window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

‘Wiper’ original Mercedes-Benz S400 Hybrid cecah 4 angka, pengguna terkejut!

Haris · Jan 20, 2022 10:00 AM

‘Wiper’ original Mercedes-Benz S400 Hybrid cecah 4 angka, pengguna terkejut! 01

Pengelap cermin kereta atau lebih mudah dipanggil ‘wiper’ merupakan komponen yang perlu diganti secara berkala. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika harga pengelap cermin kereta biasanya agak rendah, bagi memudahkan pengguna untuk menukarkannya.

Namun, bagaimana pula harga pengelap cermin untuk kereta mewah? Anda nilaikan. Dalam satu hantaran di Facebook Ultimate TJ Motorsports, seorang pengguna Mercedes-Benz S-Class terkejut dengan harga pengelap cermin sedan paling mewah Mercedes-Benz itu. Harga yang dibayar adalah RM 922.50, hampir mencecah RM 1k!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

‘Wiper’ original Mercedes-Benz S400 Hybrid cecah 4 angka, pengguna terkejut! 01

Berdasarkan resit, model yang terlibat adalah model Mercedes-Benz S400 Hybrid yang berharga sekitar RM 588k ketika baharu - harga berdasarkan pengecualian duti kenderaan hibrid pada tahun 2014.

Walaubagaimanapun, harga tersebut mungkin padan dengan teknologi yang ditawarkan. Pengelap cermin Mercedes-Benz S-Class mempunyai fungsi pancuran air, fungsi pemanas (untuk musim sejuk di negara bermusim) serta beberapa ciri maju yang berbeza dengan pengelap cermin biasa.

Adakah ini bermakna, harga pengelap cermin tersebut mahal jika mengikut standard pengelap cermin biasa yang lain, atau murah jika dilihat model kenderaan serta teknologinya? Ada pemilik Mercedes-Benz S-Class lain yang boleh mengesahkan harga tersebut?

Baca: Mercedes-Benz S-Class (W223) 2021 serba baru dilancar di Malaysia - PHEV, beg udara belakang

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz S-Class S 580 e

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda