window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) ‘Dashcam’ Perodua Aruz rakam kemalangan berkelajuan tinggi, 3 maut

Mersita · Nov 17, 2021 10:30 AM

(Video) ‘Dashcam’ Perodua Aruz rakam kemalangan berkelajuan tinggi, 3 maut 01

Tiga maut dalam satu nahas melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Aruz, Proton Saga, dan Proton X70 di Bulatan Sultan Mohamad pada kira-kira jam 3.15 pagi Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika Aruz berwarna putih yang dipandu mangsa berusia 21 hingga 24 tahun itu sedang dalam perjalanan menuju ke Bulatan Sultan Mohamad dari arah Jalan Syed Putra.

Kemalangan berlaku apabila Aruz berkenaan melanggar Saga berwarna kuning dari arah sisi ketika Saga berkenaan sedang beralih ke lorong tengah dari lorong kiri. Impak perlanggaran itu mengakibatkan Aruz berkenaan terbabas ke laluan bulatan dan melanggar X70 yang datang dari arah Dataran Merdeka melalui bulatan tersebut, katanya dalam satu kenyataan semalam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

(Video) ‘Dashcam’ Perodua Aruz rakam kemalangan berkelajuan tinggi, 3 maut 01

Kredit foto

Pemandu Aruz telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua orang rakannya yang menumpang SUV berkenaan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Jabatan Kecemasan, Hospital Besar Kuala Lumpur pada hari yang sama.

“Pemandu Proton Saga dan Proton X70 tidak mengalami sebarang kecederaan”, katanya.

(Video) ‘Dashcam’ Perodua Aruz rakam kemalangan berkelajuan tinggi, 3 maut 02

Kredit foto

Rakaman ‘dashcam’ di dalam Aruz mangsa mula tular di media sosial, memperlihatkan SUV itu dipandu pada kelajuan tinggi menghala ke bulatan tersebut.

Audio ‘dashcam’ itu juga merakam percakapan penumpang di dalamnya yang kedengaran seperti pertengkaran sesama mereka sebelum SUV berkenaan merempuh bahagian sisi Saga kuning tersebut. Impak dari rempuhan itu menyebabkan Aruz berkenaan terbabas ke penghadang jalan dan terbalik, mengakibatkan ‘total lost’.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda