window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SYM Jet X 150 dipertontonkan, bakal dilancar sekitar Mei atau Jun ini!

Khairil ยท Apr 21, 2021 04:00 PM

SYM Jet X 150 dipertontonkan, bakal dilancar sekitar Mei atau Jun ini! 01

Seperti dijanjikan, SYM Malaysia akhirnya mempertontonkan model skuter terbarunya bagi pasaran tempatan iaitu SYM Jet X 150 yang tampil dengan rekaan elegan dan ekslusif.

SYM Jet X 150 dipertontonkan, bakal dilancar sekitar Mei atau Jun ini! 02

Sejak beberapa bulan lalu, jenama berkenaan menerusi laman Facebook rasminya rancak mengeluarkan 'teaser' mengenai sebuah model berkenaan. Ia sebenarnya bukan lagi rahsia dan ia diakui oleh pengedarnya, MForce Bike Holdings sendiri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: SYM Jet X 150 ditunggang uji di jalan raya Malaysia. Pelancaran makin dekat?

SYM Jet X 150 dipertontonkan, bakal dilancar sekitar Mei atau Jun ini! 01

Menurut MForce, skuter yang akan memeriahkan persaingan dalam segmen berkenaan akan menjengah ke pasaran sekitar Mei atau Jun ini dengan tanda harga RM 8,000 ke RM 10,000.

Turut dikenali sebagai GPX Drone 150 di Thailand, harga yang ditawarkan bagi pasaran negara jiran itu adalah THB 69,800 (RM 9,427). Justeru dengan penawaran harga lebih rendah, ia pastinya berpeluang untuk 'memikat' hati peminat tempatan.

Juga baca: Tak sabar tunggu SYM Jet X 150 di Malaysia? Jom lihat 'kembarnya' di seberang

SYM Jet X 150 dipertontonkan, bakal dilancar sekitar Mei atau Jun ini! 02

Dari sudut spesifikasi teknikal, ia dikuasakan enjin bersesaran 149.6 cc, 4 Lejang, 2 Injap, 1 Silinder, SOHC, Penyejuk Cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI).

Kuasa yang dihasilkan ialah 12.3 Hp pada 8,000 rpm dan tork 12 Nm pada 6,000 rpm. Sistem transmisi adalag dari jenis CVT.

SYM Jet X 150 dipertontonkan, bakal dilancar sekitar Mei atau Jun ini! 03

Dari sudut keselesaan menunggang, sistem suspensi motosikal ini menggunakan fork teleskopik di bahagian depan dan dwi-absorber boleh laras dengan 3 tetapan di belakang.

SYM Jet X 150 dipertontonkan, bakal dilancar sekitar Mei atau Jun ini! 04

Set roda pula adalah menggunakan rim sport bersaiz 14 inci depan dan belakang dengan tayar dengan saiz 100/90 di depan dan 110/80 di belakang.

SYM Jet X 150 dipertontonkan, bakal dilancar sekitar Mei atau Jun ini! 05

Untuk keselamatan pula, sistem brek pula menggunakan sistem brek kombi (CBS) dengan brek cakera bersaiz 260 mm di depan dan brek cakera 220 mm di belakang.

Kepada yang tertanya-tanya mengapa model ini tidak dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), MForce menyatakan varian yang menggunakan sistem berkenaan akan turut diperkenalkan.

SYM Jet X 150 dipertontonkan, bakal dilancar sekitar Mei atau Jun ini! 06

Bagi menambah tahap 'garang', skuter ini mempunyai rekaan lampu depan yang menarik yang menggunakan teknologi LED penuh pada lampu utama, lampu signal lampu belakang dan lampu siang (DRL).

SYM Jet X 150 dipertontonkan, bakal dilancar sekitar Mei atau Jun ini! 07

Ciri-ciri lain yang turut dipandankan ialah sistem penghidup tanpa kunci, paparan panel meter jenis LCD digital yang besar dan terang yang hadir dengan fungsi auto malap, dua port pengecas USB dan termasuk (Quick Charge) 2.0.

SYM Jet X 150 dipertontonkan, bakal dilancar sekitar Mei atau Jun ini! 08

Untuk kepasiti bahan api, ia mampu memuatkan 7.5 liter untuk satu isian dan ruang simpanan bawah pelana yang luas iaitu 18 liter.

SYM Jet X 150 dipertontonkan, bakal dilancar sekitar Mei atau Jun ini! 09

Informasi lain mengenai skuter ini adalah ia mempunyai panjang 2,000 mm, lebar 760 mm, tinggi  1,115 mm dengan jarak lega bumi 107 mm. Tinggi pelana pula adalah 780 mm dan berat 140 kg.

Jom tonton majlis pra-tonton SYM Jet X 150, semalam.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda