window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz berharga RM 458,000 jadi kereta rasmi MB Pulau Pinang!

Haris ยท Jan 7, 2021 05:00 PM

Mercedes-Benz berharga RM 458,000 jadi kereta rasmi MB Pulau Pinang! 01

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah membeli sebuah model saloon hibrid mewah Mercedes-Benz S560e baru sebagai kereta rasmi bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada 31 Disember 2020.

Dalam satu kenyataan daripada pejabat Setiausaha Negari mengatakan bahawa sebuah Mercedes-Benz S560e tahun 2019 telah dibeli untuk menggantikan kereta rasmi sebelumnya, sebuah Mercedes S300L yang dibeli pada tahun 2013 dengan harga RM298,263.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz berharga RM 458,000 jadi kereta rasmi MB Pulau Pinang! 01

Gambar oleh Sayuti Zainudin, Malay Mail

Kenderaan rasmi yang baru berkenaan dibeli dengan harga RM 458,000. Pembelian tersebut telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 29 November 2019 ujar Datuk Abdul Razak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Datuk Abdul Razak turut berkata, kereta itu dibeli selepas menerima potongan harga sebanyak RM 127,765. Potongan harga tersebut adalah hasil daripada pengurangan cukai bagi kenderaan berdaftar dengan kerajaan dan pengecualian cukai jualan SST.

Mercedes-Benz berharga RM 458,000 jadi kereta rasmi MB Pulau Pinang! 02

Gambar oleh Sayuti Zainudin, Malay Mail

Mercedes-Benz S560e merupakan sebuah model saloon hybrid jenis plug in berharga sekitar RM658,888 (harga atas jalan tanpa insurans) yang baru sahaja dilancarkan pada tahun 2019.

Pembelian kereta baharu oleh kerajaan negeri sememangnya menarik perhatian ramai pihak yang sedang ditimpa musibah. Selain daripada Pulau Pinang, Menteri Besar Perak juga telah membeli sebuah kereta Lexus ES, kerajaan negeri Kedah telah membeli 23 unit Toyota Hilux dan Honda Accord dan tidak lupa juga pembelian 14 buah Mercedes Benz dengan kos RM 3.5 juta oleh kerajaan negeri Kelantan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mercedes-Benz S-Class S 580 e

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda