Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) baru-baru ini mengadakan sesi penyerahan Hyundai Kona Electric serentak buat 13 pelanggan pertama di Malaysia. Upacara penyerahan Kona EV yang terdiri daripada varian e-Lite, e-Plus dan e-Max ini dibuat di bilik pameran Sime Darby Auto Hyundai (SDAH) yang terletak di Ara Damansara.
Secara amnya, Kona Electric adalah SUV segmen B yang unik buat pasaran EV di Malaysia kerana harganya begitu menarik. Penghantaran pertama yang melebihi 100 unit terus habis dijual sebaik sahaja dilancarkan pada November 2021.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Antara fakta yang mengagumkan buat jentera ini adalah anugerah Guiness World Records untuk paras ketinggian tertinggi yang pernah dicapai oleh kereta elektrik, iaitu ‘Highest Altitude Achieved in an Electric Car’. Ia mencapai ketinggian 5,731 meter di pergunungan Tibet. Menariknya, keadaan sewaktu itu juga luar biasa sejuk. Di Amerika Syarikat, Kona Electric juga dianugerahkan Top Safety Pick oleh Insurance Institute of Highway Safety. Di United Kingdom pula, ia dipilih sebagai Best Small Family Car dalam TopGear Electric Awards kerana boleh dipandu sejauh 1,600 km dalam masa tidak sampai 24 jam.
Dari segi teknikal, varian e-Lite dan e-Plus boleh dipandu sejauh 305 km, manakala varian e-Max boleh pergi sehingga 484 km.
Menurut Pengarah Urusan, Jualan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Hyundai Kona Electric menerima sambutan yang cukup positif dan perkara ini menandakan bahawa EV semakin digemari oleh rakyat Malaysia.
Juga baca: Hyundai Kona Electric akan mula dihantar Mac 2022, tempahan awal dah habis dijual!
Pengarah Urusan HSDM sendiri sempat berkata bahawa “Ioniq 5 turut menerima maklum balas yang sama. Disebabkan itu, pelanggan digalakkan membuat tempahan secara pantas.”
Juga baca: EV Hyundai IONIQ 5 dilancar di Malaysia – dari RM 199.9k, jarak pandu 430 km, ada powerbank!
Mengenai 13 pelanggan pertama tersebut, setiap daripada pembeli yang bertuah itu menerima kad ChargEV yang sah selama 1 tahun di mana mereka boleh mendapat akses ke 300 stesen ChargEV di seluruh negara.
Bagi yang berminat dengan Kona Electric, dijemput ke bilik pameran Hyundai di Ara Damansara, Jalan Klang Lama, dan di Citystore Penang. Untuk makluman lanjut, layari www.hyundai.com.my/showroom/kona-electric/.
Juga baca: Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)?
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });