window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki sah 'hidupkan' semula Hayabusa! Pelancaran pada bulan depan

Khairil ยท Jan 29, 2021 07:00 PM

Suzuki sah 'hidupkan' semula Hayabusa! Pelancaran pada bulan depan 01

Jentera Superbike ikonik, Hayabusa sah 'dihidupkan' semula dengan versi terbaharu selepas Suzuki mempertontonkan satu video teaser pendek di laman Youtube mengenai pelancarannya pada 5 Februari ini.

Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan kelibat motosikal berkenaan sedang menjalani ujian di atas litar.

Suzuki sah 'hidupkan' semula Hayabusa! Pelancaran pada bulan depan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan kepada sudut pandang di paparan panel meter analog, ia menunjukkan motosikal berkenaan boleh dikerah sehingga putaran maksimum meter yang kelihatan mencecah 180 bsj atau 299 km/j.

Suzuki sah 'hidupkan' semula Hayabusa! Pelancaran pada bulan depan 01

Perkembangan itu jelas mencetus keterujaan buat peminat Suzuki khasnya buat penggemar Hayabusa selepas jentera berkenaan dihentikan pengeluarannya pada 2019 lalu.

Sebagai info, Hayabusa yang bermaksud burung peregrine falcon, yang juga burung terpantas di dunia dalam bahasa Jepun memegang rekod sebagai motosikal paling laju di dunia selepas mencatatkan kelajuan maksimum sepantas 312 kmj pada 1999.

Suzuki sah 'hidupkan' semula Hayabusa! Pelancaran pada bulan depan 02

Menyelurusi kehebatan Hayabusa, selain terkenal sebagai jentera Superbike maha laju, ia juga dikenali dengan rekabentuk yang unik. Ia berjaya menikmati zaman kegemilangan selama dua dekad sebelum ditamatkan pengeluarannya dengan edisi 2019 sebagai model terakhir.

Suzuki sah 'hidupkan' semula Hayabusa! Pelancaran pada bulan depan 03

Bagi model berkenaan, Hayabusa dikuasakan denga enjin 1,340 cc, Penyejuk Cecair, DOCH, 4 Silinder Sebaris yang berupaya menghasilkan kuasa 173 Hp pada 9,500 rpm dan Tork 135 Nm pada 7,000 rpm.

Justeru, pelbagai peningkatan mungkin akan diperkenalkan Suzuki bagi model generasi terbaharu ini antaranya 'cruise control, traction control, mod tunggangan malah tidak mustahil dengan penambahan pendesak kuasa seperti turbo atau supercharger.

Suzuki sah 'hidupkan' semula Hayabusa! Pelancaran pada bulan depan 04

Sebagai rekod, Hayabusa dihentikan pengeluarannya dua tahun lalu berikutan motosikal berkenaan tidak melepasi tahap piawaian emisi Euro4.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda