window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempahan Honda Civic FE 2022 serba baru kini dibuka di Malaysia!

Mersita · Dec 14, 2021 11:59 AM

Tempahan Honda Civic FE 2022 serba baru kini dibuka di Malaysia! 01

Model ‘spec’ Thailand ditunjukkan, spesifikasi tempatan mungkin berbeza
  • Tempahan kini dibuka untuk Honda Civic FE 2022, akan dilancarkan pada suku pertama 2022
  • Harga dan jumlah varian belum disahkan, namun varian 1.8S terdahulu mungkin digugurkan
  • Jangkakan harga permulaan sekitar RM 130,000 (jika tiada 1.8S)

Honda Malaysia baru sahaja mengesahkan pelancaran Honda Civic FE 2022 generasi ke-11 yang akan tiba tak lama lagi. Dengan pengumuman ini, tempahan bagi sedan segmen C serba baru ini telahpun dibuka di pusat pengedar Honda di seluruh Malaysia.

Tempahan Honda Civic FE 2022 serba baru kini dibuka di Malaysia! 02

Ignite Red, model spesifikasi Thailand

Honda Civic generasi FE ini akan menggantikan Civic generasi FC yang dahulunya dilancarkan di Malaysia pada 2016.

Satu video acah juga telah ditayangkan, berserta slogan ‘A Legacy, Reborn’.

Berapakah harga Honda Civic FE 2022 serba baru di Malaysia?

Harga Honda Civic FE 2022 serba baru ini belum lagi diumumkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Namun sebagai rujukan, Civic FC yang sedang berada di pasaran dahulunya dilancarkan dengan harga RM 109,326 bagi varian asas 1.8S ‘naturally aspirated’, manakala varian 1.5 liter berpengecas turbo TC dan TC-P pernah dijual masing-masing pada harga RM 125,081 dan RM 134,661 – termasuk pengecualian SST bagi kereta penumpang CKD.

Tempahan Honda Civic FE 2022 serba baru kini dibuka di Malaysia! 01

Model ‘spec’ Thailand ditunjukkan, spesifikasi tempatan mungkin berbeza

Jika dirujuk pula pada Civic FE yang telah dilancarkan di pasaran negara luar, maka model asas 1.8 liter ‘naturally aspirated’ berkenaan besar kemungkinannya akan digugurkan. Jika benar, yang tinggal hanyalah varian enjin 1.5 liter VTEC Turbo untuk dibeli.

Selain itu, ini juga bermaksud harga permulaan bagi Honda Civic FE 2022 akan jadi lebih tinggi – dianggarkan sekitar RM 130,000.

Tempahan Honda Civic FE 2022 serba baru kini dibuka di Malaysia! 02

Apakah jenis enjin dan transmisi Honda Civic FE 2022?

Bagi model generasi baru ini, janaan kuasa bagi enjin 1.5 liter VTEC Turbo telah ditingkatkan sebanyak 9 PS dan 20 Nm - menghasilkan jumlah akhir 182 PS dan 240 Nm. Pacuan kuasa masih disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear CVT yang kini ditala semula bagi tindakbalas dan kebolehpanduan lebih baik.

Tiga mod pemanduan boleh dipilih iaitu Econ, Normal, dan Sport.

Tempahan Honda Civic FE 2022 serba baru kini dibuka di Malaysia! 03

Honda Civic FE dalam Meteorite Grey

Sama seperti dahulu, varian flagship (akan digelar RS, namun berbeza dengan City/City Hatchback, akan tiada model hibrid) akan memaparkan kelengkapan penuh ADAS Honda Sensing.

Tempahan Honda Civic FE 2022 serba baru kini dibuka di Malaysia! 04

Setakat ini, Honda Civic FE 2022 telahpun dilancarkan di Thailand, Indonesia, dan Singapura. Semua pasaran ini hanya ada varian 1.5 liter VTEC Turbo.

Bilakah Honda Civic FE 2022 akan dilancarkan di Malaysia?

Honda Malaysia memaklumkan bahawa penghantaran bagi Honda Civic 2022 serba baru akan bermula pada suku pertama 2022.

Tempahan Honda Civic FE 2022 serba baru kini dibuka di Malaysia! 05

Ikut kami rapat-rapat di FB WapCar – BM untuk berita lebih lanjut!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda