window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tayar baru elok pasang di depan atau belakang?

Mersita ยท Jan 31, 2021 06:00 PM

Tayar baru elok pasang di depan atau belakang? 01

Katakanlah tayar kereta anda ada yang perlu ditukar tapi anda nak jimat sikit. Kadangkala bukan keempat-empat tayar yang perlu ditukar tapi hanya sepasang. Dilema yang sering dihadapi apabila nak tukar tayar ialah samada nak pasang tayar baru di depan atau belakang?

Nampak mudah, tapi bergantung kepada sumber anda, pendapat kadangkala berbeza. Kali ini, kami ingin kupas bagaimana posisi tayar baru anda akan memberi impak kepada pemanduan kereta anda.

Tayar baru elok pasang di depan atau belakang? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Katakanlah, anda pasang tayar baru di hadapan. Tanpa sebarang perubahan lain dibuat, kereta anda akan ada lebih ‘grip’ atau cengkaman di bahagian hadapan kereta. Oleh itu, keseimbangan cengkaman ini akan lebih terjurus kepada ‘oversteer’. Pada masa yang sama, jika cengkaman tayar di belakang lebih rendah, lebih senang untuk tayar ‘lose contact’ dengan permukaan jalan apabila anda memecut.

Tayar baru elok pasang di depan atau belakang? 01

Sebaliknya, jika anda pasang tayar baru di belakang, roda belakang akan punyai lebih cengkaman berbanding di bahagian hadapan kereta. Ini bermaksud keseimbangan cengkaman kereta itu kini lebih ‘understeer’. Dengan susun atur sebegini, kereta anda akan rasa terhuyung-hayang sedikit di depan apabila memecut kerana tayar hadapan akan terlepas cengkaman lebih awal berbanding di belakang.

Tayar baru elok pasang di depan atau belakang? 02

Kredit gambar: Whiteline

Oleh itu, tetapan yang mana satu patut anda pilih? Pada hemat peribadi kami, pasang tayar baru anda di belakang kerana ini adalah pilihan lebih selamat. Dalam situasi yang mencemaskan, adalah lebih mudah untuk anda mengawal kereta dari efek ‘understeer’ berbanding ‘oversteer’.

Tayar baru elok pasang di depan atau belakang? 03

Selalunya, bagi membetulkan ‘understeer’, apa yang anda perlu lakukan ialah lepaskan pedal pecutan (atau brek dengan perlahan) dan tunggu tayar hadapan anda untuk dapatkan cengkaman penuhnya semula.

Bagi situasi ‘oversteer’ pula, efeknya lebih mencemaskan – dari mula ia terjadi sehinggalah usaha anda untuk membetulkan semula kemudi kereta. Salah sikit, kereta anda boleh terpusing.

Tayar baru elok pasang di depan atau belakang? 04

Oleh itu, bagi penggunaan harian seperti biasa, kami sarankan anda untuk pasang tayar baru di belakang. Jika anda rasa nak ‘adventure’ sikit, anda boleh saja pasang tayar baru di depan. Cuma pastikan anda boleh kawal dengan baik dan tenang.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda