window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

WMoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588

Khairil ยท Feb 2, 2021 02:00 PM

WMoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588 01

WMoto, jenama motosikal tempatan hari ini tampil melancarkan sebuah model skuter iaitu ES125 yang hadir dengan harga pengenalan menarik bermula RM4,588 (Tanpa cukai jalan dan insuran).

Dua varian diperkenalkan iaitu Standard dan Special Edition dengan syarikat berkenaan berkata skuter berkenaan difokuskan kepada golongan pelajar dan wanita.

WMoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum ini, syarikat yang mula bertapak di Malaysia pada 2018 itu sudah pun mengeluarkan dua jenis motosikal iaitu Moped dan Kruiser menerusi model Cub Classic 110, VE1 110 dan V16.

WMoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588 01

Bagi ES125, ia menggunakan enjin bersesaran 119cc, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Silinder Tunggal. Menariknya, enjin ini turut didatangkan dengan teknologi ECS iaitu Environment Care System yang lebih mesra alam.

WMoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588 02

Sistem suspensi depan menggunakan fork teleskopik manakala penyerap hentakan belakang daripada jenama KYB dengan berat 95 kilogram manakala kapasiti bahan api sebanyak 3 Liter.

WMoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588 03

Dari sudut keselamatan, sistem brek menggunakan cakera di bahagian depan selain turut didatangkan dengan brek parking dan turut mempunyai lampu siang (DRL) dan boleh dihidupkan menggunakan elektrik dan tendang.

Selain itu, ES125 mempunyai ruang  simpanan berkeluasan 9 Liter dan turut dilengkapi dengan port pengecasan USB 2.0 selain dua ruang simpan terbuka di bahagian kokpit dan mempunyai pelekat grafik 3D yang menarik.

WMoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588 04

Sebanyak empat warna ditawarkan iaitu hitam, kelabu dan merah bagi varian Standard manakala Special Edition datang dengan warna hijau dengan harga RM4,888.

WMoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588 05

Kepada yang berminat, motosikal berkenaan sudah pun berada di seluruh presmis pengedar MForce di seluruh negara.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda