Rebiu: Proton X50 2020 – baik dan buruk SUV paling popular di Malaysia!

Proton X50 2020 dah boleh dikira mencapai tahap selebriti. Manakan tidak, ia cukup popular bukan saja dalam kalangan orang-orang muda, tapi juga di kalangan mak ayah, makcik pakcik, ibu mertua dan yang seangkatan dengannya. Nampak jiran bawa balik X50, semua pakat intai dari pintu.

Begitulah “the X50 effect” yang boleh menyatu-padukan jiran tetangga dan memulakan perbualan antara mereka.

Antara yang dibualkan pastilah harga, keselesaan, prestasi dan sebagainya. Jika anda tak ada jiran yang boleh kongsi rebiu ikhlas tentang X50, kami lah ‘jiran’ yang anda cari-cari. Jom kami ceritakan pengalaman terperinci kami tentang Proton X50 Flagship – varian X50 dengan spesifikasi tertinggi.

Rupa paras luaran – Orang pasti toleh dua kali

Kalau anda pandu X50 di jalanraya mana-mana sekarang, ‘confirm’ orang pandang. Kami alaminya sendiri apabila memandu-uji SUV ini. Ada abang ‘rider’ yang tiba-tiba bagi isyarat tangan ‘thumbs up’, dan ada juga orang yang memandu kereta lebih mahal dari X50 curi-curi pandang dari dalam kereta mewah mereka.

X50 memang jelas nampak garang. Rekaannya cukup sesuai dengan selera orang kita – asalkan kereta nampak maskulin dan agresif, pastinya ia satu pembelian berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Anda suka Citric Orange dan atap hitam? Style, kan?

Dengan garisan dan lekuk yang tajam, roda 18 inci, serta lampu hadapan dan lampu brek LED melengkapkan paras badan kereta ini, dan ia tak semestinya perlu warna yang terang-terang belaka untuk nampak menonjol.

Kami pasti ramai yang tertarik dengan warna merah. Tapi, bagi kami warna bukanlah satu-satunya perkara yang membuatkan X50 cantik dari segi luarannya. Letak lah apa-apa warna sekalipun, rekaan badan X50 memang dah cukup mengancam.

Ikut arah jam dari kiri ke kanan: Corak fiber karbon pada ‘lip’ hadapannya, ‘air curtains’ yang berfungsi, corong ekzos quad yang asli dengan ‘diffuser’ bercorak fiber karbon, dan juga ‘spoiler’ standard.

Kami hargai yang Proton memaparkan corak fiber karbon di perincian kecil hadapan dan belakangnya untuk memberikan SUV ini lebih seri dan bergaya.

‘Daytime running lights’ LED pada X50 juga berfungsi sebagai lampu signal – satu perincian yang biasa dilihat pada kereta-kereta Mercedes-Benz dan Audi, bukannya kereta RM 100 ribu.

Langsir udara yang berfungsi melengkapkan bahagian hadapan dan ‘quad-tailpipes’ di belakang. Ia mengingatkan kita pada salur udara palsu pada Honda HR-V 2020 yang nyata tewas dalam aspek ini. Sedan segmen B seperti Nissan Almera 2020 dan Honda City 2020 pun tidak diberi tip ekzos yang cantik.

Oleh itu, kami tiada masalah langsung dengan rupa paras dan rekaan badan SUV ini. Ada orang kata macam 'baby Evoque'.

Tambahan pula, kualiti binaannya yang bagus menyokong lagi rupa bentuknya yang menawan. Jurang panelnya juga cukup sekata – tidak lebih 1 milimeter bezanya pada kedua-dua sisi manakala ketebalan catnya pula direkodkan sekitar 120 mikrometer.

Ruang dalaman – Nampak cantik tapi boleh ditambah-baik lagi

Kami pasti ramai yang kagum dengan kemasan ruang kabinnya yang cantik. Tapi, kami akan bincangkan dengan lebih mendalam lagi selain daripada nilai estetikanya yang sudah cukup elok.

'Enveloping Cockpit': Ruang dalamannya sepatutnya menyerupai kokpit di dalam jet

Kemasan dwi-tona hitam dan merah (boleh didapati hanya pada varian Flagship dan Premium) dilihat padan dengan penggayaan kabinnya. Tapi, ia ada kekurangan yang kami dapati terutama sekali pada jenis material yang digunapakai untuk kabinnya.

Lampu LED cukup terang untuk kelengkapan kabin.

Ada bezanya antara kualiti binaan dengan kualiti bahan/material yang digunakan. Bagi kami, yang penting bukan saja ‘look’, tapi ‘feel’-nya juga.

Kluster instrumen LCD 7 inci dipenuhi dengan maklumat berguna, termasuklah navigasi dan fungsi-fungsi ADAS. Yang dilihat di sini ialah mode pemanduan ‘Normal’.

Di dalam X50, kualitinya cukup padu. Butang pada konsol tengahnya dan juga pada stereng memberikan maklumbalas taktil yang memuaskan, berbeza dengan kebanyakan kereta buatan Jepun. Tombol dan punatnya nampak cantik dan juga sedap digunakan walaupun ditekan dengan kuat tanpa sebarang bunyi pelik.

Tombol dan punatnya sedap ditekan. Kabinnya juga dilengkapi slot pemegang kad seperti di gambar bawah sebelah kiri.

Satu kekurangan yang kami lihat ialah pemegang pintunya yang diperbuat daripada plastik dan bukannya besi. Ia terasa rapuh dan tidak stabil, berbunyi kosong apabila digunakan, dan ia nampak gayanya macam mudah patah jika tidak cukup berhati-hati.

Nampak kuat, tapi rasanya tidak begitu kuat apabila dipegang.

Ada beberapa bahagian pada ruang kabinnya yang diperbuat daripada plastik keras, seperti bahagian konsol tengahnya dan bahagian bawah papan pemukanya. Bahagian atas papan pemukanya dan pintunya diperbuat daripada plastik lembut pada sentuhan.

Kualitinya agak sederhana, tapi padan dengan kereta pada julat harga sebegini yang kebanyakannya tidak dikemaskan dengan plastik lembut pada mana-mana bahagian dalamannya.

Selain dari itu, kerusi kulit X50 ini juga bukanlah begitu selesa. Ia juga tidak cukup licin dan terasa seperti melekat ke baju dan kulit dengan agak kuat. Dari segi sokongan badan pula, kami akan bincangkan di bawah dengan lebih lanjut.

Kami sedar yang harganya pada tahap mampu-milik, tapi jika anda mahukan sesuatu yang betul-betul premium, pililah Mazda CX-3.

Ruang dalaman – Infotainmen biasa-biasa saja

Sistem navigasi melalui AMAP.

Walaupun ia tiada Android Auto dan Apple CarPlay, sistem infotainmennya dengan skrin sentuh 10.25 inci berfungsi dengan agak baik. Ia lancar, skrin terang dan jelas ditambah pula dengan sistem arahan suara “Hi Proton” yang agak responsif. Kurangnya cuma sistem ini tidak kenal Bahasa Malaysia.

Ada masalah sikit bila letak telefon bimbit, contohnya, di ruang simpanan ini. Asyik tertekan butang kawalan iklim

Tapi, ada beberapa perkara yang membuatkan ruang dalamannya leceh sedikit. QD Link (fungsi cerminan telefon bimbit) masih agak menjengkelkan dan penggunaannya tidaklah semudah Auto atau CarPlay, oleh itu kami jarang gunakannya. Sistem AMAP biasa-biasa saja tanpa fungsi seperti Google Maps atau Waze yang boleh beri amaran sekatan jalan dan sebagainya.

Anda juga boleh melaras tetapan-tetapan kecil melalui skrin infotainmennya seperti warna tema kluster instrumen dan jenis bunyi amaran untuk lampu hadapan dan sebagainya. Ia juga dilengkapi pelaras ‘equaliser’, tapi ia tidak begitu membantu kualiti audionya yang biasa-biasa saja.

Perumahnya mempunyai perincian yang bagus.

Kualiti audio melalui 6 buah ‘speaker’ (dengan muzik dimainkan menerusi sambungan Bluetooth) boleh diterima. Pelarasan ‘equaliser’ tidak begitu memberi efek kepada tahap bunyinya, manakala muzik yang dimainkan sememangnya tak cukup bass dan jelas.

Satu perkara yang menebus kekurangan X50 ialah punat kawalan infotainmen yang ada pada sterengnya. Ia mudah digunakan dan kami sukakan fungsi ‘mute to pause’ yang ada. Ia nampak seperti perkara biasa tapi ia cukup memudahkan pemandu.

Ruang dalaman – Sudut pandang yang jelas tapi bukanlah yang paling praktikal

Kamera 360 darjah tidak begitu ‘sharp’, tapi masih cukup jelas untuk penggunaan pada waktu malam.

Sudut pandang dari dalam SUV ini amat bagus. Anda boleh dapat rasakan posisi pemanduan SUV yang tinggi dan selesa. Walaupun anda naiktaraf ke SUV ini dari kereta rendah seperti Vios atau Myvi contohnya, ia masih cukup mudah untuk dipandu dan dikemudi ke dalam kotak parkir.

Jurangnya agak besar. Pelarasan tempat duduk elektrikal hanya disediakan untuk pemandu.

Jika anda rasanya dengan lebih lama sedikit, anda akan dapati yang aspek ergonomiknya patut dipertingkatkan. Kerusinya jadi kurang selesa kerana dasarnya yang rendah dan ini tidak memberi sokongan peha yang mencukupi.

Jika anda berbadan tinggi atau mahu mencari posisi memandu yang betul dan selesa, lutut dan peha anda akan rasa kurang sedap terutama sekali apabila memandu jarak jauh.

Tapi, sekurang-kurangnya kerusi penumpang di belakang mempunyai ruang kaki yang agak luas (jarak lutut dan kerusi depan 3 bola tenis) bagi seorang dewasa berketinggian 175 cm. Ruang kepala pula cuma berjarak 1 bola tenis.

Bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan, perlu diingatkan yang pintu belakangnya tidak dapat dibuka dengan seluas-luasnya. Digabungkan lagi dengan gerbang roda yang tebal, proses keluar-masuk kereta mungkin agak sukar bagi sesetengah orang terutama sekali yang OKU atau berkerusi roda. Dalam aspek ini, HR-V dan XV adalah pilihan yang lebih bagus.

Unit rebiu yang kami perolehi tidak dilengkapi dengan pintu but berkuasa (pakej pilihan sebahagian daripada pakej aksesori Utility bernilai RM 3,300 atau Urban bernilai RM 3,500).

Pintu but belakang agak berat dan ia tidak didatangkan dengan pemegang – hanya ada butang pelepas pintu but. Ia tidak begitu praktikal dan jari anda boleh terlepas. Ia akan jadi lebih menjengkelkan jika anda terpaksa membuka dan menutupnya semula jika ia tidak tertutup rapat pada cubaan pertama.

Tempat duduk belakangnya boleh dilipat 60:40, tapi tiada ruang di bawah penutup lantai but kerana ia adalah untuk tayar ganti.

Bagi mereka yang mempunyai keluarga besar, fikir dulu masak-masak sebelum membeli X50 – terutama sekali jika inilah satu-satunya kereta keluarga anda. Kelapan-lapan pemegang cawannya gagal dalam ujian botol besar kami, dan ruang butnya adalah yang paling kecil dalam kelasnya iaitu 330 liter sahaja. Sumbat satu ‘stroller’ dan sebiji dua beg pakaian pun dah penuh.

Panel pemilih gear dan ruang simpanan kecil tidak dilengkapi pencahayaan. Ia agak sukar dilihat pada waktu malam, terutama sekali jika anda hendak mencari soket elektrik atau port USB.

Selain dari itu, ‘glove box’nya agak kecil dan kebanyakan ruang simpanan kecilnya hanya cukup untuk botol air mineral kecil dan beberapa item-item kecil.

Apabila berbincang tentang penggunaan ruang kabin, masih banyak lagi yang Geely/Proton boleh pelajari daripada orang Jepun. Contohnya, falsafah 'Man Maximum/Machine Minimum' dari Honda menjadi asas kepada praktikaliti kereta-kereta mereka yang nyata juara dalam kelasnya.

HR-V ialah contoh terbaik bagi falsafah ini dengan konsol tengah dua-tingkatnya serta butang-butang kawalan yang mudah dicapai.

Ruang simpanan kecil di bawah salur penghawa dingin memang bagus. Ruang simpanan di dalam perehat lengan tengah juga cukup sesuai untuk beg duit dan telefon pintar.

Prestasi pemanduan – Proton masih mantap

Bila mencari rebiu X50, anda pasti akan jumpa persoalan tentang tetapan enjin 3 silindernya yang dikombinasikan bersama kotak gear DCT 7 kelajuan. Ada yang menentang, ada yang kata enjin 3 silinder OK saja.

Tapi, yang pasti 177 PS dan 255 Nm lebih daripada cukup bagi pemanduan harian. Walaupun kami dapat rekodkan pecutan 0 – 100 km/jam selama 8.6 saat (hampir sesaat bezanya dengan kenyataan Proton iaitu 7.9 saat), di dalam penggunaan dunia sebenar pecutan 60 – 90 km/jam-lah yang paling penting.

Boleh kalahkan Perodua Myvi ke?

Dalam aspek ini, X50 cukup cemerlang. Pecutannya lembut dan linear. Walaupun dalam mode Eco, pecutan memotong cukup mudah dan ia lebih mudah lagi jika dalam mode Sport.

Apabila ditetapkan pada mode Sports, pemetaan transmisinya akan menahan gear pada kadar yang lebih lama. Jangan dibiarkan saja sepanjang masa kerana kereta akan rasa ‘tersedak’ dan agresif pada kelajuan rendah.

Walaupun sukar untuk dapatkan peluncuran yang lembut pada tayar bersaiz 18 inci, resipi pemanduan dan pengendalian Proton yang masyhur mampu membuatkan kereta ini sedap dipandu sambil menyerap hentakan jalan tidak rata dengan baik – sesuatu yang juga disumbang oleh tayar Continental UC6 yang bagus.

Disebabkan oleh suspensinya yang lembut, X50 akan terasa sedikit membuai di selekoh dan simpang bila dipandu pada kelajuan tinggi. Perkara ini tidak perlu begitu dibimbangkan kerana pengendalian SUV ini saja sudah cukup bagus.

Tapi, breknya boleh diperbaiki lebih lagi kerana modulasinya agak kurang. Anda akan rasa seperti ia tak begitu ‘tangkap’ pada awalnya dan ia akan tiba-tiba terasa selepas itu.

‘Feel’ sterengnya pula cukup hebat. Stereng berkuasa elektronik (EPS) tidak terasa begitu ringan seperti stereng Almera, tapi perkara ini bagus sebenarnya kerana anda akan dapat lebih maklumbalas tentang kedudukan/posisi tayarnya.

Bagi 99% pembeli di luar sana, pemanduannya sudah cukup bagus bagi kebanyakan orang. Jika anda ingin mencari kereta lebih berkuasa untuk ‘touge’ atau nak ‘corner’ gila-gila, SUV ini bukan jawapannya.

Keselesaan pemanduan – sangat bagus sebagai kereta keluarga

Pemanduannya yang selesa cukup hebat sama seperti luarannya. Ia pastinya tidak terlalu bergegar apabila terlanggar bonggol pada kelajuan yang laju sedikit, dan ia juga kekal selesa pada jalan tidak rata.

Senang cerita, anda boleh tidur nyenyak dalam X50.

Penebat bunyi di fender hadapan.

Penebat bunyinya yang tebal mampu menyerap bunyi dengan baik dan hasilnya kabin yang senyap. Secara keseluruhannya, ia lebih bagus daripada HR-V.

Ujian NVH (Noise, Vibration, Harshness) Proton X50 2020
Kelajuan Tahap bunyi kabin
Idle (air-cond off) 42 dB
Idle (air-cond on) 45 dB
60 km/h 62 dB
90 km/h 65 dB
110 km/h 68 dB

Perlu diingatkan yang bunyi angin agak ketara terutama sekali apabila dipandu di lebuhraya pada kelajuan tinggi. Mungkin ‘strakes’ tambahan di cermin sisi dan ‘visor’ pintu boleh selesaikan masalah ini.

ADAS – cukup sempurna

Kawalan Peluncuran Adaptif (ACC) tanpa bantuan stereng. Ia juga mempunyai fungsi ‘stop-and-go’.

Satu tambahan baru pada model jenama ini ialah Kawalan Peluncuran Pintar (ICC) iaitu sebahagian daripada sistem pemanduan berautonomi Tahap 2 yang didatangkan dengan kereta ini.

ICC berfungsi dengan bantuan pengetengah lorong (bantuan stereng) bagi membantu kereta ini kekal pada lorongnya. Sistem ini berfungsi dari keadaan pegun hingga 150 km/jam dan ia juga diaktifkan apabila kereta dipandu di selekoh/simpang.

Sistem ini berfungsi dengan hampir sempurna – tiada brek mengejut apabila ada kereta yang memintas lorong di hadapan (tidak seperti Toyota Camry 2020 yang kami uji) dan ia mudah untuk diaktifkan atau dinyahaktifkan.

Pengesan Titik Buta (BSM) tidak bising dan menjengkelkan. Malah ia nampak seperti Volvo!

Perkara yang kami bimbangkan ialah ketika membelok. Kadangkala ia tidak begitu stabil dan kereta harus dikemudi dengan berhati-hati. Perlu diingatkan yang ADAS hanyalah satu bentuk ‘bantuan’. Pemandu masih lagi memegang tanggungjawab sepenuhnya ke atas pemanduan.

Kecekapan petrol – malangnya, X50 jenis ‘minum’

Komputer trip kereta ini kadangkala boleh jadi tak tepat.

Kami anggarkan 10.2 liter/100 km di jalan raya urban dengan gabungan trafik sesak dan lebuh raya lancar sambil dipandu pada kelajuan biasa. Perkara biasa bagi enjin berpengecas turbo untuk merekodkan penjimatan minyak yang biasa-biasa saja.

Sebagai perbandingan, HR-V RS mempunyai bacaan 7 liter/100 km.

Perkara ini juga disebabkan oleh berat kereta juga. Dengan berat 1,370 kg (HR-V pula hanya 1,290 kg), X50 Flagship agak berat dan oleh itu enjin mesti bekerja lebih keras untuk menggerakkan kereta. Bacaannya boleh jadi lebih rendah ketika dipandu di lebuh raya.

Kesimpulan – X50 masih lagi satu pembelian berbaloi

Secara keseluruhannya, X50 masih lagi boleh dianggap sebagai kereta yang bagus walaupun ia tidak sesempurna gembar-gemburan netizen di media sosial.

Tapi apa-apa pun, anda mesti sedar dan faham akan sebab utama anda dalam pembelian kereta baru seperti X50 yang mempunyai senarai menunggu lama ini. Ia tidak sesuai untuk keluarga besar, aspek ergonomiknya ada kekurangan, dan yang pastinya ia bukanlah kereta jimat minyak.

Bagi harga RM 103,300 (tanpa SST sah sehingga 31 Disember 2020), X50 cukup berbaloi jika anda sedang mencari kereta yang dilengkapi dengan bermacam-macam benda, tahap keselamatan yang memuaskan, prestasi hebat serta pemanduan selesa dengan harga yang mampu-milik.

Pesaing – Honda HR-V RS dan Hyundai Kona 1.6 Turbo.

Walaupun HR-V dan Kona adalah pesaing ketat X50, mungkin antara anda yang akan ‘cross-shopping’ dengan sedan segmen B memandangkan harganya tidak jauh bezanya. Jika anda mahu lihat bagaimana prestasi kereta-kereta ini, rujuk rajah di bawah untuk dapatkan pautan pada rebiu-rebiunya:

Rebiu pesaing Proton X50 2020
Kereta Pautan Rebiu
Honda HR-V Pautan Artikel
Hyundai Kona 2020 Pautan Artikel
Nissan Almera 2020 Pautan Artikel
Honda City 2020 Pautan Artikel

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton X50

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2022 Proton X50 Executive 1.5T MPI Review in Malaysia, Get This Instead of the Flagship!

New Comfort & Fuel Saving Tyres for Our Reader's Proton X50, Bridgestone Ecopia H/L 001!

Proton X50 Owners Honest Review of Their X50 & Our Perodua Ativa!!

How to use Android Auto & TikTok on 2020 Proton X50 QD Link, GKUI19 Review & Tutorial

2020 Proton X70 vs Proton X50 Comparison Review in Malaysia, Which Family SUV to Buy?

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Proton X50
Cek Lebih