window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Teknologi 'mild-hybrid' pernah 'gagal' di Malaysia, ada peluang ke Mercedes C200 EQ Boost MHEV?

Haris · Feb 24, 2022 09:00 AM

Teknologi 'mild-hybrid' pernah 'gagal' di Malaysia, ada peluang ke Mercedes C200 EQ Boost MHEV? 01

  • Sebelum ini, C200 (W205) dengan hibrid ringan (MHEV) tidak begitu memberangsangkan
  • Model baharu W206 tersedia dengan rangkaian kuasa MHEV sahaja di seluruh dunia
  • Berkemungkinan akan diperkenalkan semula di Malaysia

Mercedes-Benz C-Class serba baharu (W206) 2022 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, seperti yang dibayangkan oleh imej acah di media sosial Mercedes-Benz Malaysia. Walaupun butiran tepat mengenai C-Class masih belum diketahui sepenuhnya, kita mempunyai sedikit idea yang baik tentang pilihan rangkaian kuasa.

Teknologi 'mild-hybrid' pernah 'gagal' di Malaysia, ada peluang ke Mercedes C200 EQ Boost MHEV? 02

Jika Mercedes-Benz C-Class W205 facelift menjadi rujukan, Malaysia boleh menjangkakan Mercedes-Benz C-Class W206 akan tersedia dalam dua varian - C200 dan C300.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di peringkat global, C200 dilengkapi dengan enjin 4-silinder 1.5 liter pengecas turbo yang dipadankan dengan penjana pemula bersepadu (Integrated Starter Generator) 48V, menjadikannya sebuah unit mild-hybrid (Mercedes memanggilnya EQ Boost).

Sementara itu, C300 juga akan menerima unit mild-hybrid ini, tetapi sebaliknya dengan enjin 4-silinder 2.0 liter pengecas turbo.

Baca: Selepas A-Class, Mercedes-Benz bakal menghentikan model wagon C-Class & E-Class, CLA Shooting Brake

Teknologi 'mild-hybrid' pernah 'gagal' di Malaysia, ada peluang ke Mercedes C200 EQ Boost MHEV? 01

Unit C200 W206 dengan enjin 1.5 liter EQ Boost ini  menghasilkan 204 PS, 300 Nm manakala unit C300 2.0 liter EQ Boost menghasilkan 258 PS, 400 Nm. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik 9-kelajuan yang menggerakkan roda belakang.

Teknologi 'mild-hybrid' pernah 'gagal' di Malaysia, ada peluang ke Mercedes C200 EQ Boost MHEV? 02

Ini bukan kali pertama C-Class dipadankan dengan rangkaian kuasa hibrid sederhana (mild-hybrid). Untuk pengetahuan, ia telah diperkenalkan ketika C200 W205 facelift pada akhir 2018, yang menggunakan rangkaian kuasa 1.5 liter EQ Boost.

Walau bagaimanapun, kemas kini kepada model C200 pada pertengahan tahun 2020 menyaksikan kembalinya enjin 2.0 liter M264 menggantikan unit 1.5 liter EQ Boost hibrid ringan 48 Volt ini.

Teknologi 'mild-hybrid' pernah 'gagal' di Malaysia, ada peluang ke Mercedes C200 EQ Boost MHEV? 03

Spekulasi untuk perubahan itu ialah teknologi EQ Boost tidak memberikan faedah yang besar kepada enjin. Ia tidak lebih cekap dan juga tidak mengurangkan pelepasan karbon - sekadar beza berdasarkan sesaran 1.5 liter vs 2.0 liter sahaja yang disebabkan oleh kapasiti.

Kos tambahan dan kerumitan sukar untuk mewajarkan penawarannya secara berterusan, justeru ia ditawarkan dalam jangka masa yang agak pendek.

Baca: Mercedes-Benz C-Class W206 2022 membuat debut ASEAN di Singapura - 1.5 hibrid ringan, daripada RM 795k

Teknologi 'mild-hybrid' pernah 'gagal' di Malaysia, ada peluang ke Mercedes C200 EQ Boost MHEV? 04

Bagi C-Class generasi W206 baharu ini, nampaknya semua pilihan trenkuasa yang tersedia di seluruh dunia (termasuk Singapura) adalah unit hibrid sederhana EQ Boost, yang dijangka akan turut ditawarkan untuk pasaran Malaysia juga. Hal ini mencadangkan kepulangan trenkuasa 1.5 liter EQ Boost ke perairan kita.

Persoalannya sekarang, adakah istilah "hibrid sederhana" ini akan diterima oleh rakyat Malaysia?

Komentar WapCar

Teknologi 'mild-hybrid' pernah 'gagal' di Malaysia, ada peluang ke Mercedes C200 EQ Boost MHEV? 05

Secara umumnya, pembeli di Malaysia masih ragu-ragu terhadap rangkaian kuasa hibrid kerana kerumitannya yang membawa kepada kos pembaikan yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, adalah perkara biasa bagi pembeli kereta terpakai untuk mengelakkan hibrid di mana sentimen ini menjejaskan nilai jualan semula model berkenaan.

Walaupun begitu, sistem EQ Boost dari Mercedes ialah sistem hibrid sederhana di mana motor elektrik menyokong enjin dan bukannya sehingga menggerakkan kereta.

Teknologi 'mild-hybrid' pernah 'gagal' di Malaysia, ada peluang ke Mercedes C200 EQ Boost MHEV? 06

Bateri litium-ion untuk sistem 48V juga berkapasiti agak kecil (biasanya kurang daripada 1-kWj) dan tidak begitu mempengaruhi ruang untuk rekaan dalaman dan berat kenderaan berbanding sistem hibrid penuh. Sekiranya bateri 48V gagal, ia tidak memerlukan kos yang tinggi untuk diganti kerana saiznya - cuma perlu diingatkan bahawa ini adalah Mercedes.

Teknologi 'mild-hybrid' pernah 'gagal' di Malaysia, ada peluang ke Mercedes C200 EQ Boost MHEV? 07

Antara perkara yang kami gemar mengenai rangkaian kuasa hibrid ringan ini ialah fungsi henti-mula yang lancar dan pemampat pendingin hawa yang menggunakan elektrik. Hal kedua ini bermaksud bahawa penghawa dingin akan masih berfungsi apabila enjin dimatikan. Ia juga membantu mengisi ruang yang ditinggalkan oleh turbo lag untuk tindak balas yang lebih baik.

Dengan dorongan untuk elektrifikasi yang ada sekarang, berkemungkinan besar, unit EQ Boost akan berada di sini untuk suatu jangka masa yang lebih panjang.

Baca: Mercedes-Benz C-Class model paling laku di Malaysia, tapi kenapa negara Asia lain tak minat?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mercedes-Benz AMG C-Class AMG C 43

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda