Yamaha Malaysia kemaskini Yamaha YZF-R25 (2023), warna baharu, harga kekal RM 22.9k!
Khairil · Mar 22, 2023 06:30 PM
September tahun lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) meningkatkan spesifikasi 'Sportbike' suku liter handalannya, Yamaha YZF-R25 yang akhirnya memiliki Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) selain sistem lampu LED penuh.
Racing Blue
Tak sampai beberapa bulan, syarikat itu mengemaskini lagi model berkenaan namun kali ini hanya membabit kosmetik iaitu pilihan warna baharu.
Midnight Star
Pilihan warna terbaharu itu adalah Midnight Star dan Racing Blue. Ia menggantikan pilihan warna sebelum ini yang tak kurang menariknya iaitu Orange Lynx dan Racing Blue.
Apa yang menarik, kemas kini terbaharu ini tidak membabitkan harga. Justeru, Yamaha YZF-R25 (2023) kekal dengan harga 'lama', RM 22,998 (asas) tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.
Mengulas ringkas trenkuasa, Yamaha YZF-R25 (2023) dipadankan dengan enjin bersesaran 249 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC bersama transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihamburkan adalah setinggi 35.5 Hp pada 12,000 rpm dengan Tork 22.6 Nm pada 10,000 rpm.
Kepada yang berminat, Yamaha YZF-R25 (2023) ini akan mula berada di cawangan pengedar sah HLYM bermula esok (23 Mac 2023).
Seperti kebiasaan, setiap pembelian datang dengan kunci cakera eksklusif Yamaha bernilai RM 100.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.
Komen