Suzuki GSX-8S dan V-Strom 800DE, ia adalah model serba baharu yang dibangunkan oleh Suzuki Motor dan dilancarkan di acara berprestij, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022 pada November lalu.

Suzuki Malaysia rancak promosi penawaran baru, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE lancar minggu depan? 06

Selain rekaan serba baharu yang dianggap unik dan menarik, kedua-dua model ini turut dikuasakan dengan enjin serba baharu dibangunkan syarikat berpangkalan di Hamamatsu, Jepun ini. 

Suzuki Malaysia rancak promosi penawaran baru, Suzuki GSX-8S, V-Strom 800DE lancar minggu depan? 07

Setakat ini, maklumat yang diperoleh nampaknya memang sahih tetapi sebagai pengguna, kita tunggu dan lihat dan kami akan maklumkan secepat mungkin sejurus ia dilancarkan.

Juga baca: Suzuki lancar V-Strom 800DE/Adventure (2023) di Milan, enjin 'Parallel-twin', 84 Hp, 78 Nm!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda