window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita?

Zamil Syaheer · Mar 10, 2021 08:00 PM

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 01

Selalunya industri automotif ini dikaitkan dengan lelaki berbanding perempuan. Tetapi ini tidak bermakna kaum hawa tidak pernah mereka cipta atau menyumbang kepada industri automotif.

Dari pengilap cermin sehingga pendahulu kepada teknologi GPS, tahukan anda terdapat banyak komponen penting ini direka oleh wanita?

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam rencana ini, anda akan ketahui 6 inovasi komponen kereta oleh wanita yang merevolusikan industri kenderaan (dan menyelamatkan banyak nyawa di jalan raya)!

1. Pengilap cermin

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 01

Semasa perjalanan ke New York City, Mary Anderson melihat bahawa pemandu trem harus membuka tingkap untuk membersihkan fros, dan ini mendedahkan mereka kepada unsur-unsur luar.

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 02

Pemerhatian ini memberi inspirasi kepadanya untuk mencipta alat yang mengeluarkan salji atau hujan dari kaca depan dengan tuas yang dikendalikan oleh tangan dari dalam kenderaan. Ia juga boleh dikeluarkan selepas musim sejuk.

Ketika ciptaan ini dipatenkan pada tahun 1903, amat jarang sekali untuk melihat penggunaan kereta di jalan raya. Oleh sebab demikian, pengilap cermin tidak dihasilkan secara komersial sehingga tahun 1913. Kini, kelengkapan ini wajib ada pada sesebuah kereta, terutamanya pada hujan lebat.

2. Lampu isyarat dan brek

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 03

Imej dari Women's Museum of California.

Bintang filem senyap Florence Lawrence berada dalam hampir 300 filem sepanjang kariernya. Dia menjadi kaya sehingga dia dapat membeli keretanya sendiri – satu perkara yang jarang terjadi pada wanita pada awal abad ke-20!

Setelah mengembangkan minat terhadap dunia automotif, dia membuat keputusan untuk meneroka cara meningkatkan taraf keselamatan sesebuah kereta.

Setelah bertahun-tahun lamanya dia bereksperimen, Lawrence mencipta isyarat putaran mekanikal dan isyarat brek mekanikal pertama pada tahun 1914.

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 04

Florence Lawrence duduk di belakang kereta touring Lozier dengan plat nombor 1912 Pennsylvania. Imej dari Wisconsin Center for Film and Theater Research.

Dengan menekan butang, "lengan isyarat automatik" akan menaikkan dan menurunkan bendera pada bampar belakang supaya pemandu atau orang lain tahu dimana arah yang ingin dituju.

Ketika menekan brek, ada tanda kecil berlabel "berhenti" muncul dan memberi amaran kepada orang bahawa kereta akan berhenti.

Malangnya, dia tidak mempatenkan penemuannya. Walaupun ciptaan ini menjadi salah satu kelengkapan wajib bagi sebuah kereta, tidak banyak yang mengaitkannya dengan Lawrence. Beberapa syarikat besar malah berusaha untuk mengambil penghargaan secara langsung atas sumbangannya.

3. Pemanas kereta

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 05

Pada tahun 1893, jurutera mekanikal Margaret Wilcox mencipta pemanas kereta. Udara panas akan dilepaskan dari bahagian enjin, memberikan sensasi kehangatan kepada penguna kereta aristokrat abad ke-19.

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 06

Sepanjang abad ini, ia telah diubahsuai dan dipertingkatkan menjadi bahagian penting kenderaan pada masa kini. Semestinya, ini bukanlah dicipta dengan iklim monsun tropika seperti Malaysia.

Walau bagaimanapun, pemanas kereta telah melindungi banyak orang daripada ancaman hipotermia semasa perjalanan jauh dalam cuaca sejuk atau bersalji.

4. Tayar Kevlar

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 07

Pada tahun 1960-an, Stephanie Kwolek, seorang ahli kimia di DuPont, diminta untuk mengembangkan alternatif yang cekap bahan bakar untuk pengukuhan keluli pada tayar kereta.

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 08

Penyelidikan ini mewujudkan Kevlar, serat polimer ringan yang lebih kuat daripada keluli. Bahan ini digunakan untuk membuat tayar kereta, pad brek yang lebih kuat dan bahkan perisai pelindung seperti rompi kalis peluru!

Pada tahun 1995, Kwolek menjadi wanita keempat yang memasuki National Inventors Hall of Fame.

5. Teknologi Transmisi Tanpa Wayar

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 09

Zaman sekarang mesti ramai yang tak boleh pandu tanpa aplikasi Waze atau Google Map. Jika anda nak tahu, pendahulu GPS moden diciptakan oleh pelakon Austria dan ikon kecantikan antarabangsa, Hedy Lamarr.

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 10

Semasa Perang Dunia II, dia bekerja bersama George Antheil untuk membuat teknologi penghantaran tanpa wayar untuk membantu memerangi Nazi.

Dengan memanipulasi frekuensi radio, sistem ini memastikan bahawa kod rahsia tidak dapat dikesan oleh musuh.

Bayangkan teknologi sebegini tercipta pada masa itu, memang ‘advance’ habis! Walaupun telah dipatenkan pada tahun 1941, ia mendapat sedikit perhatian sehingga ledakan teknologi digital. Ciptaan Lamarr menetapkan asas teknologi untuk telefon bimbit, WiFi dan GPS yang anda lihat pada zaman ini.

6. Pad Brek

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 11

Lapisan brek adalah cetusan idea dari Bertha Benz, isteri dan rakan perniagaan Karl Benz, pencipta kenderaan dan pengasas syarikat automobil yang kita kenal sekarang sebagai Mercedes-Benz.

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 12

Pada masa ketika kereta masih mencetuskan ketakutan di kalangan orang ramai, dia membawa kedua-dua anak lelakinya dengan memandu kenderaan merentas desa pertama untuk membuktikan bahawa penemuan itu berguna dan mendapat tempat di masa depan.

Anda juga boleh mengatakan bahawa dia adalah pemandu ujian pertama di dunia!

Sepanjang perjalanannya, dia membuat penemuan penting yang mengubah reka bentuk kereta, termasuk roda gigi tambahan untuk permukaan berbukit dan lapisan brek untuk memperbaiki pad brek.

Tahukah anda 6 komponen asas kereta ini direka cipta oleh wanita? 13

Volvo YCC 2004 - direka oleh sepasukan wanita.

Adakah anda terkejut membaca senarai ini? Jangan ingat kaum lelaki sahaja yang tahu selok belok benda automotif, kerana kaum hawa telah membuktikan bahawa mereka pun mampu dan boleh sejak azali lagi.

Walaupun Isnin lepas adalah Hari Wanita sedunia, tetapi bagi kami kaum hawa patut dihargai dan dihormati setiap hari!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda