window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Kona Electric akan mula dihantar Mac 2022, tempahan awal dah habis dijual!

Haris Β· Feb 25, 2022 03:15 PM

Hyundai Kona Electric akan mula dihantar Mac 2022, tempahan awal dah habis dijual! 01

Hyundai Kona Electric, lebih dikenali sebagai Hyundai Kona EV, telah dilancarkan di Malaysia pada November 2021 tetapi penghantaran kepada pelanggan telah tertangguh disebabkan oleh kekurangan penjelasan mengenai struktur cukai jalan baharu untuk kenderaan elektrik bateri (BEV).

Namun, maklumat terbaru mengesahkan bahawa perkara itu telah diselesaikan oleh JPJ justeru penghantaran kepada pelanggan kini boleh dimulakan.

Baca: Bajet 2022 – kereta EV: 0% cukai import, eksais & road tax, RM 2.5k rebat untuk cukai pendapatan

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hyundai Kona Electric akan mula dihantar Mac 2022, tempahan awal dah habis dijual! 01

Pembeli yang sedang menunggu Hyundai Kona EV boleh berharap untuk menerima SUV mereka mulai Mac 2022.

Penghantaran pertama sekitar lebih 100 unit SUV ini telah habis dijual hampir sebaik sahaja Hyundai Kona EV dilancarkan, menunjukkan bahawa permintaan untuk model elektrik Hyundai ini sangat memberangsangkan – malah amat mengagumkan untuk sebuah SUV kompak yang bermula dari RM 149,888.

Hyundai Kona Electric akan mula dihantar Mac 2022, tempahan awal dah habis dijual! 02

Cabaran terkini untuk pengedar Hyundai Sime Darby Motor (HSDM) adalah kurang mengenai mempromosikan Kona EV, tetapi lebih kepada mendapatkan peruntukan yang mencukupi bagi model import (CBU) bagi memenuhi permintaan tempatan.

Walaupun penghantaran pertama habis dijual dengan cepat, HSDM tidak sabar untuk mengimport lebih banyak unit Kona EV dan ya, anda masih boleh membuat tempahan untuk sebuah.

Hyundai Kona Electric akan mula dihantar Mac 2022, tempahan awal dah habis dijual! 03

Hyundai Kona Electric boleh didapati dalam tiga varian:

  • RM 149,888 untuk e-Lite - bateri 39.2 kWh, 305 km jarak tempuh (WLTP)
  • RM 169,888 untuk e-Plus - bateri 39.2 kWh, 305 km jarak tempuh (WLTP), kerusi pelarasan elektrik, HUD, ADAS
  • RM 199,888 untuk e-Max – bateri 64 kWh, 484 km jarak tempuh (WLTP)

Hyundai Kona Electric akan mula dihantar Mac 2022, tempahan awal dah habis dijual! 04

Harga sah sehingga 30-Jun 2022, selepas itu, SST penuh 10 peratus dikenakan (pada masa ini dikurangkan separuh untuk kereta penumpang yang diimport).

Baca: Hyundai Kona Electric 2021 laku, hampir habis dijual di Malaysia, HSDM akan bawa masuk lagi!

Hyundai Kona Electric akan mula dihantar Mac 2022, tempahan awal dah habis dijual! 05

Pengecualian cukai untuk BEV yang diimport hanya terhad kepada duti import dan eksais, dan tarikh akhir sehingga 31-Disember 2023 (layak berdasarkan tarikh pendaftaran kenderaan).

Pengecualian cukai jalan sah sehingga 31-Disember 2025.

Jika anda berminat dengan Hyundai Kona Electric ini, apa kata baca ulasan kami mengenai kereta elektrik mampu milik tahun 2022 yang bakal diterbitkan minggu ini?

.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Hyundai Kona Electric e-Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda