Sekiranya anda berminat untuk beli Proton X70 sekarang, mungkin anda perlu cepat. Untuk maklumat anda, terdapat satu laporan dari laman Automachi yang menyatakan bahawa Proton akan perkenalkan model minor change (MC) untuk X70 pada bulan Ogos yang akan datang.
Berkenaan kemaskini yang disebutkan, sumber mengatakan bahawa Proton akan menggantikan enjin 1.8L turbo yang sedia ada dengan enjin 1.5L turbo TGDI 3 silinder yang sama seperti yang terdapat pada Proton X50 Flagship. Bagi anda yang belum tahu, varian Proton X50 yang lebih bawah menggunakan enjin 1.5L turbo MPI (150 PS/226 Nm tork).
Sebagai perbandingan, enjin 1.8L yang ada pada Proton X70 sekarang menghasilkan 184 PS dan 300 Nm tork, 7 PS dan 45 Nm tork lebih daripada enjin 1.5L yang ada pada Proton X50 Flagship.
Perbandingan output enjin | ||
---|---|---|
Enjin | Kuasa (PS) | Tork (Nm) |
1.5T 3 silinder | 177 | 255 |
1.8T 3 silinder | 184 | 300 |
Untuk maklumat anda, kombinasi trenkuasa (1.5L turbo + transmisi DCT 7 kelajuan) yang disebutkan ini adalah serupa dengan apa yang ditawarkan pada model eksport seperti di Pakistan dan juga Bangladesh. Malah, Proton X70 yang bakal dieksport ke Thailand juga akan menggunakan trenkuasa ini.
Juga baca: Spyshot: Proton X70 diintip di Thailand, lancar dengan X50 sekaligus?
Apapun, keputusan Proton untuk meletakkan enjin 1.5L pada Proton X70 adalah wajar. Umumnya, ia dapat menyelarikan produksi Proton di kilang Tanjung Malim.
Juga baca: Proton Pakistan sedia kilang USD 30 juta untuk pemasangan Proton Saga dan Proton X70!
Selain perincian mengenai trenkuasa, Automachi turut melaporkan bahawa Proton X70 MC bakal hadir dengan pembaharuan visual. Namun begitu, butiran lanjut masih belum dapat dipastikan.
Jadi, ikuti kami untuk berita yang terpantas mengenai Proton X70 facelift.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}