window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Mitsubishi Xpander naik harga RM 1k, kini bermula dari RM 92k!

Haris · Mar 2, 2022 06:00 PM

2022 Mitsubishi Xpander naik harga RM 1k, kini bermula dari RM 92k! 01

Mitsubishi Xpander adalah model yang sangat popular untuk jenama tiga berlian di Malaysia dan juga di rantau ASEAN. Kejayaan ini bukan cerita dongeng, kerana Mitsubishi Xpander telah dinobatkan sebagai MPV bukan nasional terlaris di negara ini pada tahun 2021. Di Thailand dan Indonesia juga ia di tempat pertama atau memberi saingan kepada model MPV terlaris.

2022 Mitsubishi Xpander naik harga RM 1k, kini bermula dari RM 92k! 02

Salah satu sebab yang menyumbang kepada kejayaannya ialah aspek mampu milik dan praktikalitinya. Walau bagaimanapun, aspek pertama tersebut mungkin membuka kepada perbincangan semula apabila terdapat sedikit peningkatan dalam harga.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Semakan pantas terhadap senarai harga yang dikeluarkan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menunjukkan Mitsubishi Xpander varian tunggal bermula dari RM 92,350.

2022 Mitsubishi Xpander naik harga RM 1k, kini bermula dari RM 92k! 01

Tiada sebarang penjelasan terhadap peningkatan sebanyak RM 1,000 tersebut tetapi harga baharu ini masih dikecualikan daripada SST sehingga 30-Jun 2022. Masih belum dapat dianggarkan kenaikan harga dengan cukai jualan SST.

Mitsubishi Xpander dipasang secara tempatan (CKD) di kilang MMC Manufacturing Malaysia Sdn. Bhd. di Pekan. Kilang tersebut merupakan hasil usaha sama antara MMM dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Baca: Mitsubishi Malaysia cemerlang pada 2021, Xpander kini crossover 7 penumpang No.1 di pasaran

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda