window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempoh menunggu terkini buat model 2023 Perodua - Alza cecah 13 bulan, Aruz paling cepat!

Faisal · Jan 17, 2023 01:00 PM

Tempoh menunggu terkini buat model 2023 Perodua - Alza cecah 13 bulan, Aruz paling cepat! 01

Kalau anda hendak mencari Perodua baru, bersiap sedialah untuk tunggu beberapa bulan sebelum kereta sampai.

Sebentar tadi, kami telah bertanya dengan beberapa pengedar Perodua dan mendapati bahawa tempoh menunggu buat beberapa model popular mencecah 1 tahun.

Buat masa ini, tempoh menunggu yang paling lama adalah model Alza iaitu dari 9 ke 13 bulan, bergantung pada varian. Untuk mereka yang dah tempah sekalipun, ada yang perlu menunggu sampai 12 bulan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempoh menunggu terkini buat model 2023 Perodua - Alza cecah 13 bulan, Aruz paling cepat! 01

Model kedua Perodua yang perlu ditunggu paling lama adalah Bezza. Kalau anda tempah hari ini, lagi 6.5 ke 9.5 bulan baru dapat kereta.

Kalau anda nak tahu, model Perodua yang paling cepat untuk dapat sekarang adalah Aruz, kena tunggu 2 ke 3 bulan sahaja.

Tempoh menunggu terkini buat model 2023 Perodua - Alza cecah 13 bulan, Aruz paling cepat! 02

Untuk Axia, pengedar memberitahu bahawa generasi D74A akan tiba tidak lama lagi. Disebabkan itu, model sedia ada hanya untuk menghabiskan stok.

Juga baca2023 Perodua Axia D74A menyusul - D-CVT, tiada turbo kekal 1.0 NA sekarang!

Nak senang, anda boleh lihat rumusan tempoh menunggu Perodua di bawah:

  • Axia: Sementara stok masih ada
  • Bezza: 6.5 bulan ke 9.5 bulan
  • Myvi: 5.5 bulan ke 7.5 bulan
  • Ativa: 4 bulan ke 5.5 bulan
  • Alza: 9 bulan ke 13 bulan
  • Aruz: 2 bulan ke 3 bulan

Apapun, untuk mereka yang hendak menukar ganti kenderaan tetapi kereta belum sampai, Perodua memberitahu bahawa anda masih boleh memandu kereta tersebut.

Tahun lepas, Perodua memecah rekod produksi dengan menghasilkan sehingga 289,054 unit.

Juga bacaPerodua lepasi sasaran 2022 dengan 247,800 unit, catat rekod baharu untuk jualan tahunan tertinggi!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda