window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat!

Khairil · Sep 9, 2022 11:30 AM

Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat! 01

Suzuki terus menghangatkan segmen 'Adventure' atau 'off-road' dengan memperkenalkan Suzuki V-Strom 1050 DE (2023) di pasaran Eropah yang didakwa kemampuan lasaknya dipertingkat.

Sebagai permulaan, DE bermaksud 'Dual Explorer' dan menurut Suzuki, V-Strom 1050 DE akan menggantikan model V-Strom 1050 XT yang turut dijual di pasaran Malaysia ketika ini.

Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk model yang kemampuan lasaknya didakwa bertambah padu, tiada perubahan dari sudut rekaan untuk Suzuki V-Strom 1050 DE berbanding model terdahulu.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2022, Burgman 400 dah mendarat di Malaysia!

Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat! 01

Justeru, naik taraf yang membuatkan kemampuan 'off-road' model ini meningkat adalah berkisar di bahagian elektronik, suspensi yang lebih mantap selain perubahan 'minor' di bahagian kerangka.

Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat! 02

Bermula di bahagian suspensi, Suzuki meningkatkan jarak gerak fork dari Kayaba kepada 170 mm berbanding versi XT (160 mm) manakala suspensi belakang kini menawarkan jarak gerak 169 mm berbanding 160 mm.

Juga baca: Suzuki Katana, jentera 'tajam' dari Jepun yang unik, menawan!

Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat! 03

Dan berbanding versi XT yang menggunakan rim depan bersaiz 19 inci, Suzuki V-Strom 1050 DE dipadankan dengan rim bersaiz 21 inci.

Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat! 04

Dengan kemas kini itu, Suzuki V-Strom 1050 DE kini menawarkan jarak kelegaan tanah yang lebih baik, 190 mm berbanding 165 mm yang ditawarkan V-Strom 1050 XT.

Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat! 05

Di bahagian elektronik, Suzuki V-Strom 1050 DE yang lengkap dengan teknologi canggih unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi yang mengawal Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) selekoh, kawalan pegun bukit (HHC), kawalan jelajah dan kawalan traksi (TC) dan mod tunggangan mendapat tambahan mod kepada 4 iaitu ‘Gravel’.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi!

Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat! 06

Selain itu, ciri ABS pada roda belakang dan Kawalan Traksi kini boleh dinyahaktif sepenuhnya bagi meningkatkan kemampuan lasaknya.

Sebagai tambahan, V-Strom 1050 DE juga menggunakan 'Swingarm' yang lebih panjang, sump guard aluminium, bar enjin dan bar hendel lebih lebar.

Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat! 07

Dan lebih menarik, panel meter V-Strom 1050 DE kini menggunakan skrin TFT 5 inci menggantikan panel digital LCD di model XT.

Di bahagian kerangka, pelana DE tidak lagi boleh lagi boleh laras dan turut dilengkapi dengan fungsi ‘quickshifter’ secara standard.

Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat! 08

Tiada perubahan di bahagian trenkuasa dengan V-Strom 1050 DE kekal dengan enjin 1,037 cc V-Twin yang menghasilkan kuasa setinggi 107 Hp dan tork 100 Nm pada 6,000 rpm. Tetapi di bahagian transmisi, Suzuki ada melakukan talaan di mana nisbah gear kini lebih rapat.

Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat! 09

Informasi lain untuk V-Strom 1050 DE adalah ia memiliki berat 252 kg dan ketinggian pelana 880 mm.

Suzuki perkenal V-Strom 1050 DE (2023) di Eropah, kemampuan lasak dipertingkat! 10

Suzuki tidak mengumumkan harga V-Strom 1050 DE tetapi di Malaysia, V-Strom 1050XT yang dilancarkan Oktober tahun lalu dijual pada angka RM 81,900 (asas).

Juga baca: Suzuki Motor Malaysia umum kehadiran Katana, GSX-R1000R, GSX-R1000, tapi...

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda