window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Swift Sport kini di Singapura - enjin mild hybrid dan 6MT pertama di ASEAN!

Haris Β· May 6, 2021 02:00 PM

Suzuki Swift Sport kini di Singapura - enjin mild hybrid dan 6MT pertama di ASEAN! 01

Suzuki Swift Sport 2021 telah diperkenalkan di Singapura, hanya selepas 2 bulan hot hatch itu dilancarkan di Malaysia.

Ditawarkan dalam trenkuasa yang berbeza dengan pasaran kita, Singapura menjadi negara pertama di rantau ASEAN yang menerima Suzuki Swift Sport dengan sistem 'mild hybrid' 48V (MHEV).

Suzuki Swift Sport kini di Singapura - enjin mild hybrid dan 6MT pertama di ASEAN! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menjana hot hatch ini adalah enjin empat silinder 1.4 liter bercaj turbo K14D yang mampu mengeluarkan sehingga 129 PS dan 235 Nm, digabungkan dengan sistem 'mild hybrid' (MHEV) 48V.

Perbandingan trenkuasa
Model Kuasa kuda (PS) Tork (Nm)
Swift Sport (ICE) 140 230
Swift Sport (MHEV) 129 235

*ICE = enjin konvensional biasa (Internal Combustion Engine)

Output kuasa adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan model pasaran Malaysia kerana Suzuki Swift Sport perlu mematuhi piawaian pelepasan Euro 6d yang lebih ketat.

Suzuki Swift Sport kini di Singapura - enjin mild hybrid dan 6MT pertama di ASEAN! 01

Model pasaran UK

Suzuki Swift Sport juga hanya ditawarkan dengan transmisi manual enam kelajuan di Singapura. Tiada transmisi automatik untuk jiran selatan kita itu. Dakwaan pengeluar tentang enjin 'mild hybrid' ini adalah pecutan 0-100 km/j mencatatkan masa selama 9.1 saat.

Prestasi Suzuki Swift Sport
Model 0-100 km/h (saat) Top speed (km/h)
Swift Sport (ICE) 8.1 210
Swift Sport (MHEV) 9.1 210

Walaupun Suzuki Swift Sport MHEV ini tewas di atas kertas berbanding model ICE, penggunaan bahan api ternyata jauh lebih baik.

Sebagai perbandingan, Suzuki Swift Sport (MHEV) mencatatkan hanya 4.71 liter / 100 km penggunaan bahan api berbanding Suzuki Swift Sport (ICE) yang mencatatkan 6.1 liter / 100 km.

Suzuki Swift Sport kini di Singapura - enjin mild hybrid dan 6MT pertama di ASEAN! 02

Secara visual, model pasaran Singapura ini hampir sama dengan kereta spesifikasi Malaysia, kecuali roda 17-inci yang lebih besar. Selebihnya, perincian seperti gril depan yang besar, perincian gentian karbon pada kit badan, dan hujung ekzos berkembar masih nampak sama.

Suzuki Swift Sport kini di Singapura - enjin mild hybrid dan 6MT pertama di ASEAN! 03

Dari segi keselamatan pula, Suzuki Swift Sport di Singapura menerima suite ADAS Suzuki Safety Support yang merangkumi:

  • Dual Sensor Brake Support (DSBS, camera + radar AEB)
  • Radar Brake Support (RBS, radar-based AEB)
  • Lane Departure Warning (LDW )
  • Weaving Alert (sistem kewaspadaan pemandu)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)

Suzuki Swift Sport kini di Singapura - enjin mild hybrid dan 6MT pertama di ASEAN! 04

Suzuki Swift Sport 2021 pasaran Singapura berharga SGD 109,900 (RM 339,040). Situasi yang sama juga di Malaysia, harga rasmi sedikit tinggi berbanding unit import recond yang berharga sekitar SGD 81,000 hingga SGD 95,000.

Kredit gambar: Clif C.

Bacaan Lanjut:

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900!

Suzuki Swift Sport 2021 - patut beli β€˜recond’ atau beli baru dari Naza?

SAH! Suzuki kembali semula di Malaysia, Swift Sport & Jimny bakal tiba, pelancaran pertama bulan April!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Swift Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda