window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Nissan Almera Turbo kini tawar 'bodykit' Tomei, percuma untuk waktu terhad!

Haris · Aug 18, 2022 07:00 PM

2022 Nissan Almera Turbo kini tawar 'bodykit' Tomei, percuma untuk waktu terhad! 01

Nissan Almera 1.0 Turbo adalah antara model yang sangat bergaya dalam pasaran sekarang tetapi jika anda rasa ia kekurangan sedikit rempah; Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah memperkenalkan barisan aksesori Tomei untuk sedan segmen B ini.

Tomei adalah pengeluar alat ganti berkualiti dan berprestasi tinggi untuk pelbagai model kenderaan Jepun.

2022 Nissan Almera Turbo kini tawar 'bodykit' Tomei, percuma untuk waktu terhad! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaubagaimanapun, aksesori Tomei yang ditawarkan kebanyakannya meliputi bahagian kosmetik dan tidak membantu secara signifikan dalam peningkatan prestasi.

Anda mungkin tidak akan pergi lebih laju dengan dua pakej yang berharga sekitar RM 8,000 setiap satu namun sekurang-kurangnya Nissan Almera anda bakal tampil sangat bergaya.

2022 Nissan Almera Turbo kini tawar 'bodykit' Tomei, percuma untuk waktu terhad! 01

Berita baik kepada bakal pembeli, pakej Tomei pada masa ini adalah percuma dengan setiap pembelian Almera baharu untuk satu tempoh masa terhad. Tempoh masa ini masih belum didedahkan dan akan diberitahu kelak. Jadi, jika anda terfikir untuk membeli Nissan Almera baharu, mungkin inilah masanya untuk melakukannya.

2022 Nissan Almera Turbo kini tawar 'bodykit' Tomei, percuma untuk waktu terhad! 02

Pakej Tomei ini mengimbau kembali zaman kegemilangan Nissan menawarkan komponen Impul untuk beberapa model taruhannya seperti Nissan Latio, Nissan Sylphy dan Nissan Grand Livina.

Baca: Nissan Almera Sportech diperkenalkan di Thailand, kini setanding Vios GR-Sport dan City RS?

2022 Nissan Almera Turbo kini tawar 'bodykit' Tomei, percuma untuk waktu terhad! 03

Pakej untuk varian VL asas dan VLP pertengahan terdiri daripada bampar dua tona dengan diffuser palsu dan skirt sisi. Di bahagian belakang, terdapat spoiler penutup but yang kelihatan bergaya. Sebelum ini, spoiler but khas tersedia dengan varian VLT mercu sahaja. Anda juga akan mendapat tinted tingkap ICE Cool dan pedal aloi sporty dengan perkataan Almera terukir padanya.

2022 Nissan Almera Turbo kini tawar 'bodykit' Tomei, percuma untuk waktu terhad! 04

Jika anda membeli varian VLT berspesifikasi tinggi, pakej untuk varian khas ini terdiri daripada aerokit, tinted dan pedal sporty yang sama tetapi terdapat penambahan beberapa pelindung pemegang pintu karbon palsu, visor pintu dan plat calar bingkai pintu.

2022 Nissan Almera Turbo kini tawar 'bodykit' Tomei, percuma untuk waktu terhad! 05

Katakan anda tidak berpuas hati kerana varian yang lebih rendah kini sekadar menambah spoiler penutup but eksklusif VLT sebelum ini. Anda turut mempunyai pilihan untuk spoiler Tomei GT Wing berharga RM 1,400. Kami masih belum melihat aksesori termahal ini secara fizikal tetapi kami cukup pasti sesetengah pemilik akan berbelanja lebih untuknya.

Perlu diingatkan, Tomei GT Wing tidak datang percuma dengan pembelian Almera baharu kerana ia ditawarkan di luar pakej asas ini.

2022 Nissan Almera Turbo kini tawar 'bodykit' Tomei, percuma untuk waktu terhad! 06

Kesemua aksesori Tomei yang dijual di sini akan disertakan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 km.

Sebagai rujukan, Nissan Almera kini berharga seperti berikut selepas tamat tempoh pengecualian SST:

Nissan Almera VL – RM 83,888
Nissan Almera VLP – RM 89,888
Nissan Almera VLT – RM 95,888

Baca: Video: Perodua Ativa vs Nissan Almera Turbo vs Proton Iriz ‘drag race’ di KLIA! Siapa menang?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Nissan Almera 1.0L VL

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda