window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli

Faisal · Oct 2, 2021 06:00 PM

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli 01

Pernah tak anda terserempak dengan kereta yang nampak sama tetapi bila toleh balik, macam lain? Kiranya seperti pelanduk dua serupa? Situasi beginilah yang sering rakyat Malaysia hadapi apabila ada satu model ini selalu disalah sangka sebagai Toyota Camry walhal ia sebenarnya adalah Toyota Mark X.

Juga bacaToyota Camry: Antara sedan paling selesa di dunia - ini panduan beli secara terpakai

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli 02

Untuk pengetahuan anda, Mark X merupakan cetusan idea Toyota untuk mencabar BMW 3 Series, iaitu sportsedan teragung di dunia. Oleh kerana itu, Mark X dicipta dengan mekanikal yang begitu lain berbanding mana-mana sedan Toyota yang sinonim dengan pasaran kita (Vios, Corolla Altis dan Camry).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli 01

Perbezaan inilah yang menjadikan Toyota Mark X sedikit unik dan istimewa. Untuk itu, mari kami perincikan 5 sebab kenapa anda wajib beli sportsedan buatan Toyota ini.

1. Enjin 6 silinder

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli 02

Mark X generasi pertama.

Toyota Mark X sejak generasi pertama yang debut pada 2004 lagi sudah datang dengan enjin 6 silinder. Generasi pertama (GRX120) ditawarkan dengan enjin 4GR-FSE 2.5L V6 (215 PS, 260 Nm tork) dan 3GR-FSE 3.0L V6 (256 PS, 314 Nm tork). Toyota Mark X generasi kedua (GRX130) pula tampil dengan penawaran enjin 2.5L yang sama tetapi dengan 203 PS dan 243 Nm tork. Enjin satu lagi pula dinaik taraf ke 2GR-FSE 3.5L V6 (318 PS, 380 Nm tork). Jadi apa kelebihan enjin ini?

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli 03

Mark X Final Edition, keluaran Mark X terakhir.

Bagi anda yang belum tahu, enjin 6 silinder mengeluarkan bunyi deruman yang lebih sedap berbanding enjin 4 silinder yang sinonim dengan sedan Toyota di pasaran kita. Getaran yang dirasai juga lebih lazat dan mengasyikkan. Malah, karakter penghantaran kuasa juga lebih santai kerana terdapat bantuan dari 2 silinder tambahan untuk menghembuskan output yang dihasilkan. Dengan piawaian mesra alam yang semakin ketat pada zaman ini, enjin yang bersaiz besar seperti ini dianggap lebih istimewa kerana ia sudah ‘rare’.

2. Pacuan roda belakang

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli 04

Mark X generasi pertama.

Toyota Mark X dibangunkan berasaskan format pacuan roda belakang. Untuk makluman anda, susunan ini memberikan berat depan dan belakang kereta yang lebih seimbang iaitu menghampiri 50:50. Kesannya, pengendalian menjadi lebih stabil kerana berat tidak tertumpu pada bahagian depan sahaja.

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli 05

Mark X generasi kedua.

Melalui pacuan roda belakang juga, roda depan kiranya boleh fokus untuk menukar arah tanpa perlu bertugas untuk menghantar kuasa. Kesannya, pemanduan kereta menjadi lebih lincah dan rancak kerana stereng dapat beraksi tanpa gangguan. Di samping itu, pemandu juga dapat merasai sensasi ditolak berbanding ditarik (pacuan roda depan) setiap kali mereka menekan minyak.

3. JDM

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli 06

Kokpit Mark X generasi pertama.

Toyota Marx X merupakan kereta Japan Domestic Model (JDM), iaitu model yang dikhususkan untuk pasaran Jepun. Untuk pengetahuan anda, model JDM sinonim dengan kualiti yang lebih tinggi berbanding Toyota lain kerana ia dibangunkan berdasarkan budaya pengguna di Jepun, iaitu masyarakat yang mementingkan kemudahan dan kesempurnaan.

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli 07

Kokpit Mark X generasi kedua.

Dari segi hierarki, kelas pertama dalam jenama Toyota semestinya Lexus. Kereta JDM pula sering dianggap sebagai kelas kedua. Kemudian barulah kereta Toyota dari pasaran lain. Disebabkan inilah kenapa peminat tegar kereta sering menyanjung model-model JDM.

4. Suspensi adaptif

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli 08

Mark X generasi pertama.

Toyota Mark X hadir dengan ciri Adaptive Variable Suspension (AVS), iaitu suspensi jenis aktif. Kebiasaannya, sedan Toyota yang kita kenal seperti Vios, Corolla Altis dan Camry datang dengan suspensi pasif, iaitu suspensi yang mempunyai satu tetapan sahaja.

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli 09

Kokpit Mark X generasi kedua.

Apa yang unik pada suspensi adaptif ialah pemandu diberi pilihan butang untuk melaras supaya ia lebih keras ataupun lembut, bergantung pada keutamaan mereka ketika itu. Secara teknikal, tetapan keras sesuai untuk pemanduan yang rancak dimana kereta akan rasa lebih stabil dan tidak bergoyang. Tetapan lembut pula sesuai untuk pemanduan yang santai dan bersahaja dimana semuanya lebih empuk dan menenangkan.

5. Gaya

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli 10

Mark X generasi pertama.

Sebagai model yang lebih sporty, Toyota Mark X tampil dengan gaya yang lebih mengancam. Walaupun kadang-kadang nampak macam jelmaan Camry, unsur reka bentuk yang ditayangkan sebenarnya lebih beremosi, terutama pada wajah depan dan lekuk badan.

Toyota Mark X – sportsedan Jepun untuk cabar BMW, ini 5 sebab kenapa anda ‘wajib’ beli 11

Mark X generasi kedua model facelift.

Ditambah pula dengan rim 18 inci yang cun-melecun, Toyota Mark X yang terlintas di pandangan mata sememangnya akan menangkap perhatian.

Konklusi

Walaupun Toyota Mark X hanya dijual oleh pengedar recond dan hanya mendatangkan kapasiti enjin sekurang-kurangnya 2.5L, ia tetap berbaloi untuk dimiliki memandangkan ia masih sebuah Toyota. Jadi, pemilik bukan setakat dijanjikan sebuah sportsedan yang mudah untuk dijaga, malah mereka juga dapat menikmati Toyota yang lebih menyeronokkan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda