window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

TC Euro Cars memberi potongan harga sehingga RM11,700 untuk model Renault terpilih

Haris · Jun 15, 2020 10:18 AM

TC Euro Cars memberi potongan harga sehingga RM11,700 untuk model Renault terpilih 01

Sejajar dengan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan pada kereta baru dari 15 Jun hingga 31 Disember 2020, TC Euro Cars (TCEC) satu-satunya pemegang francais untuk kenderaan Renault di Malaysia telah mengemas kini harga untuk model Renault terpilih. 

Untuk lebih penjimatan, pelanggan juga boleh memanfaatkan tawaran eksklusif dalam talian yang ditawarkan untuk barisan model Renault.

TC Euro Cars memberi potongan harga sehingga RM11,700 untuk model Renault terpilih 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penjimatan dari pengecualian cukai jualan akan dimanfaatkan sepenuhnya kepada pelanggan untuk kereta yang didaftarkan mulai 15 Jun 2020 sehingga tamat tempoh promosi.

Pengecualian cukai jualan 100 peratus pada model crossover Captur pasangan tempatan (CKD) menawarkan penjimatan sebanyak RM2,691. Sementara itu, pengecualian cukai jualan 50 peratus pada model import (CBU) menawarkan penjimatan sekitar RM6,687 untuk model Koleos sehingga RM11,670 untuk model Megane RS 280 CUP EDC.

TC Euro Cars memberi potongan harga sehingga RM11,700 untuk model Renault terpilih 01

Maklumat lengkap mengenai harga runcit yang dikemas kini adalah seperti di bawah. Semua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insurans untuk pendaftaran Semenanjung Malaysia dan individu persendirian Malaysia sahaja. Harga untuk Langkawi tidak berubah kerana cukai jualan tidak ditetapkan di sana.

TC Euro Cars memberi potongan harga sehingga RM11,700 untuk model Renault terpilih 02

Selain penjimatan cukai jualan, TCEC meneruskan tawaran eksklusif atas talian melalui Renault E-Store dalam bentuk pengecualian ansuran enam bulan dengan penjimatan antara RM6,600 untuk Captur sehingga RM17,000 untuk Megane RS. Pelanggan yang berminat untuk menukar beli (trade in) kenderaan mereka akan menikmati ganjaran sehingga RM8,400. Selain itu, pelanggan Captur dan Koleos juga mendapat pakej servis percuma selama 5 tahun / 100,000km bernilai RM6,278 dan RM7,837.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda