Proton
hey guys. iriz driver here. has anyone ever turned off the DRL? would it effect anything?
26
Awal bulan ini, kami telah kongsikan beberapa maklumat baru mengenai Proton Persona facelift (MC2) 2021. Sekarang, butiran mengenai spesifikasi Proton Iriz facelift 2021 pula yang terdedah.
Seperti Persona, wajah Iriz juga bakal menyaksikan pembaharuan yang mana ia hadir dengan bampar dan gril yang direka bentuk semula. Malah, ia tampil dengan logo Proton yang baru.
Malangnya, pengesan halangan parkir hadapan pada varian Standard akan digugurkan.
Pada bahagian belakang, lampunya bakal hadir dengan sentuhan baru.
Dari sudut tepi, Iriz facelift akan datang dengan roda 15 dan 16 inci yang baru tetapi dua varian teratas dilengkapkan dengan roda ganti bersaiz 16 inci.
Kali ini, varian bertransmisi manual dan 1.3 Executive (CVT) akan digugurkan.
Menariknya, Iriz facelift hanya akan ditawarkan dengan varian 1.3 Standard, 1.6 Executive, dan 1.6 Active ala crossover.
Varian ini juga didatangkan eksklusif dengan lampu depan jenis LED dan rel bumbung.
Secara keseluruhan, Iriz facelift bakal hadir dengan dua pilihan warna baru dari Proton X50 sendiri iaitu Citric Orange dan Passion Red (hanya untuk varian Active).
Juga baca: Spyshot: Proton Iriz Active crossover tanpa samaran - ‘cladding’ plastik, bumbung hitam, rim baru?
Seperti spyshot yang pernah kami laporkan, Iriz facelift akan tampil dengan interior yang lebih moden sekali dengan ciri penyaman udara digital.
Antara ciri baru yang didatangkan standard ialah:
Menariknya, Iriz facelift kembali dengan cermin pandang belakang jenis konvensional, bukannya frameless ala tanpa bingkai yang ada selama ini.
Eksklusif untuk varian Executive dan Active ialah sistem infotainment sesentuh 8 inci baru (dengan arahan suara). Varian pengenalan iaitu Standard akan kekal dengan skrin sesentuh 7 inci.
Unik untuk varian Active juga ialah ciri pedal dan karpet yang lebih sporty dan amaran pemakaian tali pinggang untuk penumpang belakang.
Juga baca: Spyshot: Adakah ini ‘head unit’ Proton Iriz Active? Gaya terapung, tiada butang!
Dari segi keselamatan, varian Standard sekalipun akan hadir dengan beg udara sisi yang mana jumlahnya keseluruhan beg udara dinaik taraf kepada 4.
Varian Executive pula menambah 2 lagi beg udara curtain. Jumlah ini menghasilkan 6 beg udara, sama seperti varian Active.
Apapun, kedatangan ciri bantuan keselamatan ADAS masih belum dapat dipastikan.
Juga baca: Spyshot: Imej Proton Iriz Active tertiris, tiada Ethereal Bow, akhirnya dengan logo Proton baru?
Nampaknya, Iriz facelift akan kekal dengan enjin 1.3L (95 PS, 120 Nm tork) dan 1.6L (109 PS, 150 Nm tork).
Unik untuk facelift kali ini ialah transmisi CVT yang ditala semula dengan 5 kelajuan maya. Sumber yang sahih turut menyatakan bahawa ia mempunyai pilihan mod pemanduan Eco dan Sport.
Selain dari segala maklumat yang kami perincikan, harga dan tarikh pelancarannya masih kekal sebagai rahsia.
Juga baca:
Rebiu: Proton Iriz 2019 1.6 Premium CVT, untuk yang gemar memandu
Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mamak Talk
Should proton update Iriz to 3 door hatchback, to be more competitive? Is it because of tax Proton haven’t launched another 3 door since Satria? Even though the market is small but i still see many owners still keep their Satrias! And many looking for a good condition manual Satria Gti! It can’t be worse than current Iriz sales volume right?
4
39
2